Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan Ulamak dalam Pas.....Perjuangan untuk semua



Kepimpinan yang ada dalam Pas merupakan kepimpinan yang diasaskan dengan mengambil kira segala segi untuk melayakkan seseorang pemimpin diberikan tanggungjawap yang berat ini. Perbezaan yang ketara antara Pas dan Umno ialah pemimpinnya kerana rata-rata pemimpin Pas merupakan yang berpelajaran agama dan berkelulusan yang sewajarnya dalam akademi supaya ianya selaras dengan kehendak rakyat iaitu mendahulukan pemimpin yang mempunyai latarbelakang agama untuk memastikan tiada salahlaku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin, seperti rasuah ,salahguna kuasa dan sebagainya sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno.

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang merupakan seorang prasiden yang mempunyai kelulusan akademi dan juga seorang Ulamak yang disegani dengan pelajaran yang diterima seawal usia sehingga kini mengabadikan diri untuk melihat negara kita ini melaksanakan Hukum Allah suatu hari nanti. Tuan Guru ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975) . Biodata seorang pemimpin yang bukan saja berpelajaran dan juga istikomah dalam perjuangan.


Kalau nak dibandingkan dengan pemimpin umno amat jauh dan tidak sedikitpun terlintas dihati pemimpin umno untuk melihat negara ini diperintah secara islam. Perjuangan yang berterusan untuk memertabatkan Islam merupakan perjuangan Parti Pas dan pemimpinnya, Kalau difikirkan kenapa rakyat tidak dapat menerima kepimpinan ulamak, sedangkan pemimpin ulamak merupakan mereka yang takut dengan kuasa Allah dan balasannya, mana mungkin pemimpin ini melakukan perkara yang menyalahi Hukum Allah.

Dosa yang dilakukan oleh pemimpin Umno nampak dengan jelas tapi masih lagi mendapat sambutan yang mengalakkan dan ini akan merugikan kita kerana kita akan ditanya oleh Allah SWT kenapa kita tidak memilih mereka yang bertakwa kepadaNya kerana pemimpin yang dipilih Allah untuk memertabatkan Islam diBumi ini telah jelas dimata kita ,tapi masih ada segolongan rakyat yang masih buta dengan kebendaan.

Yang jelas sekarang adalah cabaran dakwah yang perlu dilalui oleh pemimpin ulamak adalah amat berat dan memerlukan kesabaran dan keimanan yang jitu dalam menangani situasi ini. Pejuang yang memperjuangkan untuk kemenangan islam merupakan dari mereka yang faham dengan erti perjuangan supaya kita tidak terkeluar dari garis perjuangan itu sendiri agar Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda Insya Allah.

No comments:

Post a Comment