Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, August 12, 2009

Keislaman kepimpinan Umno......kenapa harus tunggu Pas lakukan.



Isu arak yang digemburkan oleh Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali adalah merupakan apa yang telah dijanjikan oleh Pas pada pilihanraya lepas dan sudah menjadi kewajiban sesiapa yang memerintah yang beragama islam supaya mengharamkan penjualan arak kepada orang islam. Apa yang menjadi masalahnya dengan kenyataan MB Ali Rustam yang mencabar agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat dengan isu ini yang dihalang oleh Exco lain. Apa yang kita faham ialah Ali Rustam cuba menjadikan dirinya popular kembali dengan menyentuh isu ini dan mungkin akan menjadi isu yang paling hangat masa kini. Setelah isu rasuahnya telah reda sedikit ,maka dia pun cuba untuk menjadi wira kepada Umno dan akan menarik kembali perhatian umum kepadanya.
Tapi dia sudah dicabar oleh Ketua Pemuda Pas Melaka supaya mengharamkan penjualan arak di Melaka. Sanggupkah Ali Rustam ini yang berkokok tak kena dengan tempat dan waktunya, kerana dia fikir Pas saja yang perlu dipersalahkan sekiranya apa yang diharamkan oleh Allah tidak dilakukan dinegeri yang Pakatan Rakyat memerintah. Dia tak terfikir ke yang dia tu orang islam, ke melayu saja? Telah menjadi tanggungjawab semua pemimpin islam untuk menjalankan hukum Allah di Malaysia ini. Kalau tidak dapat nak lakukan letak jawatan dan bagi kepada mereka yang benar-benar untuk menjalankan hukum islam dibumi ini. Kenapa harus menunggu Pas yang laksanakan? kemana perginya Mufti dan ulamak Umno yang begitu lantang mengkritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh Pas. Kenapa mereka para Ulamak Umno ini tidak nampak dengan kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan Umno sehinggakan sudah mencapai 50 tahun lebih berkuasa tapi masih tidak mampu untuk menjalankan hukum Allah di Malaysia?
Kemana perginya keislaman kepimpinan Umno selama ini. Apa yang mufti lakukan untuk menasihat pemimpin supaya melakukan dan menjalankan Hukum Allah ini. Jangan kerana kesenangan sedikit yang kamu dapat telah menyebabkan kamu lupa dan menyembunyikan hukum Allah. Tentunya mufti lebih tahu akan akibatnya. Kepada Ali Rustam pula , jangan kamu meludah ke langgit ,kelak jatuh menimpa kamu dan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memertabatkan hukum Allah disini haruslah bersama dengan Pas membantu dan bukannya menghina dan cuba melemahkan semangat orang yang cuba untuk menjalankan Hukum Allah.

No comments:

Post a Comment