Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, October 24, 2009

Tersentak setelah tercuit....Umno terasa



Mencari ketenangan dalam kepimpinan merupakan satu perkara yang agak sukar memandangkan ianya tidak disenangi oleh orang terutamanya orang luar. Kalau nak diulas apa yang diluahkan oleh Prof. Aziz Bari, rasanya sampai esok tak habis, jadi kita tidak perlulah terlalu emosi dengan teguran yang dibuat oleh beliau.

Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang, jadi mungkin apa yang disentuh oleh Prof itu ada sebabnya dan hanya beliau yang tahu apa yang tersirat dan yang tersurat. Hari ini ramai diantara pemimpin umno yang membuat ulasan dengan cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk mengadakan EGM ataupun Muktamar Khas. Diantaranya TPM Mahyudin yang dari dulu lagi telah membuat provokasi dengan melagakan pemimpin Pas dengan timbulnya kerajaan Perpaduan.

TPM hari ini memberi komen mengenai kepincangan kepimpinan dalam Pas, Komen beliau menampakkan yang beliau terlalu mengambil serius dengan apa yang berlaku dan cuba sekali lagi melaga-lagakan pemempin Pas dengan menyatakan bahawa Pemimpin Pas berbeza pendapat diantara dua orang tok guru dan diantara Timbalan Presiden Pas Nasaruddin dengan Datuk Husam Musa. Perpecahan dalam Pas juga disentuh oleh beliau.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang doa Pas selama ini telah terkabul dengan berlakunya pembalikan doa yang dibuat oleh Pas mengharapkan perpecahan dalam BN namun ianya terpalik kepada Pas , kata beliau selaku ulamak umno.

Kenapa kedua-dua pemimpin umno ini bergitu berminat untuk mencampuri prihal dalaman Pas sedang masalah yang masih menghantui umno belum mereka selesaikan. Kalau nak digunakan kelebihan beliau dalam umno untuk memcampuri urusan dalam Pas,nampaknya mereka ini sedang bermimpi disiang hari, kerana apa yang berlaku sekarang merupakan satu fenomena biasa dalam satu-satu pertubuhan dan ianya adalah satu proses dimana untuk membuatkan parti lebih teguh dan ahli serta pemimpinnya bersatu dan memahami antara satu sama lain. kalaupun ada masalah dengan kepimpinan, umno harus belajar denga Pas kerana menegur dan membuat perubahan merupakan amalan yang baik dan telah diamalkan oleh Pas sekian lama.

Apa yang diharapkan oleh Ahli Pas ialah satu kepimpinan yang telus dan bertanggungjawap dalam semua hal dan dapat memimpin parti dengan berpandukan Al Quran dan Hadis. Setelah tersentak dengan cuitan Prof Aziz maka disinilah perubahan akan dilakukan dan yang pastinya ianya akan mengukuhkan lagi ukhwah dalam parti. Tapi yang terasa adalah umno yang selama ini pemimpin mereka tidak boleh ditegur dan takut hendak melakukan perubahan.

2 comments:

  1. salam
    saudara sepatutnya membicarakan masalah ini daripada menyentuh pemimpin umno, saya percaya itu yg saudara mahukan dari umno. setiap apa yg berlaku kita perlu koreksi diri, bermuhasabah, bukannya terus menyalahkan orang lain. sikit2 org2 umno 2x. terimakasih.

    ReplyDelete
  2. Untuk Sahabat ku tangan lari 72. Berpegang teguhlah kita keada ayat allah ini:

    SURAH ALI IMRAN 139
    139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

    ReplyDelete