Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, September 10, 2009

Malaysiakini disiasat oleh SKMM...kenapa ye.



Kenapa kah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),menyiasat Malaysiakini yang merupakan sebuah akhbar web yang telus dan menyampaikan berita yang benar. Yang menjadi perihatian ialah video arakkan kepala lembu yang disiarkan oleh Malaysiakini telah ditonton oleh beribu rakyat di Malaysia dan juga Dunia. Video berkenaan tidak diedit dan diubahsuai dan semua yang disiarkan oleh Malaysiakini hanyalah untuk memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat.

Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

SKMM seumpama cacing kepanasan dan bergegas ke pejabat Malaysiakini dan menyiasat beberapa wartawan. Ramai antara NGO yang membantah dengan tindakan yang dilakukan oleh SKMM memandangkan kebebasan bersuara dan media harus dipatuhi. Tindakkan SKMM diibaratkan telah melanggar perintah PM dimana beliau menyatakan yang media electronic tidak akan disekat dan bebas melaporkan berita selagi ianya tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

Malaysiakini masih binggung dengan tidakkan SKMM yang mahu Malaysiakini membuang video tersebut daripada disiarkan dihalaman web. Kenapa agaknya mereka melakukan perintah tersebut sedangkan tiada diantara video tersebut diedit atau diubahsuai. Oleh kerana video tersebut telah menanyangkan aksi bodoh orang Umno dan segelinter yang menyokong umno maka kerajaa telah mengarahkan SKMM berbuat demikian agaknyalah......Kalau orang umno tidak terlibat masakan SKMM akan menyiasat begitu rupa......

No comments:

Post a Comment