INGATAN

iklan

Sunday, December 27, 2009

Majlis Dialog ANAK.......Bukit Kuantan

Dewan Pemuda Pas Paya Besar melaporkan....

oleh Abu Syifa


25 Dis. Majlis dialog diantara Presiden Persatuan anak peneroka (ANAK) dengan penduduk Bukit Kuantan yang telah diadakan di kawasan Warung Chit Chat Pemuda Bukit Kuantan. Majlis yang berlangsung pada petang hari itu telah memberikan satu input yang besar terhadap peneroka dikawasan Bukit Kuantan dan sekitarnya. Penubuhan ANAK pada tahun 2007 telah banyak membantu peneroka untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dikalangan peneroka dengan pihak tertentu seperti Felda sendiri. Jika seorang saja yang bersuara maka kerajaan atau Felda tidak akan dilayan ,namun apabila suara yang ramai dilaungkan ,maka kerajaan atau Felda akan mengambil perhatian ,tegas presiden ANAK Sdr. Mazlan Aliman.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah terdiri barisan pemimpin setempat seperti MD Shah (Presiden Sepakat, NGO Peneroka), Ustaz Ishak (wakil Pas Kawasan Paya Besar), Hj Zahari (Wakil PKR Paya Besar) dan Mohd Fauzi (Ketua ANAK Kawasan Paya Besar serta AJK DPP Paya Besar). Seramai lebih 120 orang telah memenuhi khemah yang disediakan yang terdiri dari penduduk setempat dan juga sekitarnya.

Dialog membincangkan memoradum yang dihantar kepada MB Pahang sebelum ini dan perbincangan terjerumus kepada keadaan ekonomi, sosial, Perumahan untuk generasi kedua dan juga soal pendidikan. Banyak pertanyaan yang berkaitan dengan ANAK dan tindakkan yang akan diambil oleh ANAK untuk membela nasib peneroka. Ternyata apa yang diharapkan oleh peneroka selama ini telah dijawab oleh Sdr Mazlan yang begitu bersemangat menjawab segala pemasalahan yang dihadapi oleh peneroka dan beliau berjanji akan berkerja sama dengan NGO lain seperti SEPAKAT yang baru ditubuhkan untuk membela nasib peneroka yang kini telah ditindas oleh Felda dan juga kerajaan yang nampaknya kerana telah banyak peraturan yang diadakan oleh Felda , tidak berlaku adil kepada Peneroka.

Majlis ini juga merupakan perasmian penubuhan cawangan ANAK di Bukit Kuantan dan telah dirasmikan oleh Sdr Mazlan dan sekaligus telah menerima borang ahli yang diserahkan oleh Ketua ANAK Kawasan Paya Besar Sdr Mohd Fauzi. Majlis berakhir dengan jamuan ringan yang disediakan.

Kepada anak-anak peneroka yang ingin menjadi ahli ANAK sila hubungi Sdr Mohd Fauzi no. Tel. 0148299413

Rangkuman gambar sekitar majlis dialog.....


Thursday, December 24, 2009

Tahap Keselamatan Negara Di Ragui...enjin F-5E hilang



Setelah kecoh dengan kehilangan dua buah enjin jet pesawat pejuang F-5E milik TUDM itu amat mengejutkan semua pihak. Ia menguatkan lagi alasan bahawa sememangnya sistem kawalan keselamatan dan ketenteraan negara berada didalam keraguan. Dengan kehilangan dua buah enjin tersebut membuatkan kita tertanya kemana perginya maruah sebagai orang yang diberikan amanah untuk menjaga keselamatan negara namun telah dicemarkan oleh mereka yang begitu rakus untuk mendapat kesenangan yang cepat dan mencemarkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Kementerian Pertahan harus dipersalahkan kerana telah mendiamkan kes besar ini dari pengetahuan rakyat hanya untuk menjaga kepentingan politik. Menteri Pertahanan pada masa itu harus dipersalahkan kerana gagal dalam membendung perkara ini dari berlaku dan membisukan kes ini dari diketahui oleh umum walaupun hampir setahun berlalu. Kalau perkara ini boleh dilakukan tanpa disedari, mungkin banyak lagi barang dan peralatan yang kecil boleh dijualkan kepada musuh untuk menyerang negara kita. Dimanakah tahap keselamatan yang ada dalam negara ini untuk menjaga keselamatan rakyat yang begitu banyak membelanjakan wang rakyat untuk keselamatan.

Sepatutnya mereka menjaga semua eset yang ada daripada sampai ketangan musuh, Kalau dua buah enjin yang begitu besar dan berat sampai ketangan musuh ,ini bererti negara kita dalam keadaan yang begitu membimbangkan kerana segala rahsia negara mungkin sudah ada pada musuh kita kerana maklumat rahsia negara bukannya berat dan besar seperti enjin pesawat pejuang tersebut. Kini negara kerugian RM 100 juta hanya kerana kecuaian pihak bertanggungjawap dan ini perlulah dipertanggungjawapkan kepada Menteri Pertahanan ketika itu.

Kini apa yang kita miliki akan diserahkan kepada pihak musuh hanya kerana inginkan kesenangan yang cepat dan kini Malaysia mempunyai kapal selam yang berharga ratusan juta ringgit dan tidak mustahil suatu hari nanti kapal selam tersebut menyelam dan timbul di negara lain dan sudah ditukar hak milik kerana dijual oleh mereka yang lama sudah melakukan kerja tersebut.

Pihak Polis dan juga suruhanjaya yang akan ditubuhkan untuk menyiasat kes ini Insya'Allah agar lebih telus dan dapat menyelesaikan perkara ini dengan jayanya agar dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap tahap keselamatan negara. Orang yang bertanggungjawap terhadap kes ini harus dihukum seberatnya dan janganlah hanya ikan bilis yang ditangkap dan kambing hitamkan dan jerung pula dilepaskan.

Monday, December 21, 2009

Perhentiasn bas Kuala Berang runtuh


Harakahdaily melaporkan......


HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah WNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".

Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam di Kuala Brang itu bernilai RM4.2 juta itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu.

Harakahdaily difahamkan kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.


Wednesday, December 16, 2009

Kerana Sebiji bola jangan kita lupa Awal Muharram.....Khamis ini



Syabas diucapkan kepada skuad bawah 23 Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir pada Sukan SEA yang ke XXV , Mereka yang berazam untuk merangkul pinggat emas dalam acara bola sepak yang begitu lama dinantikan mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya ada rasa ingin menang dan tiada tekanan dari mana-mana pihak agar mereka boleh bermain dengan tenang dan mempunyai keyakinan penuh untuk menang, sudah tentu mereka akan bermain dengan penuh semangat dan yang penting adalah keizinan Allah untuk menang.

Perlawanan akhir ini akan berlangsung bermula pada pukul enam petang hari khamis bersamaan 17 Dis 2009, pada hari yang sama merupakan hari sambutan Awal Muharram 1431H yang disambut oleh semua umat islam dan caranya adalah pergi ke masjid atau surau dan membacakan doa akhir tahun sebelum maghrib dan membaca doa awal tahun selepas itu. Kebiasaannya perkara ini dilakukan berjemaah dan dilakukan setiap tahun. Jangan kerana bola sebiji kita terlupa untuk ke Masjid atau Surau untuk menyambutnya. Oleh kerana perlawanan bola tersebut berlangsung hampir nak masuk maghrib takut-takut terlanjak oleh kerana keseronokan dan keghairahan untuk menang hingga terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan.

Walau apa pun Ibnu Sidek mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH kepada semua umat islam diseluruh dunia. Dan Selamat berjaya kepada skuad U23 di Sukan SEA XXV di Loas.

Tuesday, December 15, 2009

Apa kata Mufti.......gambar Najib "cheers".


Kenapa Mufti tidak bersuara setelah gambar ini tersebar di internet dan kebanyakannya telah menjadi satu isu dimana seorang pemimpin dari sebuah negara dimana ramai antara rakyatnya adalah orang islam dan beliau sendiri mengaku seorang islam tetapi melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.

Tidak seharusnya seorang pemimpin yang mengaku islam melakukannya kerana ianya akan menjadi satu model kepada rakyatnya. Kalau pemimpin yang beragama islam boleh lakukannya walaupun beliau tidak meminumnya, namun dengan memegang sesuatu yang dianggap arak dan menjadi tradisi orang yang meminum arak, maka ianya haram dilakukan kerana ianya akan membawa fitnah.

Wahai mufti, bersuaralah dan keluarkan kenyataan apa yang dilakukan oleh Najib ini salah dan haram, supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada rakyat dan tahu akan perkara itu adalah salah dan haram untuk dilakukan.

Sekiranya perkara ini dibiarkan maka banyaklah lagi perkara sebegini akan dilakukan oleh rakyat kelak.

Wednesday, December 9, 2009

Bila Che Det bersuara....Nazri Aziz yang kena.



Apabila isu BTN timbul ,maka ramai yang akan mengeluarkan kenyataan yang dimana pemimpin-pemimpin yang terkini akan menyalahkan kepimpinan yang lama. Seperti yang diketahui oleh umum, Nazri Aziz yang begitu lantang mengkritik Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa Dr Mahathir seorang perkauman kerana masih mempertahankan BTN.

Dr Mahathir pula mencabar Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan dalam kerajaan dan dalam Umno memandangkan Umno sendiri adalah parti perkauman. kesian Nazri Aziz kerana keceluparan mulutnya, kini dia diasak oleh semua blogger umno yang mahukan beliau letak jawatan. Sebenarnya masih ada sedikit kekuatan pada Mahathir untuk merubah apa yang ada dalam Umno. Tidak mustahil suatu hari nanti Najib mengarahkan Nazri Aziz meletakkan jawatan supaya isu ini reda. Begitulah pengaruh yang ada pada Mahathir, Umno sekarang tidak boleh lari dari bayangan Mahathir.

Setelah umno dicop oleh Mahathir sebagai parti perkauman, maka dapatlah kita lihat bahawa apa yang dilaungkan oleh Najib 1 Malaysia sebenarnya hanyalah selogan dan tidak lebih dari itu ,kerana parti yang didokongnya tidak boleh menerima kaum lain untuk menjadi ahli dan ini jelas membuktikan satu lakonan yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang disokong oleh seluruh ahli umno dimana mereka tidak dapat terfikir dengan mendalam apa erti 1 Malaysia itu sendiri.

Kepada Nazri Aziz ,jangan kau cari pasal dengan Mahathir, walaupun dia sudah bersara namun suaranya masih dapat mengegarkan umno kerana pemimpin kamu telah menyanjung tinggi terhadapnya. Kalau setakat nak bodek PM boleh, tapi jangan berkaitan dengan Mahathir. Itulah nasihat ana untuk Nazri Aziz yang kini mungkin sedang memikirkan aturkata yang baik untuk meminta maaf terhadap che det.

Tuesday, December 8, 2009

Dr Asri berdakwah dengan caranya yang tersendiri......kelab malam jadi sasarannya.



Bekas Mufti Perlis Dr Asri yang sebelum ini telah dituduh oleh Jais kerana berceramah tanpa tauliah. Memandangkan beliau seorang yang begitu cekal dalam memberikan dakwahnya maka beliau akan meneruskan ceramahnya di kelab malam pula. Ini memerlukan kecekalan yang kuat memandangkan bukan saja anak-anak muda yang ada dalam kelab malam, malah orang tua juga ada yang masih aktif dalam kelab-kelab malam seluruh Malaysia.

Kerajaan perlulah memberikan sokongan kepada mereka yang mahu melihat umat islam tidak lagi masuk ketempat yang tidak sepatutnya. Teguran Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid tentang hasrat Dr Asri , menyifatkan hasratnya untuk berdakwah di pusat hiburan sebagai tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah, Apa sebenarnya yang mahu mereka (Kerajaan) lakukan terhadap umat islam yang sedia ada tersesat dengan hiburan dan meminum minuman yang memabukkan dalam kelab-kelab malam? Kenapa selama ini tiada tindakkan yang sewajarnya untuk membenteras kegilaan umat islam dengan kelab malam? Kenapa perlu halang dan tidak menyokong untuk melakukan kebaikan serta menyedarkan umat islam yang ada dalam kelab malam. Kenapa perlu umat masuk ke kelab malam sedang tiada apa yang berfaedah boleh dilakukan didalamnya dan kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat beragama islam.

Hasrat Dr Asri perlulah disokong oleh semua orang agar dapat dijadikan satu misi oleh umat islam untuk menyedarkan umat islam yang masih hanyut dengan hiburan dan sebagainya . Perlulah ada satu agensi dari pihak kerajaan yang melakukan satu pembersihan disetiap kelab malam agar tiada lagi umat islam yang datang dan masuk ke kelab-kelab malam. Sepertimana yang berlaku terhadap model sambilan Kartika, bukannya kerana kejahilannya berlakunya perkara tersebut namun oleh kerana tiada halangan dan teguran yang sepatutnya untuk menyedarkan beliau dari terus melakukannya dan tiada rasa takut dengan undang-undang ciptaan manusia menyebabkan beliau terasa bebas untuk melakukannya. Bukan dia seorang yang melakukannya malah ramai lagi yang masih bergelombang dengan maksiat dan meminum minuman yang memabukkan itu.

Thursday, December 3, 2009

Tahniah Abdul Ariffahmi Ab Rahman....letak jawatan demi maruah.



Tahniah kepada menantu Tok Guru Nik Aziz yang mendengar nasihat mertuanya agar meletakkan jawatan yang disandang beliau sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010. Peranannya yang begitu besar dalam Perbadanan tersebut amatlah dibanggakan dengan prestasi yang tidak dapat diragukan, namun demi maruah keluarga dan mendengar nasihat orang yang paling dihormatinya.

Kalaulah perkara ini berlaku pada orang Umno ,sudah pasti ayat 'langkah mayat ku dulu kalau nak kawe letak jawatan'. kerana rakus dengan pendapatan yang tinggi dan berkuasa mana mungkin orang umno akan mengambil tindakkan yang sama jika disuruh sedemikian rupa.

Sebenarnya jika beliau bukan menantu MB pun dia layak untuk memegang jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan yang baik sebagai seorang jurutera. Namun setelah perkara ini digemburkan maka beliau tanpa berfikir panjang terus membuat keputusan untuk meninggalkan Perbadanan Menteri Besar setelah diarahkan oleh mertuanya (MB Kelantan).

Tahniah ducapkan kepada Nik Aziz dan menantunya kerana telah membuatkan pihak lawan tergangga dan terkedu dengan tindakkan yang amat bermakna untuk keduanya dan juga parti Pas Khasnya.

Wednesday, December 2, 2009

Baru pulang.....ahhh! lega!




Alhamdulillah! lega rasanya dapat pulang ketanahairku setelah selama dua minggu berada di Singapura kerana menyelesaikan tugas kerja. Selama dua minggu jugalah tidak dapat mengadap dengan komputer disebabkan tiada kemudahan internet yang sepatutnya dapat mengemaskini blog ini.

Kerja di 'Dry Dock' di Keppel Shipyard sugguh mencabar memandangkan cuaca yang agak panas terik namun dapat diselesaikan kerja sebaik mungkin dan telah mendapat pujian dari boss yang bersama dengan kami dalam menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian bot penyelamat yang berada di kapal Persiaran Ocean Princess. Para pekerja yang digabungkan dari UK, Dubai, USA dan juga Malaysia telah memberikan satu semangat kerjasama yang bagus dan Pekerja dari Malaysia yang banyak mendapat pujian dengan kerja yang amat baik dan cermat.

Apa pun yang penting kerja tu dah siap dan sudah sampai masanya ana mengemaskini blog ini untuk tatapan kekawan yang datang ziarah.

Tuesday, November 17, 2009

Tanda Kebesaran Allah.....Khalimah Allah pada bukit selepas bencana di Padang.

DPP Paya Besar melaporkan..

Oleh Abu Syifa.

Selepas kejadian yang mengerunkan menimpa kepada penduduk di Padang , banyak kejadian lain yang memberikan gambaran kebesaran Allah SWT dimana salah satunya ialah khalimah Allah tertera pada bukit (gambar diatas). kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang sukarelawan yang pergi kesana untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa disana.

Menceritakan kejadian dimana keajaiban itu berlaku bukanlah dihari berlakunya gempa bumi tersebut, tapi apa yang difahamkan ianya berlaku atau dise
dari hanyalah setelah hampir 28 hari selepas kejadian. Terbentuknya khamah Allah tersebut berdasarkan kepada runtuhan tanah dan terbentuklah khalimah Allah dengan berlatar belakangkan pokok yang masih lagi terdapat disitu.

Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan satu kejadian dimana manusia telah diberikan nikmat hidup yang sempurna tetapi lupa kepada Allah SWT. Set
elah banyak melakukan derhaka kepada Allah SWT maka Allah telah pun menghukum mereka dan memberikan amaran kepada manusia lain agar jangan terlalu leka untuk mengingati Allah sebagai pencipta dan yang berkuasa keatas segala-galanya yang ada dibumi ini.

Kewujudan Khalimah Allah ini merupakan petunjuk kepada mereka yang lupa kepada Allah agar bertaubat seberapa segera dan kepada yang beriman hendaklah m
enambahkan lagi amal dan ibadah kepada Allah SWT. Insya' Allah akan dilindungi oleh Allah SWT.


Gambar sebelum terjadinya khalimah Allah


 
Visit InfoServe for blogger backgrounds.