Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, September 9, 2009

Penduduk Seksyen 23 terima cadangan tapak baru kuil


Malaysiakini melaporkan.....

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu - menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya.

Ketika ditemui Malaysiakini di komplek Mahkamah Shah Alam, Zamri berkata, pihaknya mendapati tapak baru itu sesuai kerana jauh dari kawasan perumahan.

Sehubungan itu, tambahnya, mereka menerima cadangan menteri besar itu dan berharap masyarakat India turut sama menerima cadangan tersebut.

Ramzi berkata beliau dan kira-kira 50 penduduk Seksyen 23 hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah sebut.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

(Kalaulah semasa perbincangan di dewan MBSA baru-baru ini dibuat dalam suasana damai dan muafakat, maka perkara tersebut Insya'Allah dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak ada lagi kekecohan, tapi oleh kerana mereka yang hadir ketika itu adalah orang Umno maka mereka telah mempamerkan kebodohanya mereka seperti lembu yang mereka arakkan itu. Orang yang tiada ketermadunan dan jika kita lihat dalam youtube yang mempamerkan kebodohan orang Umno itu ,mereka yang hadir semuanya muka orang yang tidak mahukan keamanan dan mereka diibarat ditarik hidung dan mengikut saja apa yang diarahkan oleh pemimpin mereka biarpun mereka tidak faham apa sebenarnya mereka perjuangkan. Seorang menteri dalam negeri telah menemui mereka yang berarak kepala lembu menimbulkan banyak persoalan seumpama ada udang disebalik mee. kenapa beliau tidak terus berjumpa dengan kerajaan negeri dan memberi pendapatnya walaupun tak boleh guna, tapi sekurang2nya tidak nampak sangat orang umno telah ditaja oleh menteri tersebut.)

No comments:

Post a Comment