Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, November 12, 2009

Pahala yang besar untuk Penaja Haji.......Pemuda umno Kelantan jadi penghalang



Pahala yang besar yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengeluarkan sejumlah harta untuk menaja seseorang yang ingin menunaikan Ibadah haji. Bagi mereka yang ingin menghalangnya pula akan diberikan dosa yang amat besar kerana ingin menghalang seseorang yang ingin melakukan ibadah kepada Allah SWT. Dan juga menghalang orang untuk membuat baik yang mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Dalam kenyataan terbaru Pemuda Umno Kelantan terhadap isu penaja kepada Tok Guru Nik Aziz untuk menunaikan Haji pada 18 november ini. Jelas sekali apa yang dilakukan oleh hartawan di Kelantan adalah menaja tokoh-tokoh agama untuk menunaikan haji setiap tahun dan ini adalah satu kebiasaan yang sering berlaku di Kelantan malah dimana jua seperti kerajaan Terengganu yang menaja rakyat di Terengganu untuk menunaikan haji, kenapa kerajaan Terengganu tidak didakwa memberi rasuah kepada rakyatnya? Tapi itu adalah kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu dan ianya tidak ditentang atau dihalang oleh Pas kerana perkara mengerjakan ibadah kepada Allah adalah perkara yang dijuangkan oleh Pas selama ini.

Tetapi berbeza dengan Umno yang melihat apa yang dibuat oleh hartawan di Kelantan adalah sebagai amalan rasuah, Perkara ini amat menyedihkan kerana apa yang dilakukan oleh dermawan tersebut hanyalah untuk mencari pahala dari Allah dan bukannya mengharapkan apa-apa balasan dari Tok Guru. Bagi mereka mempunyai prasangka yang buruk dan sedang dalam menghalang apa yang dilakukan oleh hartawan di Kelantan, hentikanlah kerana kamu sedang melakukan dosa kerana menghalang orang lain mendapat pahala dari Allah SWT.

3 comments:

  1. Ibnu Sidek. UMNO tak faham pahala dan rasuah. Korban Lembu pun kata Rasuah. Tunai Haji pun Rasuah. Dia cuba nak highlight kan Kelantan Negeri Rasuah itu MITOS UMNO. Hancur UMNO Harpak

    ReplyDelete
  2. salam ayid

    Setuju jika syarikat tersebut tiada kepentingan ....

    ReplyDelete
  3. Salam, ana tak tahu la umno ni islam apa ,tapi yang pastinya mereka akan terkubur pada PRU13 insya Allah.

    ReplyDelete