Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, May 31, 2010

Israel LaknatuLLah serang Konvoi kemanusiaan ke Gaza..(video)

Mavi Marmara, Laut Tengah (10.30 pagi waktu Malaysia) Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa. menurut laporan dari berita CNN yang mana buat masa sekarang ini difahamkan seorang lagi telah meninggal dunia , dengan angka yang terbaru 3 orang mati dan manakala berpuluh lagi cedera. Israel yang tidak mengendahkan ancaman dari negara lain supaya tidak menyerang konvoi tersebut telah membuktikan kekejaman mereka kepada dunia. Apa lagi yang ditunggu oleh negara islam lain yang masih menyepikan diri sedangkan mereka antara negara yang terkuat di Asia tengah.

Negara arab bagaikan telah menempah Neraka Jahanam setelah tidak bertindak untuk melindungi negara yang ditindas seperti di GAZA.

Ulama Umno bakar kapal- Dr Mohd Asri


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

baca lagi klik disini

Thursday, May 27, 2010

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2010

BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:

Robert Kuok

1) Robert Kuok AS$12 bilion (RM39b), 86, berkahwin, 8 orang anak. Sumber: Pelbagai.

T. Ananda Krishnan

2) T. Ananda Krishnan AS$8.1 bilion (RM27b), 72, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Telekomunikasi.

Tan Sri Lee Sin Cheng

3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion (RM15b), 71, berkahwin, 6 orang anak. Sumber: Kelapa sawit.

4) Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga AS$3.9 bilion (RM13b), 81, janda, 6 orang anak. Sumber: Perjudian.

Tan Sri Quek Leng Chan

5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$3.85 bilion (RM13b), 69, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Teh Hong Piow

6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$3.8 bilion (RM12.5b), 80, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Perbankan.

Tan Sri Yeoh Tiong Lay

7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga AS$2.5 bilion (RM8.2b), 80, duda, 7 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.7 bilion (RM5.5b), 58, berkahwin, 5 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Tan Sri Vincent Tan

9) Tan Sri Vincent Tan AS$1.6 bilion (RM5b), 58, berkahwin, 11 orang anak. Sumber: Pelbagai.

10) Tan Sri Tiong Hiew King AS$1.2 bilion (RM4b), 75, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Pembalakan.


Dimanakah Umno yang selama ini memperjuangkan melayu kalau hanya seorang yang top 10 terkaya di Malaysia ? sedangkan banyak peluang yang sepatut diberikan kepada orang melayu dan sudah pasti ramai lagi orang melayu yang akan menjadi kaya raya. Kalau difikirkan sebenarnya orang melayu juga pandai berniaga namun oleh kerana terlalu banyak halangan yang ditimbulkan oleh kerajaan dan orang melayu yang kekurangan modal dan juga pengalaman seharusnya diberikan peluang untuk membaiki kelemahan ini namun oleh kerana umno tidak mahu melihat ramai diantara orang melayu kaya sebab itulah berbagai syarat diberikan dan yang mempunyai harta dan modal yang banyak dapat membeli segala halangan yang disyaratkan oleh kerajaan.


Sumber/link

PJ Pas Pahang berjaya serah Memo bantah judi bola kepada MB Pahang.


Program Penyerahan memorandum bantahan "Lesen Judi Bola" yang diadakan hari ini berjaya mencapai matlamatnya. Penyerahan itu yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang di pejabat MB sekitar jam 11.00 pagi tadi. Turut mengiringi beliau semasa penyerahan memorandum itu ialah YB Choi Siew Onn (DAP), Ram Ponnusamy dan Hj.Zahari (PKR) dan Ustaz Suhaimi Said (PAS). Seramai hampir 100 orang penyokong telah mula berhimpun di perkarakan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I sejak awal pagi lagi. Turut kelihatan beberapa orang anggota polis yang mengawal keadaan termasuk juga dari Cawangan Khas (SB). Sekitar jam 10.30 pagi, Dato' Tuan Ibrahim memberikan sedikit ucapan kepada mereka yang hadir. Antara lain beliau mahu semua rakyat tidak kira apa jua fahaman politik, agama dan kaum agar menyokong bantahan ini. "Kita sudah terlepas dari tanggunjawab apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak" katanya. Selepas berucap, kelihatan Ketua Polis Daerah Kuantan (OCPD) Tuan Jasmani Yusof bertemu dengan Dato' Tuan Ibrahim. Atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka Dato' Tuan akhirnya bersetuju hanya wakil parti sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut di pejabat MB. Kerjasama pihak polis amat baik dan dihargai. Malah, mereka juga turut mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecoahan dan sebagainya. Selepas menyerahkan memorandum, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir telah bersama-sama mengedarkan risalah bantahan tersebut kepada oranf ramai disekitar Padang MPK di hadapan masjid. Mereka kemudian menjamu selera di sebuah restoran berhampiran.

sumber/link

Wednesday, May 19, 2010

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

link/ sumber

Saturday, May 15, 2010

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

K
amaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

E
koran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.

Tuesday, May 4, 2010

Serah dua telaga minyak suatu penderhakaan

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.

Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.

Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, beliau menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, Mahfuz turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Menurut beliau, dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,” beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.


Sumber/ link