Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, October 31, 2009

Dasar Automotif negara........Pemilik kereka berusia dibebani.



Dasar Automotif Negara yang dicanangkan oleh kerajaan telah mendapat keluhan yang ketara oleh pemilik kereta yang berusia lebih 15 tahun. Setalah perkara ini diumumkan oleh kerajaan ,rata-rata rakyat yang berpendapat rendah dan sederhana mengeluh dan mengenangkan kepayahan untuk mereka melepasi pemeriksaan kereta mereka di Puspakom yang menggunakan peralatan canggih berkomputer.

Pergalaman mereka yang mempunyai kenderaan perdagangan melakukan pemeriksaan di Puspakom mempunyai berbagai masalah yang timbul, sedangkan kenderaan mereka sudah dibaikpulih sepenuhnya namun masih tidak dapat memenuhi kehendak atau pemeriksaan yang ketat dari komputer tersebut. Boleh kita bayangkan untuk melepasi dengan jayanya pemeriksaan tersebut akan menyebabkan pemilik kenderaan berusia akan membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi kehendak komputer tersebut agar kenderaan kelihata baru dan selamat digunakan. Ini menyebabkan pemilik kenderaan berusia ini akan dibebani dengan pembelanjaan tambahan yang membebankan untuk menjadikan kenderaan tersebut lebih kepada nampak baru dan selamat.

Kalaulah mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan yang baru kenapa mereka dibebani dengan permasalah ini sedangkan kenderaan baru yang tidak melebihi 15 tahun dikecualikan dengan pemeriksaan tersebut. Adakah kereta baru tidak mendatangkan masalah? Adakah kenderaan yang baru tidak terlibat dengan kemalangan? Atau ini semua hanya untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja?

Kenapa kerajaan hanya mahu membebani mereka rakyat yang hanya mampu memiliki kenderaan yang berusia? sedangkan mereka sudahpun dibebani dengan kenaikan premium insurans pihak ketiga dan keengganan pihak insurans untuk menerima kereta berusia, kini dibebani pula dengan masalah ini.

Dengan adanya Dasar Automotif Negara yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, mereka yang mempunyai kenderaan berusia dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan mereka dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.

Mereka tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang kini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan. Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang mereka tidak mampu membelinya secara tunai.Ini akan menambahkan beban hutang yang tidak ada kesudahannya. Nampaknya kerajaan menggalakkan rakyatnya berhutang untuk memenuhi dan mengkayakan satu pihak saja. Inilah dikatakan Rakyat didahulukan untuk rakyat miskin menerima bebanan dan Pencapaian diutamakan untuk golongan kaya menikmati keuntungan dengan kesusahan yang dihadapi oleh golongan miskin.

Umno suka jika rakyatnya miskin agar dapat dikongkong dan digunakan mereka semasa dalam pilihanraya agar mereka dapat memberikan janji manis membuatkan orang miskin percaya dan patuh segala kehendak umno.

Thursday, October 29, 2009

Sengketa selesai......muafakat dan memperkasakan Pakatan Rakyat





Malam tadi Mesyuarat Khas telah dijalankan dimana semua pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat tersebut. Tok Guru Nik Aziz juga hadir untuk meleraikan segala persenketaan yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini. Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam telah dijalankan di Pejabat Agong Pas, Jalan Raja Laut.

Keputusan mesyuarat telah diumumkan oleh Presiden Pas di lobi pejabat agong Pas dan keputusan yang ditunggu hampir kesemua pemberita media massa yang telah menunggu sejak pukul 8.45 mlm. Para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

Presiden Pas menyatakan keputusan yang dibuat setelah selesai mesyuarat malam tadi diputuskan tiada EGM dan digantikan dengan seminar. Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS. Permasalahan yang ditimbulkan oleh Pas Selangor akan berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dipegerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pas menyerahkan kepada JK disiplin untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut yang dianggap telah menimbulkan rasa kurang senang oleh pengundi bukan islam dengan isu arak di Selangor. Dalam mensyuarat tersebut juga telah memutuskan tiada lagi ruang untuk berkerjasama dengan Umno (Kerajaan perpaduan).

PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya Tuan Guru Hadi.

Setelah berakhirnya mesyuarat khas tersebut telah menjernihkan kembali kekerohan yang berlaku dalam Pas sebelum ini dan diharap keputusan yang dilakukan akan memenangkan hati semua dan memberikan kegelapan kepada Umno untuk mempermainkan lagi isu UG.

Tuesday, October 27, 2009

Jangan Panggil Ibrahim Ali "siKatak"......Kesian dia sikatak gomok.


Malaysiakini melaporkan.....
{Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.
}


Ibrahim Ali bertanyakan kenapa dia dipanggil Katak sedangkan masih ramai lagi yang lompat parti tapi tak dipanggil katak , sedangkan apa yang berlaku sekarang adalah masalah dia dengan Pas. Pas beri kepadanya kepercayaan dan dia menang dalam Pilihanraya yang lalu kerana ramai diantara penyokong pas yang mengundi beliau. Tetapi bila dah bergelar Ahli Parlimen dia dah naik angin dan tunjuk kekatakannya kepada Pas, Beliau sudah lupa yang dia tu bertanding diatas lambang Pas, kalau beliau bertanding diatas lambang katak, ada ke orang nak sokong dia?

Katak oh katak, jika beliau bersuara dah keluar macam suara katak yang menghentam tuannya dulu. kalau dulu dia berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz dengan bertemankan seorang penulis MSO dan merayu pada Tok Guru untuk membantunya menjadikan beliau seorang ahli parlimen semula dengan menggunakan lambang Pas. Tok Guru ingatkan beliau dah jadi orang, rupanya masih lagi katak yang tak kira dimana akan memanggil hujan dan biarkan tuannya dibasahi hujan.

Beginikah lagak seorang yang dikelar katak tapi tak tahu kenapa dia dipanggil katak. Kalau nak tahu ,panggillah hujan yang ada keris dan tombak,nescaya kamu akan disembelih oleh tuan kamu yang baru. Dan disitu nanti kamu akan tahu siapa yang tuan kamu yang mana lebih memberikan perhatian kepada kamu. Wahai ibrahim Ali katak, sedarlah kami dah muak dengan muka kamu yang tak tahu malu, dah lah hodoh macam katak gomok, ada hati nak melompat tinggi menyentuh awan. Pergilah kepada Umno dan rujuk balik kalau orang terima katak yang dah banyak kali lompat tinggal tahi. kalau umno terima balik nanti ditakuti akan terpegang tahi yang akan ditinggalkan oleh katak ini lagi sekali.

Menanggut di air yang keroh.......Mahyudin ambil kesempatan.



Seorang pemimpin Umno yang cuba menanggut di air yang keroh, Mahyudin TPM telah cuba untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan menawarkan rundingan Pas - Umno. Kalau dulu percubaan pertamanya telah berjaya mengurangkan majoriti di Manek Urai, namun kali ini dianggap percubaan yang kedua kepada orang sudah kena jerat.

Walaupun dalam Pas sekarang ada masalah yang tidak seberapa, namun dilihat Mahyudin cuba untuk mengerohkan keadaan setelah berperanan ingin membincangkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi dengan tawaran kerajaan perpaduan, Takkan pisang berbuah dua kali. Tapi oleh kerana sudah sifat beliau yang suka memecahbelahkan orang maka ini lah yang diharapkan oleh beliau untuk melihat Pas dan Pakatan Rakyat berpecah dan menimbulkan rasa tidak senang diantara pemimpin Pakatan Rakyat.

Keadaan yang terdesak, Mahyudin telah memainkan semula provokasi dan melagakan diantara pemimpin Pas dan cuba untuk membuat keadaan yang tidak stabil dalam kancah politik di Malaysia. Sepatutnya beliau diberikan kata dua untuk tidak lagi mencampuri urusan dalaman Parti pas dan Pakatan Rakyat. kerana selama ini Pas tidak pernah mencampuri prihal dalam Umno. Pemimpin Pas tidak pernah untuk melagakan pemimpin mereka dan jauh sekali untuk berbincang dengan Umno dengan prihal kerajaan perpaduan.

Mahyudin bolehlah dikatagorikan sebagai orang yang lemah dalam mentakbir negara dan dirinya kerana sifatnya yang suka melihat perpecahan diantara pemimpin pembangkang. jika diteruskan apa yang telah dirancang oleh beliau bermakna beliau hanya akan berkokok untuk mendapatkan sesuatu dengan melemahkan pihak lawan dengan stratigi yang lemah iaitu melagakan diantara pemimpin dan bukannya dengan kehebatan beliau untuk menang didalam pilihanraya.

Jika stratigi ini tidak berhasil maka beliau akan kecundang dalam pertempuran yang belum lagi berlaku, bermakna kalah sebelum perang. Dilihat dari segi pentakbiran yang baru saja disandang oleh beliau merupakan satu kegagalan untuk mempertingkatkan daya maju setelah gagal dalam melaksanakan apa yang telah dilakukan oleh umno selama ini. beliau gagal dalam PPSMI dan juga gagal untuk membuat perubahan pada sistem pendidikan negara supaya lebih maju dan berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.

Diharap Mahyudin pandang kepada cermin dan fikir sejenak apa yang telah dilakukan itu betul atau salah dan bertaubatlah dengan Allah SWT kerana melagakan orang adalah suatu yang dikutuk oleh Islam. Tapi sebenarnya Pas sudah matang dengan permainan ini dan Mahyudin Bagaikan orang yang "hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong" Kesian dia.

Saturday, October 24, 2009

Tersentak setelah tercuit....Umno terasa



Mencari ketenangan dalam kepimpinan merupakan satu perkara yang agak sukar memandangkan ianya tidak disenangi oleh orang terutamanya orang luar. Kalau nak diulas apa yang diluahkan oleh Prof. Aziz Bari, rasanya sampai esok tak habis, jadi kita tidak perlulah terlalu emosi dengan teguran yang dibuat oleh beliau.

Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang, jadi mungkin apa yang disentuh oleh Prof itu ada sebabnya dan hanya beliau yang tahu apa yang tersirat dan yang tersurat. Hari ini ramai diantara pemimpin umno yang membuat ulasan dengan cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk mengadakan EGM ataupun Muktamar Khas. Diantaranya TPM Mahyudin yang dari dulu lagi telah membuat provokasi dengan melagakan pemimpin Pas dengan timbulnya kerajaan Perpaduan.

TPM hari ini memberi komen mengenai kepincangan kepimpinan dalam Pas, Komen beliau menampakkan yang beliau terlalu mengambil serius dengan apa yang berlaku dan cuba sekali lagi melaga-lagakan pemempin Pas dengan menyatakan bahawa Pemimpin Pas berbeza pendapat diantara dua orang tok guru dan diantara Timbalan Presiden Pas Nasaruddin dengan Datuk Husam Musa. Perpecahan dalam Pas juga disentuh oleh beliau.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang doa Pas selama ini telah terkabul dengan berlakunya pembalikan doa yang dibuat oleh Pas mengharapkan perpecahan dalam BN namun ianya terpalik kepada Pas , kata beliau selaku ulamak umno.

Kenapa kedua-dua pemimpin umno ini bergitu berminat untuk mencampuri prihal dalaman Pas sedang masalah yang masih menghantui umno belum mereka selesaikan. Kalau nak digunakan kelebihan beliau dalam umno untuk memcampuri urusan dalam Pas,nampaknya mereka ini sedang bermimpi disiang hari, kerana apa yang berlaku sekarang merupakan satu fenomena biasa dalam satu-satu pertubuhan dan ianya adalah satu proses dimana untuk membuatkan parti lebih teguh dan ahli serta pemimpinnya bersatu dan memahami antara satu sama lain. kalaupun ada masalah dengan kepimpinan, umno harus belajar denga Pas kerana menegur dan membuat perubahan merupakan amalan yang baik dan telah diamalkan oleh Pas sekian lama.

Apa yang diharapkan oleh Ahli Pas ialah satu kepimpinan yang telus dan bertanggungjawap dalam semua hal dan dapat memimpin parti dengan berpandukan Al Quran dan Hadis. Setelah tersentak dengan cuitan Prof Aziz maka disinilah perubahan akan dilakukan dan yang pastinya ianya akan mengukuhkan lagi ukhwah dalam parti. Tapi yang terasa adalah umno yang selama ini pemimpin mereka tidak boleh ditegur dan takut hendak melakukan perubahan.

Friday, October 23, 2009

SIS dan Umno hanya berkokok diluar gelangang......Wancana di UIA Kuantan.



Wancana yang dianjurkan oleh (PROFAZ) Professional Huffaz Club dari UIAM (Kuantan) telah dijalankan dengan jayanya walaupun tanpa kehadiran wakil SIS dan Umno. Wancana yang bertajuk "Sebat kerana arak: Adilkah?" telah dibarisi oleh panelis wakil dari Pas iaitu Ketua Dewan Pemuda Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, En. Najid Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ] dan seorang lagi wakil dari NGO yang mengantikan Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ] yang tidak dapat hadir kerana takut berhadapan dengan kebenaran.

Majlis telah dimulakan dengan tanyangan video Kartika serta slide dan temuramah dengan beberapa orang yang melinkungi penduduk bandar Kuantan dan juga pelajar UIA. Memandangkan ini adalah perkara besar yang hendak dibahaskan maka orang ramai yang hadir tidak terkira ramainya dan telah menyebabkan kesesakan dalam Auditorium KOM ,UIA Kuantan Pahang . Walaupun begitu ramai yang mengambil keputusan supaya mendengar dari luar auditorium kerana bahagian dalamnya sudah padat dengan kehadiran yang diluar jangkaan penganjur.

Tanpa kehadiran wakil dari SIS dan Umno telah dijangkakan kerana keberanian mereka untuk berkokok hanya lah diluar gelanggan dan takut untuk berhadapan dengan Ustaz Nasrudin Hasan. Ustaz menegaskan moodnya untuk berwancana pada malam ini terganggu dan hilang 80% kerana tanpa kehadiran wakil SIS dan hilang lagi 20% dengan kegagalan Umno menunjukkan kehebatannya. Mood beliau hanya bergantung pada 2 orang lagi panelis yang hadir. Beliau yang menjadi tumpuan pada malam itu telah menjawab dengan begitu tenang dan penuh dengan kehebatan berpidatu dan memberikan fakta-fakta yang berpandukan dengan ilmu yang dimilikinya dan panduan dari Al Quran dan Hadis.

Tahniah kepada penganjur dan diharap dapat dilaksanakan lagi wancana seperti ini agar dapat disebarkan ilmu dan juga pelajaran yang berguna untuk masyarakat yang masih jahil dengan ilmu Allah ini. Terutamanya Umno dan SIS yang begitu lantang membela nasib Kartika, sebenarnya apa yang dilakukan oleh mereka merupakan satu kejahilan yang perlu diberikan penerangan yang secukupnya.

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan Ulamak dalam Pas.....Perjuangan untuk semua



Kepimpinan yang ada dalam Pas merupakan kepimpinan yang diasaskan dengan mengambil kira segala segi untuk melayakkan seseorang pemimpin diberikan tanggungjawap yang berat ini. Perbezaan yang ketara antara Pas dan Umno ialah pemimpinnya kerana rata-rata pemimpin Pas merupakan yang berpelajaran agama dan berkelulusan yang sewajarnya dalam akademi supaya ianya selaras dengan kehendak rakyat iaitu mendahulukan pemimpin yang mempunyai latarbelakang agama untuk memastikan tiada salahlaku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin, seperti rasuah ,salahguna kuasa dan sebagainya sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno.

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang merupakan seorang prasiden yang mempunyai kelulusan akademi dan juga seorang Ulamak yang disegani dengan pelajaran yang diterima seawal usia sehingga kini mengabadikan diri untuk melihat negara kita ini melaksanakan Hukum Allah suatu hari nanti. Tuan Guru ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975) . Biodata seorang pemimpin yang bukan saja berpelajaran dan juga istikomah dalam perjuangan.


Kalau nak dibandingkan dengan pemimpin umno amat jauh dan tidak sedikitpun terlintas dihati pemimpin umno untuk melihat negara ini diperintah secara islam. Perjuangan yang berterusan untuk memertabatkan Islam merupakan perjuangan Parti Pas dan pemimpinnya, Kalau difikirkan kenapa rakyat tidak dapat menerima kepimpinan ulamak, sedangkan pemimpin ulamak merupakan mereka yang takut dengan kuasa Allah dan balasannya, mana mungkin pemimpin ini melakukan perkara yang menyalahi Hukum Allah.

Dosa yang dilakukan oleh pemimpin Umno nampak dengan jelas tapi masih lagi mendapat sambutan yang mengalakkan dan ini akan merugikan kita kerana kita akan ditanya oleh Allah SWT kenapa kita tidak memilih mereka yang bertakwa kepadaNya kerana pemimpin yang dipilih Allah untuk memertabatkan Islam diBumi ini telah jelas dimata kita ,tapi masih ada segolongan rakyat yang masih buta dengan kebendaan.

Yang jelas sekarang adalah cabaran dakwah yang perlu dilalui oleh pemimpin ulamak adalah amat berat dan memerlukan kesabaran dan keimanan yang jitu dalam menangani situasi ini. Pejuang yang memperjuangkan untuk kemenangan islam merupakan dari mereka yang faham dengan erti perjuangan supaya kita tidak terkeluar dari garis perjuangan itu sendiri agar Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda Insya Allah.

Tuesday, October 20, 2009

Mahathir dalam dilema.....takut jalankan hudud.



Tun Mahathir nampak alim bila membicarakan prihal hukum hudud yang tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjalankannya malah telah memperlekehkan apa yang telah termaktub dalam Al Quran.

Malaysiakini melaporkan....
Dalam pengamalan undang-undang syariah pula, kata Tun Mahathir, umat Islam cenderung melihat persoalan "potong tangan, potong kepala dan sebat" berbanding melihat keadilan sesuatu hukuman itu. "Al-Quran kata, hukumlah dengan adil. Kita tidak kira adil atau tidak adil. Yang kita kira, hendak potong tangan dia, potong kepala dia, nak sebat dia. "Prosedurnya pula, mesti ada empat orang saksi. Mana ada empat orang saksi dalam kes rogol. Apa dia buat dok tengok tapi tidak tolong?" katanya berseloroh.

Masalah Beliau adakah kerana dia tidak faham dengan agama Islam yang dia anuti sekarang. Jika hanya tahu dan tidak mengamalkannya bermakna dia masih belum dikatakan muslim yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mahathir menguasai pemerintahan negara ini melebihi 20 tahun dan tidak terlintas dihatinya untuk menjalankan hukum Allah malah menentangnya jika ada orang lain ingin melakukannya, adakah dengan menyokong orang sebegini akan masuk Syurga Allah? Beliau pernah sekali telah menyaman kerajaan Kelantan ketika itu yang cuba untuk mengamalkan perundangan Islam yang diperintahkan oleh Allah sepertimana yang tercatit dalam Al Quran.

Malaysiakini melaporkan lagi....
"Nik Aziz kata, pangkah PAS masuk syurga. Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul," kata Tun Mahathir dalam sesi dialog intelektual di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. "Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik."
Sekali lagi menampakkan kejahilan beliau dalam hal-hal agama dimana beliau sendiri tidak dapat untuk mentakbir negara ini secara islam yang betul. Beliau tidak sedar yang beliau sendiri taksub dengan kebendaan dan cuba untuk menyesatkan anak-anak muda dengan membawa masuk berbagai hiburan supaya ramai diantara anak muda yang akan lalai dari mengingati Allah, inikah yang dikatakan akan masuk syurga jika sokong beliau? Kalau seorang pemimpin yang hanya memberikan kepada kamu janji kemewahan dan duniawi semata-mata maka sesungguhnya kamu sedang menempah bilik didalam Neraka dan ini akan menyebabkan kamu lalai dari mengingati Allah.

Seorang pemimpin yang baik dan diterima oleh Allah adalah menjanjikan kita melangkaui alam yang akan kita lalui nanti iaitu alam Akhirat. Sesungguhnya mereka yang memilih pemimpin dikalangan kamu yang takut dengan Allah dan berusaha untuk membawa manusia masuk ke Syurga Allah maka dialah diantara pemimpin yang wajib anda sokong.

Dengan alasan yang cukup untuk membolehkan seseorang itu masuk syurga ialah dengan janji Allah yang terdapat dalam Al Quran dan janji Allah adalah benar sebenar-benarnya dan jika kita lihat perjuangan yang telah diushakan oleh Pas adalah untuk melaksanakan kepimpinan secara islam dan menjalankan hukum Allah yang wajib setiap orang Islam memperjuangkannya.

Jika pemimpin yang ingin melihat Hukum Allah terlaksana didalam negara ini akan diberikan pahala oleh Allah ,bermakna jika menyokongnya juga Insya'Allah akan dapat balasan pahala dari Allah, jika kita banyak pahala dan bersama pula dengan amalan yang baik ,maka akan termasuk kita dalam janji Allah untuk masukkan kita dalam syurgaNya kerana kita memeperjuangkan untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Cukup kah kita hanya dengan solat lima waktu dan menunaikan Haji untuk kita diberikan jaminan masuk syurga jika apa yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap umat islam melaksanakan Hukum Allah dimuka Bumi ini tidak kita lakukan, padahal ianya adalah wajib dilakukan sepertimana diwajib keatas manusia menunaikan solat.

Jika kita tidak melakukan solat satu waktu sahaja akan dihumbang ke Neraka Allah, inikan pula perkara yang wajib lain. Jadi fikirkanlah sebelum kita bertemu dengan Allah dan banyak persoalan yang akan ditanya oleh Allah keatas diri kita jika amalan kita kurang dan tidak menyokong pergerakan islam untuk melaksanakan hukum Allah.

Monday, October 19, 2009

Relak jap......nak tidur.


JANGAN KACAU.......

























Peranan yang besar Kelab Penyokong Pas.



Kelab Penyokong Pas yang kini sudah melebihi 20 ribu keahlian diseluruh Malaysia membuktikan penerimaan orang bukan melayu kepada Pas amat menggalakkan. Walaupun sekarang baru hendak dijadikan sebagai sayap kepada parti Pas, ianya telah terbukti dengan penglibatan ahli kelab penyokong Pas yang berkerja keras di setiap PRK yang dijalankan tidak kira dimana.

Semasa PRK N31, ramai diantara ahli kelab yang hadir dan bertukus lumus memerah usaha untuk memenangkan hati pengundi bukan melayu untuk mengundi Pas. Soal kalah menang itu kehendak Allah dan yang pentingnya adanya sokongan yang berterusan dari orang bukan melayu terhadap Pas. Memetik ucapan Prasiden Pas Tuan Guru Hj Hadi telah berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli Kelab Penyokong Pas yang telah berjaya membuktikan mereka adalah penyokong yang telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang penyokong. Dengan kerja-kerja yang agak mencabar untuk menyakinkan orang bukan melayu menyokong calon Pas merupakan satu kerja yang amat sukar kerana mentaliti orang bukan melayu sudah lama ditipu oleh umno dan melebelkan Pas sebagai parti yang bermotifkan agama dan menolak agama lain selain islam.

Sebenarnya umno sekarang sudah terdesak dengan sokongan orang bukan melayu terhadap Pas semakin meningkat dan ini boleh menyebabkan mereka hilang sokongan dari orang bukan melayu. One Malaysia yang baru saja diperkenalkan telah membuktikan yang umno sudah ketandusan ideal dan apa yang dilakukan oleh umno selama ini telah ditolak oleh orang bukan melayu. Sekiranya apa yang dilakukan oleh umno dapat sambutan selama ini sudah pastinya one Malaysia tidak perlu diwujudkan lagi.

Cadangan untuk menjadikan Kelab Penyokong Pas dijadikan sayap Parti Pas amat dialukan memandangkan peranan yang telah dilakukan oleh Kelab tersebut membuktikan yang mereka telah memahami dan boleh bersama Pas walaupun mereka tergolong dari berbilang kaum dan juga berbagai keagamaan.

Friday, October 16, 2009

Perak diambang pilihanraya


Hari ini SPR Perak mengumumkan akan mempamerkan Daftar Pemilih yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009. Pameran tersebut akan berlangsung selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober.

Ini telah menampakkan yang Perak akan mengadakan pilihanraya, memandangkan kekusutan yang berlaku sejak dirampas kuasa dari Pakatan Rakyat oleh Bn, sudah sampai masanya diadakan pilihanraya untuk mengetahui siapa yang paling layak memerintah Perak. Rakyat negeri Perak sudah bosan dengan pentakbiran yang tidak tahu akan tuannya yang sah maka ini akan menyebabkan rakyat keliru.

Jika Bn benar-benar yakin yang rakyat telah menerima mereka kembali, Bn harus membubarkan Dun Perak untuk rakyat Perak menentukan siapa yang layak. Oleh kerana BN tiada keyakinan maka mereka akan membuat apa saja untuk tidak membubarkan Dun Perak. SPR yang hari ini akan mempamerkan senarai daftar pengundi telah menampakkan yang Dun Perak akan dibubarkan. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada persidangan Dun Perak yang akan diadakan pada 28 oktober ini.

Pakatan Rakyat yang telah menerima undangan persidangan Dun dari Speaker yang Sah S. Sivakumar akan menghadirkan diri dan akan berlaku lagi persidangan tersebut mempunyai dua Speaker iaitu yang haram dan yang sah. Diantara Pakatan Rakyat dan Bn mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama dimana kerusi bebas diwakili oleh 3 sikatak lompat yang menyatakan sokongan terhadap BN. Walaupun begitu mereka tidak layak berada didalam Dewan berikutan telah digantung kehadirannya oleh Speaker Sivakumar.

Jika berlakunya pilihanraya Dun Perak maka kami pemuda akan beramai-ramai berkampung disana demi memperjuangkan kehendak rakyat dan akan berusaha memenangkan Pakatan Rakyat disana, Insya'Allah.

Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera


Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

Image "Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.

"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

Thursday, October 15, 2009

Perasuah terkenal: Khairy takut dengan bayang-bayangnya



Siapa Khairy yang sangat yakin dengan kata-katanya untuk menyekat kemaraan DS Anwar menawan Putrajaya? Tidakkah kata-kata itu dianggap telah mencabar kekuasaan Allah SWT. Tidak berimankah seorang perasuah ini untuk menidakkan kekuasaan Allah.

Khairy yang berucap didepan pemuda Umno telah membuat berbagai andaian yang kini Pakatan Rakyat berpecah dan beliau lupa bahawa sekarang umno sudah sampai kepada penghujung hayatnya. kalau dinilai semuala apa yang telah berlaku dizaman sekarang yang banyak terjadinya kekecohan dalam Bn dan kita boleh tenggok yang MCA dan MIC yang kini diambang kehancuran.

Tidak lupa pula yang Umno sendiri telah melantik perasuah seperti Ali Rostam, Khairy, Isa Samad dan ramai lagi diantara mereka ini telah disabitkan dengan dosa rasuah tapi masih lagi dipilih untuk menjadi pemimpin. Tidakkah kita lihat yang mereka ini terlalu yakin yang mereka akan bersama kembali walaupun pada hakikatnya telah berlaku perpecahan diantara mereka.

Kalau dihitung masa pemerintahan mereka di MAlaysia ini telah begitu lama dan sedikitpun tidak dapat dilihat persamannya dengan pemerintahan yang telah dijalankan oleh Pakatan Rakyat dimana telah sebahagiannya dilaksanakan apa yang dikendaki oleh rakyat. Baru setahun lebih telah banyak yang dapat dirasai oleh rakyat dengan kemanisan pemerintahan yang bukan dari mereka yang rasuah.

Kalau ada saja rasuah dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat maka dia akan disingkirkan kerana tidak layak untuk memegang jawatan yang diamanahkan oleh rakyat untuk membantu rakyat. Ini berbeza sekali dengan Umno yang masih menyimpan dan memberinya jawatan yang tinggi wlaupun mereka itu terlibat dengan rasuah.

Jadi mari kita fikirkan sejenak siapa yang sebenarnya sedang diambang perpecahan? Dan siapa Khairy kalau bukan seorang Ketua pemuda yang rasuah , kalau dah pemimpinnya rasuah yang kat bawah tu apa lagi. Sebenarnya mereka sekarang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz, "Nak bagi rasuah, kalau tak bagi kalah."

Wednesday, October 14, 2009

Umno for all......tiru la tu!!!



Sejak kebelakangan ini Umno sering meniru apa yang Pakatan Rakyat lakukan, yang terbaru ialah memilih slogan Pas For All. Memandangkan slogan itu telah menarik minat ramai antaranya dari pihak yang bukan Islam untuk menyokong Pas. Namun sekarang Umno cuba untuk menggunakan slogan itu untuk mengambil hati pengudi bukan melayu agar menyokong umno.

Umno cuba membuatkan rakyat keliru dengan merasmikan parti baru iaitu Malaysia Makkal Sakti parti (MMSP), Sebelum ini perkataan Makkal Sakti telah dilaungkan oleh sekumpulan kaum India yang mengelarkan diri mereka Hindraff. Dulu mereka bersama dengan Pakatan rakyat dan NGO yang bersama-sama menentang kekejaman kerajaan ,namun sekarang bersetongkol denga kerajaan dengan tertubuhnya MMPS.

Dalam masa yang terdekat akan ditubuhkan sebuah lagi parti baru yang akan dinamakan Parti Pakatan Rakyat di Sarawak, Ini akan menyebabkan rakyat keliru dan menganggap yang parti tersebut sebahagian dari Pakatan Rakyat. Kenapa ini dilakukan oleh Umno, lain tidak ini adalah kerana mereka terdesak dan cuba untuk mengukuhkan kedudukan mereka dihati rakyat yang semakin pudar kepada umno.

Sebenarnya Umno yang tahu akan zaman kejatuhan mereka sudahpun tiba maka mereka akan melakukan apa saja untuk menambat kembali hati pengundi dengan menipu dan membuat provokasi serta mengamalkan budaya ganas sepertimana yang berlaku di BAgan Pinang.

Memandangkan kelangsungan slogan dan laungan kehendak rakyat yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menambat hati rakyat, maka umno cuba untuk meniru dan mengharapkan dapat kembali dipilih rakyat. Namun rakyat tidak akan tertipu kerana kehendak rakyat telah ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa setahun walaupun tidak sepenuhnya dengan dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negara ini lebih 50 tahun.

Monday, October 12, 2009

Kemenangan hasil dari provokasi


Analisa yang dibuat mendapati kemenangan yang diperolehin oleh BN semalam merupakan kemenangan Tan Sri Isa dan bukannya kemenangan Umno. Ini kerana ramai diantara pengundi merasakan yang Isa Samad telah banyak menabur baktinya semasa menjadi MB sebelum ini.

Mengulas kemenangan Isa ini dibuat oleh Dr Sivamurugan Pandian Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM). “Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Walaubagaimanapun ianya hanyalah analisa seorang yang agak lama menyelami politik negara ini. Yang pasti adalah kemenangan ini merupakan kemenangan yang penuh dengan provokasi yang dimainkan oleh Umno terutamanya oleh Ketua putera Umno yang telah mengondol hadiah utama pelakon terbaik dan kini telah menjadi pelakon tambahan di bolywood.

Provokasi yang dibuat oleh pemuda umno bermula dengan serangan terhadap pemuda Pas di markaz Pemuda Pas pusat di Bagan Pinang yang telah menyebabkan kecerderaan terhadap beberapa pemuda yang berada disana. Dan pada malam terakhir kempen kejadian serangan oleh pemuda umno terhadap pas berlaku di kawasan jagaan Pas Terengganu dan menyebabkan beberapa orang cedera. Walaupun ramai diantara yang berada disana adalah polis yang berpakaian seragam dan preman namun masih tidak dapat mengawal keadaan kerana yang melakukan memulakan serangan itu adalah dari umno. Dilaporkan ada polis yang berpakaian preman telah dipukul oleh pemuda umno namun ianya dikatakan telah dilupakan begitu saja tanpa mengambil tindakan.

Diberitakan ada yang membawa senjata diantaranya pedang samurai dan apabila Ketua Pemuda ingin membuat laporan dibalai polis berdekatan tetapi hampa kerana tiada anggota polis yang bertugas ketika itu dan dipercayai Ketua pemuda pas telah menunggu hampir empat jam namun masih gagal membuat laporan.

Apakah yang boleh diambil pengajaran terhadap apa yang telah berlaku dan sekiranya umno cuba buat kecoh maka ianya tiada halangan dan sekiranya Pas yang cuba membuat provokasi maka ianya sudah pasti dihalau keluar dari Bagan Pinang. Jadi kemenangan yang diperolehi di Bagan Pinang merupakan kemenangan hasil provokasi dan rejim keganasan yang ditunjukkan oleh pemuda umno.

Bagan Pinang: Tahniah rakyat N31 anda dapat Perasuah.


Tahniah kepada rakyat di Bagan pinang kerana dapat seorang YB yang perasuah. Masih ada lagi rakyat yang masih tidak faham apa itu rasuah dan menghukum Pas dengan memenangkan Perasuah Tan Sri Isa Samad dengan majoriti yang besar berbanding dengan PRU lepas. Hanya kerana menjelaskan orang yang melakukan dosa yang amat besar disisi Allah SWT Pas dihukum. Tidak faham dengan rasuah dan diberi lagi rasuah ketika hendak mengundi, rakyat di Bagan Pinang sekarang bergembira merayai kemenangan seorang yang melakukan dosa besar.

Kalau difikirkan yang orang melayu di Bagan Pinang tidak faham dengan Agama ,mungkin tidak kerana mereka semuanya solat seperti biasa dan melakukan haji pada mereka yang berkemampuan dan bersedekah kepada pakir miskin tapi masih tidak faham dengan apa yang mereka lakukan akan menyebabkan mereka akan ditanya oleh Allah kelak kenapa memilih seorang yang banyak melakukan dosa sebagai pemimpin mereka.

Jika kita kenangkan banyak sudah kejadian yang ditunjukkan oleh Allah SWT dengan Gempa bumi dan taufan di sekitar negara ini , tapi masih lagi belum diambil pengajaran oleh rakyat di Bagan Pinang dan masih mahu melakukan apa yang dilarang oleh Allah dengan memilih pemimpin yang melakukan dosa rasuah dan menipu dikalangan kamu.

Selepas ini mungkin ada dikalangan yang membunuh dan memperkosa orang akan dipilih untuk dijadikan pemimpin, Ini akan menempah bala dari Allah SWT.

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang: Pas Bermandi Darah



Kerja terkutuk yang dilakukan oleh pihak Umno dengan menyerang Pemuda Pas di markaz induk Dewan Pemuda Pas di Bagan Pinang amatlah dikesali dan merupa sikap orang yang tidak bertemadun dan mengamalkan sikap mafia. Setelah 6 orang pekerja Pas dibelasah dan ditetak dengan menggunakan senjata tajam. Bagi pihak Pemuda Pas pada hari ini akan mengerahkan seramai mungkin Pemuda Pas dari seluruh Negara dan akan berkampung di Bagan Pinang untuk menjaga keselamatan Petugas-petugas Pas disana.

Walaupun pihak Polis masih berdiam diri dengan hal ini, Pemuda Pas sudah mengambil peranan menjaga keselamatan Petugas dengan memanggil semua pemuda dan ini adalah satu seruan dari Allah agar kita menjaga keselamatan diri dan juga kaum keluarga. Pemuda pas mempunyai keluarga yang besar diseluruh negara dan akan bersama menjaga keselamatan disana. Dijangkakan beribu pemuda dari seluruh negara akan tiba disana.

Taklimat keselamatan akan diberikan oleh TKP Ustaz Azman dan pembahagian tugas akan diberikan mengikut kekuatan pemuda. Dijangkakan keselamatan akan terjamin dengan izin Allah dan kesungguhan pihak Pemuda Pas menangani masalah ini. Diseru supaya semua pemuda yang berada diseluruh negara datang segera untuk membuktikan kita lebih kuat dari musuh dan ini akan melemahkan musuh. Inilah jihad Fi Sabililah dan perlulah Pemuda Pas mengambil peluang ini untuk membuktikan kita sedang memperjuangkan Islam di Malaysia dengan memerangi keganasan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno laknatullah.

Bagan Pinang: Arahan dari Ketua Pemuda Pas Pusat kepada semua Pemuda seluruh negara.

Pemuda Paya Besar Melaporkan.....
http://dpppayabesar.blogspot.com

Oleh Abu Syifa

Pagi ini ana dikejutkan dengan satu pesanan ringkas (SMS) dari Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi yang dilanjutkan oleh Ketua Pemuda Pas Paya Besar kepada ana yang mengkhabarkan kejadian yang berlaku di Bagan Pinang kini,
SMS tersebut berbunyi:
"Keadaan semakin kritikal, Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam ini markaz Pas pusat di Bagan Pinang telah dicerobohi dan petugas dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad Fi Sabilillah ana selaku pemegang amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pusat mengerahkan seramai mungkin Pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang. Raptai jam 9 am di markaz induk dan akan dipimpin oleh Ustaz Azman TKP untuk arahan kawalan keselamatan". TQ Tantawi.

Memandangkan perintah telah dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda Pusat maka pemuda diharap dapat menyahut perintah ini agar bergegas ke Bagan Pinang beramai-ramai untuk menjaga keselamatan petugas kita di Bagan pinang. Untuk membuktikan kita mempunyai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati dikalangan kita pemuda Pas ,sahutlah perintah ini tanpa keraguan.

Tengok apa yang telah dilakukan oleh pihak pemuda umno terhadap pemuda pas yang sedang bertugas di Bagan Pinang. dilaporkan seramai 100 orang umno memukul pemuda ini.

Dah Jangka peranan SPR .....Daftar Pengundi Bertindih



Memang sudah dijangka perkara ini akan berlaku dan alasan yang diberikan oleh SPR menampakkan peranannya yang pro BN setelah menidakkan apa yang diajukan oleh pihak Pas tentang pertindihan pendaftaran di Bagan Pinang. Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan SPR oleh rombongan Pas semalam dan seperti biasa SPR cuba untuk menutup kes ini tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.

Dengan ini terbukti sudah bahawa apa yang dituduh kepada SPR adalah benar dan mempunyai agenda tertentu untuk memenangkan UBN. Jika perkara ini tidak diselesaikan dengan berapa segera maka pilihanraya di negara ini tidak telus dan akan menyebabkan rakyat ditipu lagi. Memandangkan pilihanraya kecil Bagan Pinang akan berlaku tidak lama lagi diseru kepada pengundi agar dapat memberi pengajaran kepada UBN dan SPR bahawa rakyat tidak akan tertipu lagi dan undilah Pas dan Pakatan Rakyat untuk membuktikan yang kita rakyat tidak mudah ditipu.

Wednesday, October 7, 2009

Sokonglah Aku ,akan ku kayakan kroni2 ku... Bagan Pinang


Beginilah agaknya penilaian pengundi di Bagan Pinang.

Bagan Pinang: Talam dua muka.....Pas buktikan




Kerakusan UBN untuk mengekalkan kemenangan di Bagan Pinang sanggup memperalatkan SPR untuk membuat penipuan pendaftaran dua kali oleh sesetengah anggota pasukan keselamatan dimana telah menggunakan dua kad pengenalan sebagai pengundi pos dan juga pengundi biasa yang menggunakan kad pengenalan awam.

Apa yang dilaporkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Perkara ini telah dikesan dengan menggunakan sistem pengesan yang dibuat oleh Pas dan telah mendapati sekurang-kurangnya 200 anggota terlibat dan perkara ini akan dibangkitkan oleh beliau dan juga Naib Presiden Salahuddin Ayup yang akan bertemu dengan Pengerusi SPR pada hari ini.

Sekiranya perkara ini didapati betul maka disini akan dibuat pemutihan pemilih bagi memastikan pilihanraya kecil ini betul-betul telus. Walaubagaimana pun perkara ini bukanlah suatu yang mudah untuk diterima oleh SPR dan berbagai alasan yang akan diberikan kepada Pas untuk menidakkannya.