Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, September 15, 2009

Penghujung Ramadhan.....apa persiapan kita Ahli Pas.


Bulan Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramai diantara kita sudah mula membuat persiapan untuk merayakan 1 syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Penghujung bulan yang banyak membawa barakah ini akan meniggalkan kita, sebagai orang islam kita sepatutnya merasakan kerinduan yang amat sangat dan belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Kebanyakan orang islam yang rindukan dan mencari Lailatul Qadar akan membuatnya dengan yang terbaik bagi tidak terlepas dengan malam yang mempunyai begitu besar rahmat Allah dan dengan apa yang dijanjikan olehNya.

Berpuasa memberikan kita satu keinsafan untuk memperbaiki amal ibadah kita dan juga segala yang berkaitan dengan ibadah dan mensyukuri segala Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang tidak diberikan pada orang lain dan sesungguhnya bagi mereka yang kurang bernasib baik akan diingati dan diberikan banyak sumbangan demi menjadikan puasa kita diberkati dan diberikn ganjaran yang berlipat kali ganda.

Sesetengah orang islam di Malaysia ramai diantaranya beriman dengan perintah Allah agar manusia berpuasa dibulan Ramadhan ini. Tapi setakat mana keimanan mereka dalam melaksanakannya. Ramai diantara meraka berpuasa tapi tidak sembahyang dan bagi golongan Hawa pula berpuasa tetapi tidak jaga auratnya. Ramai yang menganggap apa yang dilakukan adalah sebagai memenuhi kehendak masyarakat dan malu dengan sekiranya ditangkap tidak berpuasa dan bukannya beribadah kerana Allah SWT.

Pengajaran banyak boleh diambil dari bulan Ramadhan ini. Sebagai contoh yang jelas ialah bagaimana rasa lapar dan dahaga yang kita harungi disiang hari bersamaan dengan fakir miskin yang tidak terdaya untuk membeli makanan untuk mereka. Didalam hikmah yang diajar oleh Nabi kita SAW agar kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan cuba untuk menginsafinya dan seterusnya bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah KurniaNya.

Sepanjang Ramadhan ini kita lihat dengan kesungguhan kita umat islam mengerjakan ibadah puasa akan diberikan segala hikmah dan nikmat oleh Allah SWT sebagai contoh dengan kemenangan kita di Permatang Pasir dan yang akan kita hadapi pada 11 okt. nanti di Bagan Pinang merupakan pemberian Allah SWT untuk menguji setakat mana keimanan kita ahli Pas untuk meminta kepada Allah agar memenangkan perjuangan kita, kerana kita tetapkan dihati dan sanubari kita yang apa saja berlaku di dalam dunia ini hanyalah kehendak Allah SWT dan terus dengan memperjuangkan islam walaupun terpaksa mengharuni onak dan duri.

Dipenghujung Ramadhan ini marilah kita untuk memohon kepada Allah SWT dan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi menyeru kepada semua umat islam terutamanya ahli Pas mendoakan agar Allah menberi kemenangan pada PRK di Bagan Pinang yang akan datang Insya'Allah. Walaubagaimanapun kita haruslah berusaha dan berkerja bersungguh-sungguh serta doa agar memungkinkan kita mendapat kemenangan di sana.

Marilah kita bersiap sedia dengan kekuatan yang kita ada untuk menawan Bagan Pinang dalam PRK itu nanti. Sesiapa yang mempunyai kelebihan dalam apa jua bentuk agar gunakannya sebaik mungkin dan kepada yang berpendapatan tinggi dan mewah, bersedekahlah kearah menegakkan dan memperjuangkan islam walaupun ianya akan menyebabkan kita kehilangan harta dan sesungguhnya akan diganti oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kali ganda Insya'Allah.

No comments:

Post a Comment