Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, August 5, 2009

Pemuda Pas akan siasat isu remaja diperalat

Pemuda PAS akan menyiasat dakwaan seorang anak seorang pemandu lori diperalatkan untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA, Sabtu lalu, dengan memberinya "baju merah untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan".

"Kami akan siasat perkara ini berhubung dakwaan seorang bapa itu. Kita tak paksa orang menganggotai Unit Amal.

"Kita akan siasat dengan Pemuda Pulau Pinang untuk dapatkan maklumat lanjut," katanya setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad.

Kamaruzaman, yang juga timbalan pengerusi sekretariat himpunan tersebut, berkata keahlian Unit Amal disertai sukarela, termasuk penyertaan dalam demonstrasi 1 Ogos lepas.

Mengakui unit tersebut turut disertai remaja dan juga anggota dewasa, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan pemandu lori Abdul Aziz Ibrahim dan pembabitan anaknya Muhamad Azreen, 15.

"Kita tidak paksa mereka untuk hadir ke perhimpunan, kita hanya menggalak sesiapa yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kalau betul (ahli) Unit Amal (terlibat), kita akan keluarkan kenyataan," kata Kamaruzaman kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan Abdul Aziz dan anaknya itu.

Agensi berita Bernama tidak menyebut unit tersebut dan parti pembangkang yang dimaksudkan tetapi Abdul Aziz dipercayai merujuk Unit Amal PAS yang memakai baju merah pada hari demonstrasi baru-baru ini.

Pemandu itu dilaporkan berkata anaknya cedera di bahagian mata kanan dan mulut tetapi penganjur "bersikap lepas tangan selepas kejadian itu."

Muhamad Azreen dilaporkan dihantar pulang ke rumahnya di Permatang Rawa, pagi Ahad lepas.

Kamaruzaman mengakui terdapat dua lelaki dewasa yang menganggotai Unit Amal PAS Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung – dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau bagaimanapun tiada maklumat tentang 18 lagi anggota rombongan itu termasuk Muhamad Azreen, yang dilaporkan menaiki sebuah bas, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, selepas berakhir demonstrasi itu kira-kira 4 petang, beliau bersama Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menziarahi kedua-dua lelaki dewasa itu di hospital berkenaan.

Tambahnya, seorang daripada dua lelaki itu mengalami kecederaan belakang yang serius dan memerlukan pembedahan.

"Kita telah membuat tabung untuk membantu dua ahli Unit Amal tersebut. Kita jumpa doktor yang merawat, dan beri jaminan akan ditanggung bersama PAS," kata Kamaruzaman lagi.

Menurutnya lagi, beliau tidak dapat memastikan kecederaan yang dialami oleh seorang lagi mangsa kerana sedang tidur.

"Kita akan urus dengan Pemuda Pulau Pinang," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki tersebut tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) - seperti dilaporkan - sewaktu kunjungannya.

(Kalau dah dia sendiri bayar tambang dan dengan rela hati menyertai demo lagipun remaja tersebut telah menyertai Unit Amal lebih 3 tahun lalu, nak siasat apa lagi?, yang peliknya ayah dia tak tahu anaknya menyertai Unit Amal, Apa yang menjadi isu ialah Umno yang cuba untuk menjadikan isu ini jadi tumpuan kerana Pas tidak pernah memaksa ahlinya menyertai mana-mana perhimpunan bantahan, melainkan hanya menyeru untuk menyertai. Sebenarnya Umno benggang kerana ahli Pas tidak pernah meminta duit dan bantuan untuk menyertai mana-mana Demo.)

1 comment:

  1. Salam,

    Mari kita renung bersama :-

    Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang Zalim

    Walaupun disuruh kita tidak mengikuti perintah yang berunsur maksiat, namun pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat atau melakukan maksiat hanya wajib dinasihati secara baik dan tidak boleh digulingkan dengan kekerasan atau menderhaka kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W:

    Dalilnya hadis Muslim dan Ahmad berikut:
    عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة )

    Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

    Jangan jadi Melayu bacul......

    ReplyDelete