Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, August 1, 2009

Mansuh ISA....Siapa menang dan siapa kalah?

aman
Benarlah apa yang dilaungkan oleh Najib iaitu rakyat diutamakan...itulah yang didengar dari peserta Protes ISA dan ini ada juga kebenarannya, Apa tidaknya, Rakyat yang berhimpun secara aman di Masjid Jamek, belum pun selesai sembahyang Zohor, polis sudah berkumpul dihadapan Masjid dan cuba menghalang orang ramai dari keluar dari Masjid untuk memulakan Bantahan terhadap ISA. Setelah selesai saja sembahyang dan orang ramai cuba untuk berkumpul diluar Masjid, mereka dihadiahkan oleh FRU dengan Gas Pemedih Mata, hinggakan polis yang berada sekitar masjid lari lintang pukang dan begitu juga dengan orang ramai dan cuba berkumpul kembali ke dalam Masjid.
Apabila keadaan sudah tenang maka wakil polis datang berbincang dengan orang ramai yang berada didalam kawasan Masjid. Apa yang tidak sedap dilihat ialah anak-anak kecil dan juga wanita yang singgah untuk menunaikan solat tapi dihadiahkan dengan Gas Pemedih Mata. Setelah selesai bebincang dan dibenarkan orang ramai keluar dengan diiringi oleh polis yang berpakaian seragam dan ini akan memastikan FRU tidak lagi mengganas. Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh orang ramai amatlah membanggakan kerana masing-masing tidak mengalah dan telah berjalan kaki ke kawasan perhimpunan kedua iaitu di Sogo dan ini menyebabkan kawasan Sogo bagaikan dibanjiri dengan lautan manusia dan tidak kurang 20 ribu yang berkumpul disana, itu tidak termasuk dengan orang ramai yang duduk ditepi jalan dan hanya memerhati dari jauh. Ramai yang diberkas dan kedengaran hampir mencecah 400 orang dan dibawa ke balai polis yang berdekatan.
Kawasan Sogo adalah tempat dimana ramai peniaga yang masih berniaga dan ini menyebabkan mereka rasa marah dengan polis berikutan dengan tindakkan ganas FRU yang telah menembak gas pemedih mata dan juga menyembur air asid dan menyebabkan barangan jualan mereka rosak dan ramai pelanggan mereka yang juga terdiri dari peserta Protes ISA. Sebenarnya mereka yang berniaga disana mendapat untung yang besar dengan kehadiran orang ramai dan yang paling untung ialah kedai makan. Apakah kesalahan rakyat yang cuba untuk menyedarkan kerajaan betapa zalimnya ISA. Kelihatan di warong kecil yang telretak berhampiran dengan Sogo telah menerima Gas Pemedih Mata dan menyebabkan ramai yang sedang makan disitu muntah dan sakit hati yang sangat kepada polis dengan tindakan yang tidak bermoral dan ganas. Mereka lupa yang bayar gaji mereka ialah rakyat yang membayar cukai dan bukannya Umno yang hanya diberikan kuasa untuk memerintah negara. Umno-Bn bukannya ada duit untuk bayar gaji mereka(polis) tetapi rakyat yang saban tahun membayar cukai dan dibalas balik dengan gas dan air beracun. Begitulah sekiranya polis merasakan mereka ini berkerja untuk Umno-BN dan bukannya menjaga keselamatan rakyat. Apa salahnya jika mereka yang berhimpun diiringi ke istana negara dan ikuti apa yag mereka mahu lakukan selagi mereka tidak melakukan keganasan, kerana niat mereka hanya untuk memastikan ISA dimansuhkan dan bukannya nak pergi berperang. Tiada senjata berbahaya mereka bawa, hanya air botol dan sedikit garam untuk pemberi tenaga.
Apa yang berlaku pada 1 Ogos adalah satu kebangkitan rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan Umno-Bn bahawa pada PRU 13 nanti akan dikuburkan Umno-BN sedalam-dalamnya dan tak mungkin akan bangkit kembali. Rakyat sekarang yang sudah tahu dan faham dengan perjuangan Pakatan Rakyat yang selama ini banyak membuat perubahan demi untuk rakyat seluruhnya, jika ada kepincangan ,itu adalah perkara yang boleh dirunding dan diperbetulkan.
Semasa di kawasan Sogo ada dua orang muslimat yang jatuh pengsan dan ramai yang gatal-gatal kerana terkena air asid yang dihadiahkan oleh FRU semasa berhimpun. Sebilangan besar telah berpecah dan ada yang berpatah balik dan ada juga yang terus berhimpun dan bergerak ke bangunan pejabat agong Pas di Jalan Raja Laut. Perhimpunan semakin besar dan ucapan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah memberikan semangat baru untuk meneruskan perjuangan. Sekali lagi rakyat dihambat dan disirami dengan asid dan juga gas pemedih mata, kali ini agak hebat kerana semua anggota polis berkumpul disitu dan menunggu geliran untuk mengganas. Sebahagian jalan ditutup dan ini memudahkan polis mengawal keadaan. Ramai yang dikejar dan ditahan, setelah rakyat yang tidak berdaya untuk melarikan diri setelah terkena gas dan asid menyebabkan mereka begitu mudah ditangkap oleh polis.
Disini kita lihat tiada siapa yang menang dan kalah tapi yang pastinya apa yang tersemat dihati rakyat kini adalah apa yang telah dilakukan oleh polis terhadap mereka dan Umno-Bn yang bertindak ganas kepada rakyat. Apa yang rakyat mahu adalah kesejahteraan didunia dan Akhirat dan keadilan yang saksama untuk semua orang tak kira siapa.
Sehingga sekarang pukul 2.30 petang 2 Ogos masih ada 53 orang yang ditahan dan sedang diusahakan oleh peguam Pakatan Rakyat untuk membebaskan mereka Insya'Allah.

No comments:

Post a Comment