Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, September 12, 2009

Pengundi Pos penyelamat UBN



Apa lagi yang hendak dikata kalau SPR bersentongkol dengan UBN untuk memastikan mereka menang ,kerana SPR beranggapan jika UBN kalah maka mereka tidak boleh cari makan. SPR lupa yang bagi mereka gaji ialah rakyat dan itu semua duit rakyat yang diberi amanah kepada kerajaan untuk menguruskannya.

Sepatutnya undi pos sudah lama dihapuskan kerana kita sudah merdeka selama 52 tahun dan sistem ini masih digunakan kerana tidak lain hanyalah untuk melindungi UBN dari kalah dalam Pilihanraya. Kita tengok sendiri apabila persempadanan dilakukan beberapa tahun dulu, Kem tentera sudah masuk kedalam parlimen pekan dan ini membuktikan yang Najib terdesak kerana dia nyaris kalah sewaktu ketika dulu.

Kenapa sistem ini masih digunakan sedang kem tentera dan polis sudah berada didalam bandar dan seringkali bersama dengan pengundi apabila ada pilihanraya dan tidak adil sekiranya mereka dilayan seperti mesin kemenangan bagi UBN, kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dan undinya menjadi rahsia.

Seperti apa yang akan berlaku di Bagan Pinang yang mempunyai seramai lima ribu lebih yang akan mengundi sebagai pengundi pos dan ini akan menjadikan UBN akan menang mudah sekiranya pengundian pos ini tidak dihapuskan. SPR akan melihat perkara ini dingin dan akan mencari berbagai helah untuk memenangkan UBN.

Sebenarnya ramai diantara anggota polis dan tentera yang menyokong Pakatan Rakyat dan ini bolehlah dilihat sekiranya undi pos dihapuskan. UBN akan menggunakan sepenuhnya kelebihan yang mereka ada dan Najib agak tenang untuk melalui PRK di Bagan Pinang memandangkan undi pos disana melebihi lima ribu.

Ramai diantara pengundi Pos yang merungut menyatakan yang mereka tidak pernah memegang pensil memakah, sedangkan kertas undinya telah dipangkah, siapa agaknya yang tolong pakahkan untuk mereka? hantu kot......

Sebenarnya pengundi pos bukannya bodoh untuk dikawal begitu rupa, mereka sudah cuba untuk menyokong Pakatan Rakyat tapi telah disekat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan negara ini tetapi mereka telah dikawal dan dikonkong oleh mereka yang ada kepentingan dengan UBN.

Ramai diantara mereka yang menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat akan ditukar dan dihantar bertugas jauh kependalaman dan ada juga yang akan disekat kenaikan pangkat. Ini lah modal yang ada pada UBN yang menyatakan kepada pengundi Pos bahawa mereka adalah penghianat sekiranya menyokong PR. Sedangkan untuk menyokong mana-mana parti politik adalah bebas.

Itu lah politik kotor yang dilakukan UBN dan inilah membuktikan tiada ketelusan dalam pilihanraya dan SPR yang diperkudakan oleh UBN untuk memastikan taukehnya itu menang...
marilah kita fikirkan bagaimana untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat agar dapat kita kuburkan UBN di Bagan Pinang.....Takbir!!!!

No comments:

Post a Comment