Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, August 26, 2009

Kemenangan Pas dengan pertolongan Allah SWT.



Allah telah pun memakhbulkan doa setiap ahli Pas yang selama ini berdoa dan tidak lupa juga dengan gerak kerja pilihanraya yang telah ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dalam memenangkan calon Pas.
Kemenangan bergaya yang telah dikecapi ini adalah hadiah Allah kepada hambaNya yang bertakwa dan beriman dengan Allah SWT. Keikhlasan yang dihargai dan kejujuran menjadikan seorang calon itu menang pilihanraya pada kali ini dan apa yang dilihat dan diamati pada PRK kali ini membuktikan Pas dan Pakatan Rakyat sudah tersemat dihati pengundi bahawa perubahan perlu dilaksanakan untuk menjamin kehidupan yang sempurna dimasa yang akan datang Insya'Allah.
Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah keupayaan pada Pas dan PAkatan Rakyat menjadikan kemenangan ini sebagai satu tanggungjawap yang harus dipikul dan seharusnya membuat satu perubahan agar pengundi tidak terasa tertipu. Setelah bergelar sebagai Wakil Rakyat semestinya YB Mohd Salleh akan terus menerus mendekati rakyat yang diwakili dan membawa satu arus perubahan dari segi kehidupan dan juga ilmiah yang mendorong kepada pembentukkan sebuah tempat yang boleh dirasai keharmoniaannya oleh seluruh rakyat.
Kemenangan ini melihatkan majoriti merosot berikutan bilangan pengundi yang juga merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Apa yang pasti adalah kemenangan ini membuktikan yang apa berlaku di Manek Urai bukanlah kehendak semua rakyat di MAlaysia. Ianya juga membuatkan Bn semakin lemah dan kurangnya sokongan daripada rakyat walaupun banyak juga isu yang dicipta dan jentera pilihanraya yang begitu besar dan mewah masih belum dapat memikat hati pengundi yang sekarang begitu cerdik dalam membezakan yang mana tulen dan palsu. Penerimaan rakyat terhadap Pakatan rakyat bolehlah dikatakan bertambah baik dan memerlukan banyak lagi perubahan semoga rakyat boleh nampak yang Pakatan Rakyat benar-benar membawa perubahan dalam sistem pemerintahan dinegara ini.
Tahniah kepada YB Mohd Salleh Man dan jentera pilihanraya yang bertukus lumus memenangkan calon Pas. Selamat berpuasa dan banyakkanlah amalan yang baik di bulan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment