Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, September 14, 2009

Antara Pas For All dan 1 Malaysia.....banyak bezanya



Pas For All Yang telah dilancarkan pada 2 tahun lepas telah mendapat sokongan padu dari rakyat bukan islam dimana tertubuhnya Kelab Penyokong Pas yang mempunyai melebihi 20 ribu ahli, Ini menunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh Pas adalah jelas dimana semua kaum tidak kira apa ugama mereka boleh bersatu dan hidup aman di Malaysia jika Pas menjadi pemerintah kelak.

1 Malaysia yang baru diwar-warkan oleh Perdana Menteri setelah beliau menerajui Malaysia. Apa yang kita ketahui yang Umno merupa parti yang mementingkan kebangsaan dan dapatkah PM menjadikan apa yang dislogankan memenuhi kehendak Parti dan juga penyokong mereka? Kalau difikirkan dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini membuktikan yang 1Malaysia gagal sepenuhnya dan apa yang diamalkan oleh Pas For All adalah untuk kesejahteraan kepada semua rakyat yang berbilang kaum dan ugama di negara ini.

Banyak lagi contoh yang boleh diberikan tentang gagalnya umno membawa slogan 1Malaysia yang dikonsepkan dengan perpaduan bersama. Orang umno sendiri mula rasa gelisah dengan pendekatan terbaru PM yang akan menyebabkan apa yang diperjuangkan oleh umno selama ini akan terkubur dan akan menjadi cemuhan oleh ahli mereka sendiri kerana 1 Malaysia akan menjadikan sama rata antara semua kaum di Malaysia. Bermakna umno tidak lagi akan melaungkan "Hidup Melayu" kerana kesamarataan telahpun diluluskan oleh presiden mereka dengan tertubuhnya 1Malaysia.

Kalau difikirkan apa yang diperjuangkan oleh umno dahulu telah banyak terpesong dan menjadi agenda terdesak oleh presiden mereka setelah melihat apa yang diusahakan oleh Pas berhasil dengan penyatuan semua kaum berdasarkan dengan Islam, kerana Islam merupakan ugama yang tidak perpandukan dengan agenda kebangsaan sahaja dan ini telah menarik perhatian oleh semua kaum dan senang dengan apa yang dilakukan oleh Pas, malah apa yang dilakukan oleh Pas adalah berpandukan kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Perpaduan yang dilaungkan oleh Pas adalah jelas dan memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melakukan ibadat mereka dengan aman. Pas sebenarnya inginkan perpaduan antara kaum yang jelas akan memberi keharmonian kepada seluruh rakyat dan berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh umno yang hanya menumpukan kepada kebangsaan yang jelas akan memburukkan lagi perpaduan antara kaum dinegara ini kerana segalanya hanya untuk orang umno dan apa yan berlaku hari ini telah jelas yang rakyat sudah mula menolak parti yang hanya memperjuangkan kepada satu kaum sahaja. Parti yang memperjuangkan Islam tergolong daripada semua kaum kerana mereka bebas untuk menukar agama mereka kepada Islam dan kaum lain tidak boleh menukar kaumnya kepada melayu.....

Perkara inilah yang menjadi terbezanya antara Pas For All dengan 1Malaysia. kerana ramai yang menanyakan ana tentang perbezaan yang dikeutarakan diatas.... kalau ada banyak lagi perbezanya diharap pembaca bagi komen. Wassalam.

No comments:

Post a Comment