Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, October 29, 2009

Sengketa selesai......muafakat dan memperkasakan Pakatan Rakyat





Malam tadi Mesyuarat Khas telah dijalankan dimana semua pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat tersebut. Tok Guru Nik Aziz juga hadir untuk meleraikan segala persenketaan yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini. Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam telah dijalankan di Pejabat Agong Pas, Jalan Raja Laut.

Keputusan mesyuarat telah diumumkan oleh Presiden Pas di lobi pejabat agong Pas dan keputusan yang ditunggu hampir kesemua pemberita media massa yang telah menunggu sejak pukul 8.45 mlm. Para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

Presiden Pas menyatakan keputusan yang dibuat setelah selesai mesyuarat malam tadi diputuskan tiada EGM dan digantikan dengan seminar. Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS. Permasalahan yang ditimbulkan oleh Pas Selangor akan berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dipegerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pas menyerahkan kepada JK disiplin untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut yang dianggap telah menimbulkan rasa kurang senang oleh pengundi bukan islam dengan isu arak di Selangor. Dalam mensyuarat tersebut juga telah memutuskan tiada lagi ruang untuk berkerjasama dengan Umno (Kerajaan perpaduan).

PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya Tuan Guru Hadi.

Setelah berakhirnya mesyuarat khas tersebut telah menjernihkan kembali kekerohan yang berlaku dalam Pas sebelum ini dan diharap keputusan yang dilakukan akan memenangkan hati semua dan memberikan kegelapan kepada Umno untuk mempermainkan lagi isu UG.

No comments:

Post a Comment