Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, October 3, 2009

SPR pertahan Pengundi Pos untuk UBN



PRK N31 Bagan Pinang menyaksikan Pas akan menentang UBN dan juga berdepan dengan pengundi pos yang di ragui akan ketelusannya. Calan Pas iaitu Pesuruhjaya Pas negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Nor manakala calon UBN pula mantan MB perasuah Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dalam semakan yang dibuat oleh Pas ,pengundi pos yang tinggal di Kem tentera adalah seramai 1200 anggota sahaja manakala yang lainnya telah pencen dan berpindah dan berkhidmat ditempat lain, ini bermakna hanya yang berkhidmat di Bagan pinang sahaja yang layak mengundi secara pos dan ini membuktikan yang pihak SPR tidak membuat pembersihan yang betul untuk memastikan kemenangan kepada UBN.

SPR telah menidakkan apa yang disemak oleh Pas dan mempertahankannya. Walaupun telah lama Pakatan Rakyat cuba untuk menghapuskan sistem undi pos ini tapi tetap dihalang oleh SPR yang mendakwa cara yang sudah lapok ini masih boleh digunakan walaupun Malaysia kini sudah moden dan merdeka. Sebenarnya ini aset untuk UBN dalam memastikan kemenangan jika ada PRK. Kalaulah UBN tidak takut dengan suara tentera sudah tentu mereka akan mengarahkan agar undi pos dihapuskan ,tapi apa yang dilakukan oleh PM sediri telah mengarahkan agar kem tentera di Bt 10 Kuantan dimasukkan dalam parlimen Pekan sedangkan kem tersebut dikawasan Paya Besar sebelum persempadanan semula dibuat. Ini membuktikan yang PM sendiri akan tewas dalam pilihanraya jika kem tentera tersebut tidak dimasukkan dalam parlimen Pekan.

Pembantu khas UBN iaitu SPR , bagaimanapun akan mempertahankan talian hayat itu untuk UBN dan ini akan membuatkan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk memenangi PRK di Bagan Pinang. Prasiden Pas Tuan Guru Datuk Seri Abd Hadi tetap yakin yang Pas dapat memenangi PRK di N31 Bagan Pinang kerana Rakyat sekarang mula pandai menilai dan membuat pilihan agar tidak melakukan kesilapan lagi. Dengan memilih calon yang sudah banyak melakukan dosa dan akan terus melakukannya jika dipilih lagi dan ini akan menjadikan pengundi Bagan Pinang merestui rasuah jika menyokong Perasuah Isa Samad.

Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang...antara pembela agama vs perasuah



Bagan Pinang diantara pembela agama dengan perasuah, Pembela agama yang selama ini telah berjuang diatas nama Allah swt. Pewatakan beliau yang sederhana dan mudah mesra dengan orang ramai telah mendapat perhatian orang ramai dan ini adalah satu kejayaan yang pertama kepada Pas kerana pada masa ini calon yang di istiharkan oleh Prasiden Pas Datuk Seri Abd Hadi merupakan calon yang sangat sesuai dan bebas dari rasuah dan juga amalan yang tidak baik yang boleh dipertikaikan.

Beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45. Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Manakala calon yang diumumkan oleh UBN ialah
Tan Sri Isa Samad. Pencalonan Isa menggambarkan Umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah. Beliau digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Dimanakah penglibatan mantan PM Mahathir dalam pemilihan calon yang sesuai untuk UBN. Kerana selama ini Dr Mahathir begitu lantang menentang percalonan Isa, namun demi kepentingan Umno yang semakin pupus telah menidakkan nasihat Mahathir kerana takut dengan ugutan oleh penyokong Isa yang mana akan memboikot PRK N31 jika Isa tidak dipilih.

Sepatutnya Najib mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Permatang Pasir kerana calon yang tidak sesuai maka mereka kalah teruk dan perkara ini telah dinasihatkan oleh Mahathir yang telah begitu lama dalam Umno dan pandangannya bolehlah dikatakan sebagi mengajar anak-anak dalam persada politik. namun anggapan dan ramalan yang dibuat oleh Mahathir betul dan dari pengamatan yang dibuat oleh beliau sebelum ini diharap menjadi kenyataan dengan tercalonnya Isa Samad maka terkubur lagilah UBN di Bagan Pinang.

Kerana takut diboikot oleh Umno Negeri Sembilan maka najib sanggup mengadaikan maruahnya yang selama ini melaungkan anti rasuah tapi ternyata kini beliau tidak lagi sanggup melihat umno kalah dan membiarkan diri beliau dianggap sebagai penyokong perasuah. itulah Umno yang selama ini telah banyak menipu rakyat yang dan telah sekian lama menghabiskan wang rakyat dijalan yang tidak memberikan keuntungan atau faedah kepada rakyat. Mereka merupakan parti yang selama ini hanya bertopengkan dengan slogan dan tidak pernah mengamalkannya....

Jadi kepada Pengundi di Bagan Pinang haruslah berfikir sejenak untuk kita membuat perubahan agar kita tidak dilaknat oleh Allah swt kerana kita menyokong yang telah banyak dan akan terus membuat dosa kepada Allah. Marilah berubah dan menyokong calon Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh Pas.

Thursday, October 1, 2009

Bencana Alam adalah Bala dari Allah SWT.



Kejadian malapertaka yan menimpa sekitar Asia dan juga Samoa adalah Bala yang diturunkan oleh Allah SWT dan ini akan menjadi pengajaran kepada yang beriman agar jangan terlalu leka dan terus membenteras segala kemungkaran yang berlaku di muka bumi ini.

Jika kita melakukan segala maksiat dan derhaka kepada Allah SWT maka Allah akan turunkan bala dan bala ini bukan saja terkena kepada orang yang melakukan kejahatan malah orang yang beriman pun kena dengan bala ini, sebenarnya apa yang patut kita lakukan ialah menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh semua orang. Jika tidak menegur dan melarang apa saja dosa yang dilakukan maka kita akan menerima bala dari Allah.

Kerajaan kena prihatin dengan masalah ini kerana terlalu banyak kerosakkan akhlak dan juga banyak dosa telah dilakukan oleh rakyat jelata dan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia pula yang akan menimpa bencana atau bala dari Allah SWT. Kita sebagai pejuang islam tidak akan mengalah begitu saja dan mesti teruskan dengan perjuangan yang telah diredhai oleh Allah SWT.

Kita harus menegur apa saja yang salah dan yang menzalimi rakyat oleh kerajaan sekarang. Rakyat harus peka dengan segala kejadian yang berlaku dipersekitaran dan mesti melakukan perubahan agar kita tidak di turunkan bala oleh Allah SWT. Maksiat dan kazaliman yang berterusan dilakukan oleh rakyat harus dibendung segera. Banyak yang kita dengar dan lihat dengan masalah masyarakat sekarang yang sudah lupa dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mereka semakin hanyut dibawa oleh kemajuan dan keseronokkan yang diberikan oleh kerajaan tanpa diawasi dan dikawal.

Gejala Bohsia dan Bohjan yang kini bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan makin menjadi-jadi dan terlahirlah segolongan manusia yang bukan dari laluan halal dan ini telah menyebabkan ramai yang dibunuh sebelum sempat mereka menghayati keindahan alam ini. Dosa demi dosa dilakukan oleh remaja sekarang dan yang paling teruk ialah mereka yang sudah meningkat usia tapi lupa dengan Allah.

Kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dan masih ramai lagi yang menyokongnya, ini juga satu kejahatan yang dilakukan oleh umat manusia yang sudah tahu akan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan tetapi masih menghalalkan mereka untuk memerintah dan menjadi tonggak kepada keazaliman. Kalau tidak mana mungkin tertubuhnya akta ISA dan banyak lagi yang sepatutnya mereka yang layak menerima bantuan ditidakkan dan yang tidak sepatutnya mendapat bantuan dihulurkannya. Ini semua suatu yang biasa dilihat oleh masyarakat kerana sudah sekian lama ianya berlaku dan dianggap ianya tiada salahnya.

Hukum Allah tidak diikut sepenuhnya malah menghalangnya dari diguna pakai dinegara ini. kisah yang berlaku kepada Model Sambilan Kartika telah mengemparkan setelah ramai diantara pemimpin yang jahil bersuara dan ini telah disokong oleh rakyat yang menyatakan bahawa hukuman itu zalim sedangkan ianya datang dari Allah swt. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan ramai diantara pemimpin mengaku yang negara ini adalah negara islam tetapi dalam masa yang sama menghalang dari terlaksananya hukum Allah.

Setelah banyak berlaku bencana alam masing-masing akan insaf sekejap dan seterusnya melupanya dan memulakan kembali kezaliman dan menidakkan kekuasaan Allah swt. Jadi kita harus sedar bahawa kita hanyalah penghuni sementara di Bumi Allah ini. Yang paling diharapkan ialah kehidupan di alam yang lebih panjang dan kekal di akhirat kelak.

Marilah kita bersama mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang dan berjuang terus untuk memastikan Hukum Allah dilaksanakan dimuka bumi ini Insya'Allah.

Monday, September 28, 2009

Saiful Jadi Alat pilihanraya


Kita boleh nilai sendiri yang mana satu yang baik dan yang buruk. Yang pastinya apa yang berlaku sekarang adalah menunjukkan kebenggongan yang ditunjukkan oleh UBN yang mana telah mengiktirafkan Saiful Bukhari sebagai wira sedangkan beliau telahpun melakukan perkara yang menjijikkan dan ini membuktikan bahawa Saiful telahpun diperalatkan untuk kegunaan semasa pilihanraya. Saiful yang sebenarnya menghambakan dirinya kepada Najib kerana duit telah menonjolkan kebodohan dan kebenggongannya setelah muncul kembali di Bagan Pinang dan berkemping untuk memenangkan UBN.

Jika benarlah beliau diliwat sudah pastinya beliau akan memperjuangkan dan menafikannya jika ianya memalukan beliau. Tetapi apa yang belaku sekarang adalah tujuan sebenar telah ditonjolkan oleh beliau dimana telah menjadi alat kepada Najib untuk menjatuhkan Anwar. Tetapi pengiraan mereka salah dan telah menyebabkan rakyat celik dan pandai membuat andaian bahawa apa yang dilakukan oleh pengkhianat bangsa ini adalah lakonan semata-mata.

Kalau bukan kerana wang dan perhatian mana mungkin dia boleh bersumpah yang dia diliwat, bukankah itu akan memalukan beliau dan keluarga nya. Kalau bukan kerana mengejar kemewahan mana mungkin dia akan menolong si Najib menjatuhkan Anwar dan tidak kena mengena dengan masalah beliau dengan politik Anwar.

Walaupun Saiful tidak bersalah dalam hal ini kenapa beliau sanggup korbankan maruahnya dengan mempopularkan diri sebagai terkena liwat. Sedangkan itu adalah dosa besar dalam islam dan dia sanggup walaupun dia tidak redha. kerana apa yang dilaporkan beliau kena liwat hampir 9 kali tanpa lawan kerana kalau dilihat beliau mempunyai kuasa untuk melawan dan ini membukti apa yang didakwa oleh beliau terhadap Anwar adalah satu pakatan jahat untuk menjatuhkan Anwar.

Kepada Saiful, insaflah selagi kau mempunyai masa yang teramat singkat ini untuk meminta maaf dan seterusnya bertaubat kepada Allah untuk menghapuskan dosa yang amat besar. Dan kepada penyokong kepada Saiful jangan jadikan diri anda seorang yang bodoh tanpa memikirkan apa akibatnya dan kalau dikirakan apalah sangat dengan si Saiful ni hanyalah seorang yang hanya mahukan kemewahan dunia semata-mata.

Friday, September 25, 2009

Tun Mahathir pencipta isu.....dah nyayuk.



Setelah begitu panas dengan isu S Samy Vellu kini Mantan PM Tun Mahathir sekarang beralih kepada Pakatan Rakyat pula, mengulas pendapat beliau yang menyatakan Pakatan Rakyat sedang berpecah dan tidak layak memerintah Malaysia adalah suatu kenyataan yang tidak masuk akal dan mungkin beliau sudahpun hilang ingatan ataupun nyayuk.

Kenyataan beliau yang terdesak itu ingin direalisasikan untuk membuat satu lagi isu yang tidak harus dibahas dan kenyayukkan beliau adalah kerana BN dalam kehancuran. Kebimbangan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir adalah jika BN masih lagi dalam tahap yang kurang sokongan dari rakyat, dengan kekalahan 7-1 dalam PKR meneyebabkan Tun Mahathir diberi tugas untuk membuat isu baru dengan menghentam kerajaan Selangor yang kini semakin diminati oleh rakyat dengan apa yang dilakukan semuanya untuk rakyat.

Tun Mahathir harus memberikan pandangannya kepada Najib yang kini semakin hampir dengan zaman kejatuhan beliau dan BN. Walaupun segelintir rakyat tahu akan peranan Mahathir dalam pemerintahan Najib namun masih ramai lagi yang menganggap Mantan PM itu sebagai penasihat Najib tapi sebenarnya beliau adalah sebahagian dalam pemerintahan Najib. Ini akan terbukti sekiranya Isa Samad tidak dicalonkan dalam PRK Bagan Pinang, Dengan kenyataan yang keras kepada Isa Samad yang dilebelkan oleh Mahathir sebagai orang yang melakukan rasuah dan tidak layak menjadi calon UBN di Bagan Pinang.

Beliau yang kini sedang melagakan Pakatan Rakyat dan sudah menjadi amalan biasa oleh mantan PM ini dengan pendekatan yang dibawa semasa kegemilangannya dulu dan beliau amat mahir dalam membuat kenyataan yang boleh mengsansasikan sesuatu berita dan ini akan membuatkan beliau menjadi popular kembali.

Apapun yang dinyatakan oleh Tun Mahathir ini akan diterima oleh rakyat sebagai kenyataan dari orang yang sudah nyayuk dan mencari perhatian rakyat terhadapnya..itu saja.

Wednesday, September 23, 2009

Pengundian Pos harus dikaji semula.....BN mengelabah.


Menurut rekod pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos. Ini merupakan jumlah pengundi pos yang agak ramai dan akan menjadi satu tekanan kepada Parti Pas untuk memenangi PRK Bagan Pinang kerana mencurigai ketelusan pelaksanaan pengundian Pos.

Yang menghairankan bahawa sekarang ini masih lagi menggunakan cara yang sudah lama dan lapuk yang boleh dipetikaikan ketelusannya. Kenapa pihak SPR tidak berminat untuk mengkaji semula dengan pengundian pos ini? Sudah pastinya ianya adalah eset yang paling berguna untuk memenangkan BN.

Pelaksanaan pengundian pos perlu dikaji dan dimansuhkan sebahagian kerana peredaran masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk memperektifkan pengundian pos di Malaysia memandangkan negara kita kini telah merdeka selama 52 tahun dan pergerakan anggota keselamatan yang berada di sekitar tempat pengundian adalah merupakan tempat yang selamat dan jika anggota keselamatan mahu mengundi secara biasa perlunya mereka mengundi secara berperingkat dan melakukannya lebih awal dari pengundian sebenar kerana mereka perlu bertugas semasa hari pengundian.

Sebenarnya apa yang ditakutkan oleh BN sekarang sekirannya anggota keselamatan yang sekarang sudah mula sedar dan menyokong PR. Jika ini berlaku maka kemungkinan besar BN akan kalah dalam Pilihanraya yang kecil ataupun Umum.

Sunday, September 20, 2009

Salam Idil Fitri Buat Semua....Selamat Hari Raya.



Beraya dikampung merupakan impian semua perantau dan tidak terlepas ana juga teringinkan beraya bersama keluarga tercinta, Walaupun banyak belanja yang akan dikeluarkan namun ianya berbaoi jika melihat ibu tersenyum menerima kepulangan anak yang tersayang serta cucu dan juga menantu. Bagi yang tidak berkesempatan pulang ,janganlah lupa untuk menghubungi ibubapa yang sedang kerinduan.

Bergerak lepas sembahyang jemaah terawih dan dengan perasaan yang berharapan untuk sampai dengan selamat Insya'Allah. Dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kebanyakan orang ramai yang ingin pulang telah mengambil masa yang sesuai untuk memastikan perjalanan berjalan dengan lancar. Ada juga kelihatan pemandu yang agak keterlaluan dengan memotong kenderaan dengan cara yang merbahaya sedangkan kebanyakan kenderaan yang bergerak agak perlahan. Namun Alhamdulilah tiada apa yang berlaku.

Kemeriahan beraya di kampung terasa bila ramai yang berkumpul dan melakukan aktiviti tahuanan dengan membakar satay ataupun ayam dan buat secara bergotongroyong sesama keluarga. Pada malam menunggu peristiharan pemohon raja-raja telah banyak mercun dibakar dan bagaikan terlalu meriah mengalahkan sambutan hari kemerdekaan. Mercun yang bertalu-talu dibakar membuktikan orang diTerengganu mempunyai citarasa yang amat besar dan ianya dipasang seluruh kampung dan juga dibandar. Ana rasa ini satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku sedangkan negara kita masih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Walaupun ada cakap-cakap setahun sekali, apa salahnya namun ianya tidak memenuhi dan mengamalkan kehendak islam itu sendiri bahawa membazir itu amalan syaitan. Dalam masa sekarang hendaklah kita berjimat cermat supaya lepas raya nanti kita tidaklah berpuasa kerana tiada duit kerana pembaziran.

Apa-apapun Ibnu Sidek dan keluarga mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua blogger dan juga pelawat blog in sekiranya ada tersalah kata dalam posting terdahulu dan marilah kita teguhkan iman kita supaya kita terus beribadah sepertimana kita beramal dibulan Ramadhan yang lalu. Dalam kegembiraan ini janganlah kita lupa dengan mereka yang kurang bernasib baik kerana Allah amat sayang kepada mereka yang sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Maaf Zahir Batin.. Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

Pembebasan Mat Sah lambang perjuangan rakyat.

Laporan dari Blog Merah Hitam

"Adakah Kak Laila akan teruskan perjuangan menghapuskan ISA ini?" tanya Lih Yi dari AFP.Saya jawab "Ya, InsyaAllah" dengan kepastian lebih 100 peratus.
Sungguh manis pembebasan ini kerana dapat dikongsikan dengan rakyat Malaysia...merentasi batas semua kaum dan agama di negara ini. Ucapan syukur dan tahniah bukan saja dari ahli, aktivis dan ahli politik PR spt PAS, PKR, DAP,makkal Sakti malahan juga dari Gerakan!!!Saya juga amat tersentuh dengan kata-kata indah dari adik2 peguam di BAR Council yang turut serta menghayati ketegangan perasaan yang saya alami....semoga pembebasan Mat Sah akan menyuntik lebih semangat pada mereka untuk terus memperjuangkan pemansuhan akta tahan tanpa bicara ini.


Kami berdua masih di Hotel .... di Sandakan.Letih sangat, tetapi malam tadi susah nak tidur.Sepanjang malam sms berbunyi.....dan setiap kali berbunyi, saya pasti nak tengok siapa yang hantar ucapan itu!!!Boleh silentkan, tapi tak best.Saya juga ingin melayani perasaan gembira rakyat@orang ramai yang selama ini turut sama bersusah payah dalam perjuangan ini.

Pastinya hati saya amat teringat pada kawan2 di GMI ie Syed,Nalini, Nash,Lat, Fadiah ,Zainal, Kak Nuri, Haji,K.jije, K.Animah, Jin Cheng, Toh...dan ramai lagi yang selama ini pernah sama-sama mengerah masa dan tenaga untuk menggerakkan kempen GMI.Percayalah, perjuangan GMI adalah melambangkan perjuangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman. Himpunan 1 Ogos baru ni adalah manifestasi jelas dari rakyat bahawa selama ini, mereka menerima, mengakui dan mengiktiraf perjuangan membebaskan tahanan ISA yang dilakukan GMI.
Saya tidak akan lupa, aktivis dari JIM, khasnya JIM daerah Ampang Jaya yang selama ini sentiasa cuba memahani dan meladeni keperluan peribadi dalam meneruskan jerih payah dalam perjuangan yang agak panjang ini.Pada media alternatif ,ie Harakah ,Malaysiakini, bloggers dan personal websites, semuanya ada peranan yang besar untuk memastikan segala arah dan suara perjuangan ini dapat dikongsikan dengan rakyat dan terbukti ianya telah membuahkan hasil....

Setakat ini dulu....akan cuba update lagi...
Sekali lagi saya ucapkan syukur pada Allah kerana telah memberi kesabaran,kekuatan dan kawan-kawan yang bersemangat tinggi untuk mengharungi semua kesukarn ini.

Tuesday, September 15, 2009

Awang Adek menghianati rakyat Kelantan



Awang adek semalam memberitahu wang royalti minyak yang dituntut Kelantan lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan Negara berbanding kepada kerajaan negeri.

Alasannya kerana kedua dua kawasan operasi cari gali minyak terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Salah satu kawasan tersebut katanya adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.

Kalulah beliau seorang yang inginkan kemajuan dan kesenangan untuk rakyat Kelantan Awang Adek sepatutnya menyokong tidakkan yang diambil oleh kerajaan Kelantan bagi mendapatkan royalti minyak berjumlah 1 bilion ringgit dan semua yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan adalah bertujuan untuk membangunkan negeri Kelantan dan untuk rakyat negeri Kelantan.

Kalau nak bodek Perdana Menteri pun janganlah menyusahkan rakyat Kelantan. Ini dibuktikan apabila beliau sendiri mengganggap rakyat Kelantan tidak berhak menikmati kekayaan bumi itu yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Pemimpin yang hanya mementingkan dirinya sendiri dan bukannya untuk rakyat yang selama ini dilaungkan olehnya semasa pilihanraya dahulu. Tidak salahlah rakyat tidak memilih beliau pada PRU 12 lalu. Inilah perangai orang Umno yang hanya memikirkan poket sendiri dan mengabaikan kebajikan rakyat.

Sebagai bukti, pada awal Ogos lalu, Kelantan menghantar jurutera pengukur mereka ke pelantar minyak Cakrawala bagi mengukur jarak sebenar pelantar tersebut dari perairan negeri itu.

Hasilnya, pelantar tersebut disahkan terletak hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan iaitu jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.Bukankah apa yang dinyatakan oleh Awang Adek adalah pembohongan dan penipuan kepada rakyat demi agenda politik sempitnya dan dengan ini membuktikan yang orang Umno merupakan orang yang suka menipu rakyat demi mempertahankan apa yang dimilikinya sekarang.

Penghujung Ramadhan.....apa persiapan kita Ahli Pas.


Bulan Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramai diantara kita sudah mula membuat persiapan untuk merayakan 1 syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Penghujung bulan yang banyak membawa barakah ini akan meniggalkan kita, sebagai orang islam kita sepatutnya merasakan kerinduan yang amat sangat dan belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Kebanyakan orang islam yang rindukan dan mencari Lailatul Qadar akan membuatnya dengan yang terbaik bagi tidak terlepas dengan malam yang mempunyai begitu besar rahmat Allah dan dengan apa yang dijanjikan olehNya.

Berpuasa memberikan kita satu keinsafan untuk memperbaiki amal ibadah kita dan juga segala yang berkaitan dengan ibadah dan mensyukuri segala Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang tidak diberikan pada orang lain dan sesungguhnya bagi mereka yang kurang bernasib baik akan diingati dan diberikan banyak sumbangan demi menjadikan puasa kita diberkati dan diberikn ganjaran yang berlipat kali ganda.

Sesetengah orang islam di Malaysia ramai diantaranya beriman dengan perintah Allah agar manusia berpuasa dibulan Ramadhan ini. Tapi setakat mana keimanan mereka dalam melaksanakannya. Ramai diantara meraka berpuasa tapi tidak sembahyang dan bagi golongan Hawa pula berpuasa tetapi tidak jaga auratnya. Ramai yang menganggap apa yang dilakukan adalah sebagai memenuhi kehendak masyarakat dan malu dengan sekiranya ditangkap tidak berpuasa dan bukannya beribadah kerana Allah SWT.

Pengajaran banyak boleh diambil dari bulan Ramadhan ini. Sebagai contoh yang jelas ialah bagaimana rasa lapar dan dahaga yang kita harungi disiang hari bersamaan dengan fakir miskin yang tidak terdaya untuk membeli makanan untuk mereka. Didalam hikmah yang diajar oleh Nabi kita SAW agar kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan cuba untuk menginsafinya dan seterusnya bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah KurniaNya.

Sepanjang Ramadhan ini kita lihat dengan kesungguhan kita umat islam mengerjakan ibadah puasa akan diberikan segala hikmah dan nikmat oleh Allah SWT sebagai contoh dengan kemenangan kita di Permatang Pasir dan yang akan kita hadapi pada 11 okt. nanti di Bagan Pinang merupakan pemberian Allah SWT untuk menguji setakat mana keimanan kita ahli Pas untuk meminta kepada Allah agar memenangkan perjuangan kita, kerana kita tetapkan dihati dan sanubari kita yang apa saja berlaku di dalam dunia ini hanyalah kehendak Allah SWT dan terus dengan memperjuangkan islam walaupun terpaksa mengharuni onak dan duri.

Dipenghujung Ramadhan ini marilah kita untuk memohon kepada Allah SWT dan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi menyeru kepada semua umat islam terutamanya ahli Pas mendoakan agar Allah menberi kemenangan pada PRK di Bagan Pinang yang akan datang Insya'Allah. Walaubagaimanapun kita haruslah berusaha dan berkerja bersungguh-sungguh serta doa agar memungkinkan kita mendapat kemenangan di sana.

Marilah kita bersiap sedia dengan kekuatan yang kita ada untuk menawan Bagan Pinang dalam PRK itu nanti. Sesiapa yang mempunyai kelebihan dalam apa jua bentuk agar gunakannya sebaik mungkin dan kepada yang berpendapatan tinggi dan mewah, bersedekahlah kearah menegakkan dan memperjuangkan islam walaupun ianya akan menyebabkan kita kehilangan harta dan sesungguhnya akan diganti oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kali ganda Insya'Allah.