Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, November 17, 2009

Tanda Kebesaran Allah.....Khalimah Allah pada bukit selepas bencana di Padang.

DPP Paya Besar melaporkan..

Oleh Abu Syifa.

Selepas kejadian yang mengerunkan menimpa kepada penduduk di Padang , banyak kejadian lain yang memberikan gambaran kebesaran Allah SWT dimana salah satunya ialah khalimah Allah tertera pada bukit (gambar diatas). kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang sukarelawan yang pergi kesana untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa disana.

Menceritakan kejadian dimana keajaiban itu berlaku bukanlah dihari berlakunya gempa bumi tersebut, tapi apa yang difahamkan ianya berlaku atau dise
dari hanyalah setelah hampir 28 hari selepas kejadian. Terbentuknya khamah Allah tersebut berdasarkan kepada runtuhan tanah dan terbentuklah khalimah Allah dengan berlatar belakangkan pokok yang masih lagi terdapat disitu.

Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan satu kejadian dimana manusia telah diberikan nikmat hidup yang sempurna tetapi lupa kepada Allah SWT. Set
elah banyak melakukan derhaka kepada Allah SWT maka Allah telah pun menghukum mereka dan memberikan amaran kepada manusia lain agar jangan terlalu leka untuk mengingati Allah sebagai pencipta dan yang berkuasa keatas segala-galanya yang ada dibumi ini.

Kewujudan Khalimah Allah ini merupakan petunjuk kepada mereka yang lupa kepada Allah agar bertaubat seberapa segera dan kepada yang beriman hendaklah m
enambahkan lagi amal dan ibadah kepada Allah SWT. Insya' Allah akan dilindungi oleh Allah SWT.


Gambar sebelum terjadinya khalimah Allah


Monday, November 16, 2009

Bila nak sebat Kartika?.....Exco Pahang takut syubahah



Penantian rakyat yang ingin melihat pelaksanaan hukum sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarno model sambilan kerana kesalahan meminum arak di sebuah hotel di Cerating pada tahun lepas belum kesampaian. Memandangkan Exco dan juga Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata pelaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara berhati-hati terutama terhadap pesalah wanita.

Oleh kerana negara kita tidak menjalankan Hukum Hudud maka menjadi satu masalah untuk melaksanakan hukuman tersebut. Kita sudah merdeka hapir 52 tahun namun masih lagi tidak tahu macamana untuk menghukum pesalah dengan mengikut landasan yang betul dan mengikut hukum syarak. Kenapa baru sekarang baru nak dicarikan dan dipelajari bagaimana nak menghukum pesalah mengikut hukum syarak? Padahal Malaysia mempunyai ramai mufti dan ulamak untuk menjadikan mereka panduan. Kalau pergi tanya orang yang tidak tahu agama maka mereka akan menggelengkan kepala dan ada yang menyatakan hukuman itu dianggap zalim seperti SIS yang hanya mementingkan soal kemanusian dan tidak pernah untuk memperjuangkan Hak-Hak Allah SWT.

Walaupun begitu, kita boleh lihat betapa perlunya manusia mempelajari prihal hukum Allah SWT. Oleh kerana tidak diamalkan akan apa yang di perintahkan oleh Allah maka timbullah berbagai andaian yang mungkin akan menjejaskan islam itu sendiri.

Exco agama negeri Pahang merupakan orang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman tersebut dan telah menjadi tanggungjawap kepada mereka untuk melaksanakan apa saja hukuman yang akan dihadapi oleh pesalah meminum arak dan sebagainya. ternyatalah yang beliau agak kekok bila berhadapan dengan masalah ini, kerana yang kena hukum mahu dihukum manakala yang menghukum ragu-ragu untuk melaksanakannya.

Jika Kartika ketika didalam perbicaraan dimahkamah, beliau membuat rayuaan ,maka mungkin beliau terlepas dengan hukaman tersebut, namun lain jadinya kerana beliau tahu hukum hakam yang diwajibkan keatasnya dan ini membuktikan bahawa Kartika lebih pandai dan yakin dengan Allah berbanding dengan orang-orang Umno. Datuk Mohamad Sahfri ditanya bilakah hendak dilaksanakan Hukuman tersebut, beliau telah berdalih dengan menyatakan bahawa pihak penjara tidak ada pelaksana human sebat mengikut islam dan ketiadaan penghukum perempuan. Ini merupakan satu kejahilan yang nyata dan pengakuan terbuka beliau bahawa beliau belum khatam dengan ilmu agama Allah.

Thursday, November 12, 2009

Pahala yang besar untuk Penaja Haji.......Pemuda umno Kelantan jadi penghalang



Pahala yang besar yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengeluarkan sejumlah harta untuk menaja seseorang yang ingin menunaikan Ibadah haji. Bagi mereka yang ingin menghalangnya pula akan diberikan dosa yang amat besar kerana ingin menghalang seseorang yang ingin melakukan ibadah kepada Allah SWT. Dan juga menghalang orang untuk membuat baik yang mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Dalam kenyataan terbaru Pemuda Umno Kelantan terhadap isu penaja kepada Tok Guru Nik Aziz untuk menunaikan Haji pada 18 november ini. Jelas sekali apa yang dilakukan oleh hartawan di Kelantan adalah menaja tokoh-tokoh agama untuk menunaikan haji setiap tahun dan ini adalah satu kebiasaan yang sering berlaku di Kelantan malah dimana jua seperti kerajaan Terengganu yang menaja rakyat di Terengganu untuk menunaikan haji, kenapa kerajaan Terengganu tidak didakwa memberi rasuah kepada rakyatnya? Tapi itu adalah kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu dan ianya tidak ditentang atau dihalang oleh Pas kerana perkara mengerjakan ibadah kepada Allah adalah perkara yang dijuangkan oleh Pas selama ini.

Tetapi berbeza dengan Umno yang melihat apa yang dibuat oleh hartawan di Kelantan adalah sebagai amalan rasuah, Perkara ini amat menyedihkan kerana apa yang dilakukan oleh dermawan tersebut hanyalah untuk mencari pahala dari Allah dan bukannya mengharapkan apa-apa balasan dari Tok Guru. Bagi mereka mempunyai prasangka yang buruk dan sedang dalam menghalang apa yang dilakukan oleh hartawan di Kelantan, hentikanlah kerana kamu sedang melakukan dosa kerana menghalang orang lain mendapat pahala dari Allah SWT.

Tuesday, November 10, 2009

Welcome Dr Asri......pentas kami sediakan.



Umum sudah tahu yang Pas sedia menerima semua ulamak untuk memberikan tenaga mereka demi berjihad dijalan yang diredhai oleh Allah SWT. Kesemua ulamak yang ada dalam Pas adalah mereka yang sanggup mengabadikan diri demi memperjuangkan Islam bersama dengan Pas, jadi tidak mustahil Dr Asri tidak terliur untuk bersama berjuang demi menegakkan agama Allah ini.

Walaupun ramai yang tidak bersetuju Dr Asri masuk parti, tapi oleh kerana birokrasi yang dimainkan oleh pihak tertentu maka apalah salahnya beliau mencuba untuk berdakwah dengan Pas dan sekaligus memperkukuhkan lagi dasar Pas dimana Islam adalah satu perjuangan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam diseluruh dunia ini.

Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis telah dihalang oleh Jais untuk berdakwah hanya kerana tiadanya tauliah daripada mereka, ini menyebabkan Dr Asri merasakan beliau terhad untuk mengembangkan agama islam. Kalau kaedah yang digunapakai tidak dapat membenarkan Dr Asri bergerak bebas menyebarkan ilmunya, maka Pas akan memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada beliau untuk menyampaikan segala ilmu agama yang beliau miliki.

Sunday, November 8, 2009

Keterbukaan Pas tiada pada Umno



Sikap keterbukaan Pas yang ditunjukkan amatlah banyak faedahnya dan membuktikan Pas mahukan satu perubahan yang baik untuk menjamin kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Keterbukaan yang dibuat Pas terutama oleh Presiden Pas sendiri yang dikritik hebat dengan kepimpinannya namun tetap menerima dengan berlapang dada. Kritikan demi kritikan yang diterima merupakan ada yang 'cakne' dengan pentadbiran Pas selama ini dan apa yang mahu diubah dan dibaiki walaupun pedih untuk diterima. Siapalah kita sekiranya kita lena dan leka dengan pujian.

Apa yang dikritik oleh Prof. Aziz dan nasihat dari Dr Abu Hassan adalah dari orang yang melihat kita dari luar. Sebenarnya apa yang hendak dikatakan oleh mereka adalah pelaksanaan kepimpinan yang agak longgar dan inginkan ianya diperkemaskan supaya Pas dapat menguasai dan memenangi PRU 13. Walaupun Pas merasakan selesa dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini namun ianya tidak boleh diambil mudah kerana gelombang perubahan akan berlaku setiap minit dan kematangan Pas diperlukan untuk membuat pembaikan dalam penampilan dan kepimpinan.

Bukan bermakna kepimpinan yang ada sekarang lemah tetapi perlunya penambahbaikan untuk memantapkan lagi Pas. Jika kepimpinan Pas lemah mana mungkin seminar sebegini besar dianjurkan, dimana pemimpin dikritik oleh orang lain dan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana pemimpin bukannya Tuhan yang tidak ada masalah langsung dan disebalik kepincangan yang ada harus dibaiki dengan teguran yang membina.

Tahniah kepada pemimpin Pas yang tidak jemu menerima kritikan dan pandangan walupun ianya pedih dan ini semua tiada dalam umno.

Thursday, November 5, 2009

TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN…..


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menulis......

Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.


Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

Wednesday, November 4, 2009

Kerajaan Perpaduan: Najib mengigau dan gila talak!


harakah daily melaporkan.......

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan menangani masalah dalaman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang penuh dengan isu rasuah dan moral daripada berunding mengenai kerajaan perpaduan dengan PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya berkata,"Najib masih mengigau untuk berbaik dengan Pas, walaupun Presiden Pas sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.

"Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya.

Ustaz Idris menambah, PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"PAS ingin menasihatkan Datuk Seri Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam umno dahulu dan parti komponen bn yang semakin kelam kabut,"katanya.

Tambahnya, ia adalah strategi pemimpin umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin umno tidak perlu menangguk di air keruh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik. PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

"PAS ingin menasihatkan Presiden umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita tida mahu lagi peristiwa runtuhnya jabatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan 3 kanak-kanak sekolah di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia.

"Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia digelar sabagai 'Darul Runtuh',tegasnya. _

Tuesday, November 3, 2009

Kapsul ubat....... Gelatin babi dicop halal.

Malaysiakini melaporkan.....

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Monday, November 2, 2009

Bekas Mufti Perlis .......Jasamu tak dikenang.



Bekas Mufti Perlis di tangkap oleh JAIS lewat malam tadi dimana yang dilaporkan oleh media massa. Sekiranya beliau didapati tiada memiliki tauliah maka bliau akan berhadapan dengan undang-undang syarie.

Apabila Dr Asri yang sebelum merupakan orang kuat kerajaan negeri Perlis telah ditangkap oleh majlis ugama dan menyatakan tiada tauliah untuk menjalankan kuliah maka disini bolehlah kita lihat peranan umno dalam menyekat tersebarnya islam di Malaysia. Walaupun beliau adalah bekas Mufti, iaitu pegawai yang paling tinggi dalam hal-hal agama dinegara ini ditangkap kerana tiada tauliah. Dimanakah kelayakkan beliau semasa menjadi mufti dulu?, Adakah dia hanya ditangkap muat je semata-mata untuk memenuhi jawatan?.

Beliau merupakan seorang berkelulusan ijazah dalam bidang agama , diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd . Jika segulung ijazah tidak mencukupi untuk membolehkan beliau mengajar atau memberi kuliah, kenangkanlah beliau seorang bekas mufti yang disangjung seketika dulu.

Begitulah nasib beliau setelah bergelar penceramah bebas sekarang dan tidak lagi membantu kerajaan untuk memcuci kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang. Dr Asri telah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau telah menolaknya setelah mendapat tentangan dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Jika beliau menerima kembali tawaran untuk menjadi penangkis untuk menghalalkan apa yang haram dalam kerajaan maka sudah semestinya beliau akan dapat tauliah untuk mengajar dan memberi kuliah untuk jemaah. O;eh kerana sejak kebelakangan ini beliau banyak cenderung kepada pembangkang, maka nasibnya akan serupa dengan ustaz dan juga ulamak yang ada dalam Pas. Akan ditangkap dan dihadapkan ke makamah dan ada yang disumbat didalam ISA.

Nasib Kaulah DR Asri, jika anda ingin bebas macam dulu, boleh mengajar dimana saja, terimalah jawatan tersebut dan jangan lawan kerajaan BN kerana mereka ada kuasa untuk menidakkan apa yang benar dan melakukan kekejaman pada yang baik.