Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, October 20, 2009

Mahathir dalam dilema.....takut jalankan hudud.



Tun Mahathir nampak alim bila membicarakan prihal hukum hudud yang tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjalankannya malah telah memperlekehkan apa yang telah termaktub dalam Al Quran.

Malaysiakini melaporkan....
Dalam pengamalan undang-undang syariah pula, kata Tun Mahathir, umat Islam cenderung melihat persoalan "potong tangan, potong kepala dan sebat" berbanding melihat keadilan sesuatu hukuman itu. "Al-Quran kata, hukumlah dengan adil. Kita tidak kira adil atau tidak adil. Yang kita kira, hendak potong tangan dia, potong kepala dia, nak sebat dia. "Prosedurnya pula, mesti ada empat orang saksi. Mana ada empat orang saksi dalam kes rogol. Apa dia buat dok tengok tapi tidak tolong?" katanya berseloroh.

Masalah Beliau adakah kerana dia tidak faham dengan agama Islam yang dia anuti sekarang. Jika hanya tahu dan tidak mengamalkannya bermakna dia masih belum dikatakan muslim yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mahathir menguasai pemerintahan negara ini melebihi 20 tahun dan tidak terlintas dihatinya untuk menjalankan hukum Allah malah menentangnya jika ada orang lain ingin melakukannya, adakah dengan menyokong orang sebegini akan masuk Syurga Allah? Beliau pernah sekali telah menyaman kerajaan Kelantan ketika itu yang cuba untuk mengamalkan perundangan Islam yang diperintahkan oleh Allah sepertimana yang tercatit dalam Al Quran.

Malaysiakini melaporkan lagi....
"Nik Aziz kata, pangkah PAS masuk syurga. Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul," kata Tun Mahathir dalam sesi dialog intelektual di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. "Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik."
Sekali lagi menampakkan kejahilan beliau dalam hal-hal agama dimana beliau sendiri tidak dapat untuk mentakbir negara ini secara islam yang betul. Beliau tidak sedar yang beliau sendiri taksub dengan kebendaan dan cuba untuk menyesatkan anak-anak muda dengan membawa masuk berbagai hiburan supaya ramai diantara anak muda yang akan lalai dari mengingati Allah, inikah yang dikatakan akan masuk syurga jika sokong beliau? Kalau seorang pemimpin yang hanya memberikan kepada kamu janji kemewahan dan duniawi semata-mata maka sesungguhnya kamu sedang menempah bilik didalam Neraka dan ini akan menyebabkan kamu lalai dari mengingati Allah.

Seorang pemimpin yang baik dan diterima oleh Allah adalah menjanjikan kita melangkaui alam yang akan kita lalui nanti iaitu alam Akhirat. Sesungguhnya mereka yang memilih pemimpin dikalangan kamu yang takut dengan Allah dan berusaha untuk membawa manusia masuk ke Syurga Allah maka dialah diantara pemimpin yang wajib anda sokong.

Dengan alasan yang cukup untuk membolehkan seseorang itu masuk syurga ialah dengan janji Allah yang terdapat dalam Al Quran dan janji Allah adalah benar sebenar-benarnya dan jika kita lihat perjuangan yang telah diushakan oleh Pas adalah untuk melaksanakan kepimpinan secara islam dan menjalankan hukum Allah yang wajib setiap orang Islam memperjuangkannya.

Jika pemimpin yang ingin melihat Hukum Allah terlaksana didalam negara ini akan diberikan pahala oleh Allah ,bermakna jika menyokongnya juga Insya'Allah akan dapat balasan pahala dari Allah, jika kita banyak pahala dan bersama pula dengan amalan yang baik ,maka akan termasuk kita dalam janji Allah untuk masukkan kita dalam syurgaNya kerana kita memeperjuangkan untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Cukup kah kita hanya dengan solat lima waktu dan menunaikan Haji untuk kita diberikan jaminan masuk syurga jika apa yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap umat islam melaksanakan Hukum Allah dimuka Bumi ini tidak kita lakukan, padahal ianya adalah wajib dilakukan sepertimana diwajib keatas manusia menunaikan solat.

Jika kita tidak melakukan solat satu waktu sahaja akan dihumbang ke Neraka Allah, inikan pula perkara yang wajib lain. Jadi fikirkanlah sebelum kita bertemu dengan Allah dan banyak persoalan yang akan ditanya oleh Allah keatas diri kita jika amalan kita kurang dan tidak menyokong pergerakan islam untuk melaksanakan hukum Allah.

1 comment:

  1. Allah telah berfirman di dalam Alquran bagi memilih pemimpin. Manusia sendiri tidak mengikuti perintah tersebut

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29)

    ReplyDelete