Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, September 10, 2009

Ole-ole kerajaan untuk kakitangannya......gula-gula pilihanraya


Semalam Perdana Menteri mengumumkan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang mana akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada sebelum Hari Raya dan pada Desember tahun ini. Ramai yang perasan yang ianya adalah gula-gula Najib untuk mendapat sokongan daripada rakyat untuk pilihanraya di Bagan Pinang,sepertimana pengumuman beliau baru-baru ini tentang kelangsungan projek di Manek Urai dan ini merupakan salah satu lagi perkara yan terdesak oleh PM untuk meraih sokongan rakyat yang semakin pudar kepada UBN.

Walau bagaimana pun ianya mendatang satu impak yang besar kepada ekonomi negara dimana ramai diantara mereka yang akan menerima bantuan tersebut akan berbelanja lebih dan menyebabkan ekonomi akan menjadi agak kukuh. Tetapi apa yang boleh dibelanjakan oleh mereka dengan hanya RM250? Kalau dikirakan tidak seberapa dengan keadaan harga barang yang semakin melambung tinggi dan kita lihat yang menjadi mangsa adalah mereka yang tinggal dikampung dan bekerja sendiri, setelah kerajaan mengumumkan bonus tersebut maka harga barangan akan naik dan bagi mereka yang tidak ada bonus akan menerima akibatnya.

Sekali buat kuih pun dah habis dua tiga ratus, tapi bagi mereka yang tahu berjimat maka mereka akan selamat dan bagi mereka yang merasakan dunia ini dia punya hanya sekelip mata saja duit itu akan habis, walaubagaimanapun tahniah kepada golongan kumpulan sokongan kerana menerima bonus tersebut dan selamat berbelanja.

2 comments:

  1. pemberian kerajaan UBN ini hanya untuk kumpulan sokongan yang ramai akan mengundi pos di Bagan Pinang nanti.Ini merupakan satu tindakan yang tidak adil untuk semua kakitangan kerajaan yang lai. Ada kumpulan sokongan yang bergai 4000 sebulan diberi. Ramai yang bergelar DG41 tidak menerima dan dianaktirikan kerana aada mereka yang bergaji hanya 2000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar. Cuepec ini tak betul kalau nak sokong kerajaan UBN sanggup saja terima walaupun bukan untuk semua kakitangan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. itu la pasal, kalau diorang ni nak bagi apa-apa mesti ada tujuan politiknya, bukan secara ikhlas

    ReplyDelete