Petikan dari pahangdaily online

Memang sudah menjadi tabiat pemimpin UMNO untuk mempertahankan "benang yang basah" hasil pendedahan yang dibuat. Maka, mereka pasti akan menarik perhatian dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kepada media kononnya mereka telah melakukan kerja. Walhal, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Jika benar KRT, KAFA dan pemimpin UMNO mengambil berat perkara itu maka tidak mungkin perkara yang mudah seperti itu boleh berlarutan sejak tujuh tahun yang lalu. Apakah ini namanya tradisi membela rakyat dan rakyat diutamakan?. Mereka yang melihat keuntungan dan sukar untuk melakukan tindakan biarpun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Bercakap kepada media adalah perkara biasa bagi pemimpin UMNO dan BN untuk menolak segala laporan yang dibuat. Justeru itu, krew kami di Kuantan akan terus memantau perkara ini. Tindakan KRT untuk mengumpul tanda tangan bagi mendesak projek kilang bata itu dipindah adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Ini kerana, ADUN Panching terbabit sepatutnya membawa permasalah penduduk terbabit ke Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung. Soalnya, apakah yang dibawa ke Dewan oleh ahli yang berhormat UMNO ini?. Jika masalah seperti ini pun gagal untuk dibela oleh mereka, maka wajarlah rakyat menolak pemimpin seperti ini. Dasar "cakap tak serupa bikin" jelas sekali menyebabkan rakyat yang tidak berdosa akan terus menanggung derita dan merana. Kesan habuk dan asap kilang bata itu lama kelamaan akan menyebabkan penduduk setempat mengalami masalah kesihatan terutamanya para pelajar sekolah. Apakah selepas ada penyakit serius yang boleh membawa maut, barulah ia mahu diselesaikan oleh mereka?
Baca Pendedahan Eksklusif Kami Tentang Isu Panas ini[Kami menyarankan YB terbabit agar melakukan kerja jika mahu terus disokong oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Ingat, apa janji kamu tatkala meraih undi semasa kempen pilihanraya umum ke-12 lalu?. Bukankah masalah ini telah bertahun-tahun dihadapi oleh penduduk dan telah beberapa kali juga disiarkan dalam media arus perdana. Soalnya, mahu atau tidak menyelesaikannya. Setakat pergi melawat dan membawa media supaya disiarkan gambar dalam akhbar kononnya wakil rakyat prihatin masalah penduduk. Ia langsung tidak memberi makna dan dapat menyelesaikan masalah ini. YB terbabit perlu memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan bukannya mengeluarkan kenyataan kononnya kami membuat fitnah terhadap beliau. Fitnah apa lagi yang mahu kami lakukan, jika siap disertakan dengan bukti bergambar tentang permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk. Lakukan tindakan jangan sekadar cakap sahaja, sedangkan "habuk pun tak ada". Jadilah wakil rakyat yang prihatin masalah mereka. Kami memberi tempoh sebulan kepada wakil rakyat terbabit untuk selesaikan masalah ini. Jika tidak pendedahan yang lebih besar akan dilakukan. Selesaikan bermaksud kilang batu-bata itu dipindahkan segera, bukannya dibiarkan terus beroperasi yang mana akhirnya menghantui jiwa raga rakyat di kawasan terbabit !!].
No comments:
Post a Comment