Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, September 10, 2009

Ibrahim Ali:... lompat sikatak masuk kemulut lembu.


Ibrahim Ali yang juga Presiden bagi Pekasa, cuba untuk memberi bantuan kepada 12 orang perarak kepala lembu yang didakwa dan menyatakan ingin membantu sesama islam, Ibrahim Ali kalau dibandingkan dengan Samy Vellu ada persamaannya dan mereka berdua bagaikan orang yang cuba mencari perhatian. Berbeza dengan pandangan beliau dengan ISA, bukan ke orang ada dalam ISA itu orang islam, kenapa harus dipilih kasih? kalau dah orang yang mahu mencari perhatian PM sanggup menetang Pakatan Rakyat, kalaulah orang yang berarak lembu itu dan didakwa bukan datang dari negeri yang diperintah oleh Pakatan adakah sikatak ini nak bela mereka?

Ibrahim Ali kalau nak sangat tolong orang islam, pergilah buat kebajikan terhadap orang islam yang miskin dan fakir, atau pergi buat dakwah pada mereka yang cuba nak keluar islam. Oleh kerana membantu 12 org ni lebih glemour maka nak tolong miskin apalah sangat.... Parlimen Pasir Mas masih menunggu pertolongan dari kamu dan bukannya orang umno yang berarak dengan lembu yang cuba merendahkan nilai orang islam dimata orang hindu. Apa dosa lembu sehinggakan dibuat sedemikian rupa? Kalaulah lembu boleh bercakap maka akan dikatakan yang manusia lebih rendah pemikirannya dari lembu.....

Tidak terfikir ke oleh sikatak yang dia boleh dimakan oleh lembu yang sedang bersembunyi disebalik rumput hijau.

No comments:

Post a Comment