Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, November 4, 2009

Kerajaan Perpaduan: Najib mengigau dan gila talak!


harakah daily melaporkan.......

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan menangani masalah dalaman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang penuh dengan isu rasuah dan moral daripada berunding mengenai kerajaan perpaduan dengan PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya berkata,"Najib masih mengigau untuk berbaik dengan Pas, walaupun Presiden Pas sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.

"Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya.

Ustaz Idris menambah, PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"PAS ingin menasihatkan Datuk Seri Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam umno dahulu dan parti komponen bn yang semakin kelam kabut,"katanya.

Tambahnya, ia adalah strategi pemimpin umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin umno tidak perlu menangguk di air keruh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik. PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

"PAS ingin menasihatkan Presiden umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita tida mahu lagi peristiwa runtuhnya jabatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan 3 kanak-kanak sekolah di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia.

"Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia digelar sabagai 'Darul Runtuh',tegasnya. _

Tuesday, November 3, 2009

Kapsul ubat....... Gelatin babi dicop halal.

Malaysiakini melaporkan.....

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Monday, November 2, 2009

Bekas Mufti Perlis .......Jasamu tak dikenang.



Bekas Mufti Perlis di tangkap oleh JAIS lewat malam tadi dimana yang dilaporkan oleh media massa. Sekiranya beliau didapati tiada memiliki tauliah maka bliau akan berhadapan dengan undang-undang syarie.

Apabila Dr Asri yang sebelum merupakan orang kuat kerajaan negeri Perlis telah ditangkap oleh majlis ugama dan menyatakan tiada tauliah untuk menjalankan kuliah maka disini bolehlah kita lihat peranan umno dalam menyekat tersebarnya islam di Malaysia. Walaupun beliau adalah bekas Mufti, iaitu pegawai yang paling tinggi dalam hal-hal agama dinegara ini ditangkap kerana tiada tauliah. Dimanakah kelayakkan beliau semasa menjadi mufti dulu?, Adakah dia hanya ditangkap muat je semata-mata untuk memenuhi jawatan?.

Beliau merupakan seorang berkelulusan ijazah dalam bidang agama , diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd . Jika segulung ijazah tidak mencukupi untuk membolehkan beliau mengajar atau memberi kuliah, kenangkanlah beliau seorang bekas mufti yang disangjung seketika dulu.

Begitulah nasib beliau setelah bergelar penceramah bebas sekarang dan tidak lagi membantu kerajaan untuk memcuci kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang. Dr Asri telah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau telah menolaknya setelah mendapat tentangan dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Jika beliau menerima kembali tawaran untuk menjadi penangkis untuk menghalalkan apa yang haram dalam kerajaan maka sudah semestinya beliau akan dapat tauliah untuk mengajar dan memberi kuliah untuk jemaah. O;eh kerana sejak kebelakangan ini beliau banyak cenderung kepada pembangkang, maka nasibnya akan serupa dengan ustaz dan juga ulamak yang ada dalam Pas. Akan ditangkap dan dihadapkan ke makamah dan ada yang disumbat didalam ISA.

Nasib Kaulah DR Asri, jika anda ingin bebas macam dulu, boleh mengajar dimana saja, terimalah jawatan tersebut dan jangan lawan kerajaan BN kerana mereka ada kuasa untuk menidakkan apa yang benar dan melakukan kekejaman pada yang baik.

Saturday, October 31, 2009

Dasar Automotif negara........Pemilik kereka berusia dibebani.



Dasar Automotif Negara yang dicanangkan oleh kerajaan telah mendapat keluhan yang ketara oleh pemilik kereta yang berusia lebih 15 tahun. Setalah perkara ini diumumkan oleh kerajaan ,rata-rata rakyat yang berpendapat rendah dan sederhana mengeluh dan mengenangkan kepayahan untuk mereka melepasi pemeriksaan kereta mereka di Puspakom yang menggunakan peralatan canggih berkomputer.

Pergalaman mereka yang mempunyai kenderaan perdagangan melakukan pemeriksaan di Puspakom mempunyai berbagai masalah yang timbul, sedangkan kenderaan mereka sudah dibaikpulih sepenuhnya namun masih tidak dapat memenuhi kehendak atau pemeriksaan yang ketat dari komputer tersebut. Boleh kita bayangkan untuk melepasi dengan jayanya pemeriksaan tersebut akan menyebabkan pemilik kenderaan berusia akan membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi kehendak komputer tersebut agar kenderaan kelihata baru dan selamat digunakan. Ini menyebabkan pemilik kenderaan berusia ini akan dibebani dengan pembelanjaan tambahan yang membebankan untuk menjadikan kenderaan tersebut lebih kepada nampak baru dan selamat.

Kalaulah mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan yang baru kenapa mereka dibebani dengan permasalah ini sedangkan kenderaan baru yang tidak melebihi 15 tahun dikecualikan dengan pemeriksaan tersebut. Adakah kereta baru tidak mendatangkan masalah? Adakah kenderaan yang baru tidak terlibat dengan kemalangan? Atau ini semua hanya untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja?

Kenapa kerajaan hanya mahu membebani mereka rakyat yang hanya mampu memiliki kenderaan yang berusia? sedangkan mereka sudahpun dibebani dengan kenaikan premium insurans pihak ketiga dan keengganan pihak insurans untuk menerima kereta berusia, kini dibebani pula dengan masalah ini.

Dengan adanya Dasar Automotif Negara yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, mereka yang mempunyai kenderaan berusia dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan mereka dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.

Mereka tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang kini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan. Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang mereka tidak mampu membelinya secara tunai.Ini akan menambahkan beban hutang yang tidak ada kesudahannya. Nampaknya kerajaan menggalakkan rakyatnya berhutang untuk memenuhi dan mengkayakan satu pihak saja. Inilah dikatakan Rakyat didahulukan untuk rakyat miskin menerima bebanan dan Pencapaian diutamakan untuk golongan kaya menikmati keuntungan dengan kesusahan yang dihadapi oleh golongan miskin.

Umno suka jika rakyatnya miskin agar dapat dikongkong dan digunakan mereka semasa dalam pilihanraya agar mereka dapat memberikan janji manis membuatkan orang miskin percaya dan patuh segala kehendak umno.

Thursday, October 29, 2009

Sengketa selesai......muafakat dan memperkasakan Pakatan Rakyat





Malam tadi Mesyuarat Khas telah dijalankan dimana semua pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat tersebut. Tok Guru Nik Aziz juga hadir untuk meleraikan segala persenketaan yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini. Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam telah dijalankan di Pejabat Agong Pas, Jalan Raja Laut.

Keputusan mesyuarat telah diumumkan oleh Presiden Pas di lobi pejabat agong Pas dan keputusan yang ditunggu hampir kesemua pemberita media massa yang telah menunggu sejak pukul 8.45 mlm. Para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

Presiden Pas menyatakan keputusan yang dibuat setelah selesai mesyuarat malam tadi diputuskan tiada EGM dan digantikan dengan seminar. Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS. Permasalahan yang ditimbulkan oleh Pas Selangor akan berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dipegerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pas menyerahkan kepada JK disiplin untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut yang dianggap telah menimbulkan rasa kurang senang oleh pengundi bukan islam dengan isu arak di Selangor. Dalam mensyuarat tersebut juga telah memutuskan tiada lagi ruang untuk berkerjasama dengan Umno (Kerajaan perpaduan).

PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya Tuan Guru Hadi.

Setelah berakhirnya mesyuarat khas tersebut telah menjernihkan kembali kekerohan yang berlaku dalam Pas sebelum ini dan diharap keputusan yang dilakukan akan memenangkan hati semua dan memberikan kegelapan kepada Umno untuk mempermainkan lagi isu UG.

Tuesday, October 27, 2009

Jangan Panggil Ibrahim Ali "siKatak"......Kesian dia sikatak gomok.


Malaysiakini melaporkan.....
{Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.
}


Ibrahim Ali bertanyakan kenapa dia dipanggil Katak sedangkan masih ramai lagi yang lompat parti tapi tak dipanggil katak , sedangkan apa yang berlaku sekarang adalah masalah dia dengan Pas. Pas beri kepadanya kepercayaan dan dia menang dalam Pilihanraya yang lalu kerana ramai diantara penyokong pas yang mengundi beliau. Tetapi bila dah bergelar Ahli Parlimen dia dah naik angin dan tunjuk kekatakannya kepada Pas, Beliau sudah lupa yang dia tu bertanding diatas lambang Pas, kalau beliau bertanding diatas lambang katak, ada ke orang nak sokong dia?

Katak oh katak, jika beliau bersuara dah keluar macam suara katak yang menghentam tuannya dulu. kalau dulu dia berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz dengan bertemankan seorang penulis MSO dan merayu pada Tok Guru untuk membantunya menjadikan beliau seorang ahli parlimen semula dengan menggunakan lambang Pas. Tok Guru ingatkan beliau dah jadi orang, rupanya masih lagi katak yang tak kira dimana akan memanggil hujan dan biarkan tuannya dibasahi hujan.

Beginikah lagak seorang yang dikelar katak tapi tak tahu kenapa dia dipanggil katak. Kalau nak tahu ,panggillah hujan yang ada keris dan tombak,nescaya kamu akan disembelih oleh tuan kamu yang baru. Dan disitu nanti kamu akan tahu siapa yang tuan kamu yang mana lebih memberikan perhatian kepada kamu. Wahai ibrahim Ali katak, sedarlah kami dah muak dengan muka kamu yang tak tahu malu, dah lah hodoh macam katak gomok, ada hati nak melompat tinggi menyentuh awan. Pergilah kepada Umno dan rujuk balik kalau orang terima katak yang dah banyak kali lompat tinggal tahi. kalau umno terima balik nanti ditakuti akan terpegang tahi yang akan ditinggalkan oleh katak ini lagi sekali.

Menanggut di air yang keroh.......Mahyudin ambil kesempatan.



Seorang pemimpin Umno yang cuba menanggut di air yang keroh, Mahyudin TPM telah cuba untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan menawarkan rundingan Pas - Umno. Kalau dulu percubaan pertamanya telah berjaya mengurangkan majoriti di Manek Urai, namun kali ini dianggap percubaan yang kedua kepada orang sudah kena jerat.

Walaupun dalam Pas sekarang ada masalah yang tidak seberapa, namun dilihat Mahyudin cuba untuk mengerohkan keadaan setelah berperanan ingin membincangkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi dengan tawaran kerajaan perpaduan, Takkan pisang berbuah dua kali. Tapi oleh kerana sudah sifat beliau yang suka memecahbelahkan orang maka ini lah yang diharapkan oleh beliau untuk melihat Pas dan Pakatan Rakyat berpecah dan menimbulkan rasa tidak senang diantara pemimpin Pakatan Rakyat.

Keadaan yang terdesak, Mahyudin telah memainkan semula provokasi dan melagakan diantara pemimpin Pas dan cuba untuk membuat keadaan yang tidak stabil dalam kancah politik di Malaysia. Sepatutnya beliau diberikan kata dua untuk tidak lagi mencampuri urusan dalaman Parti pas dan Pakatan Rakyat. kerana selama ini Pas tidak pernah mencampuri prihal dalam Umno. Pemimpin Pas tidak pernah untuk melagakan pemimpin mereka dan jauh sekali untuk berbincang dengan Umno dengan prihal kerajaan perpaduan.

Mahyudin bolehlah dikatagorikan sebagai orang yang lemah dalam mentakbir negara dan dirinya kerana sifatnya yang suka melihat perpecahan diantara pemimpin pembangkang. jika diteruskan apa yang telah dirancang oleh beliau bermakna beliau hanya akan berkokok untuk mendapatkan sesuatu dengan melemahkan pihak lawan dengan stratigi yang lemah iaitu melagakan diantara pemimpin dan bukannya dengan kehebatan beliau untuk menang didalam pilihanraya.

Jika stratigi ini tidak berhasil maka beliau akan kecundang dalam pertempuran yang belum lagi berlaku, bermakna kalah sebelum perang. Dilihat dari segi pentakbiran yang baru saja disandang oleh beliau merupakan satu kegagalan untuk mempertingkatkan daya maju setelah gagal dalam melaksanakan apa yang telah dilakukan oleh umno selama ini. beliau gagal dalam PPSMI dan juga gagal untuk membuat perubahan pada sistem pendidikan negara supaya lebih maju dan berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.

Diharap Mahyudin pandang kepada cermin dan fikir sejenak apa yang telah dilakukan itu betul atau salah dan bertaubatlah dengan Allah SWT kerana melagakan orang adalah suatu yang dikutuk oleh Islam. Tapi sebenarnya Pas sudah matang dengan permainan ini dan Mahyudin Bagaikan orang yang "hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong" Kesian dia.

Saturday, October 24, 2009

Tersentak setelah tercuit....Umno terasa



Mencari ketenangan dalam kepimpinan merupakan satu perkara yang agak sukar memandangkan ianya tidak disenangi oleh orang terutamanya orang luar. Kalau nak diulas apa yang diluahkan oleh Prof. Aziz Bari, rasanya sampai esok tak habis, jadi kita tidak perlulah terlalu emosi dengan teguran yang dibuat oleh beliau.

Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang, jadi mungkin apa yang disentuh oleh Prof itu ada sebabnya dan hanya beliau yang tahu apa yang tersirat dan yang tersurat. Hari ini ramai diantara pemimpin umno yang membuat ulasan dengan cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk mengadakan EGM ataupun Muktamar Khas. Diantaranya TPM Mahyudin yang dari dulu lagi telah membuat provokasi dengan melagakan pemimpin Pas dengan timbulnya kerajaan Perpaduan.

TPM hari ini memberi komen mengenai kepincangan kepimpinan dalam Pas, Komen beliau menampakkan yang beliau terlalu mengambil serius dengan apa yang berlaku dan cuba sekali lagi melaga-lagakan pemempin Pas dengan menyatakan bahawa Pemimpin Pas berbeza pendapat diantara dua orang tok guru dan diantara Timbalan Presiden Pas Nasaruddin dengan Datuk Husam Musa. Perpecahan dalam Pas juga disentuh oleh beliau.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang doa Pas selama ini telah terkabul dengan berlakunya pembalikan doa yang dibuat oleh Pas mengharapkan perpecahan dalam BN namun ianya terpalik kepada Pas , kata beliau selaku ulamak umno.

Kenapa kedua-dua pemimpin umno ini bergitu berminat untuk mencampuri prihal dalaman Pas sedang masalah yang masih menghantui umno belum mereka selesaikan. Kalau nak digunakan kelebihan beliau dalam umno untuk memcampuri urusan dalam Pas,nampaknya mereka ini sedang bermimpi disiang hari, kerana apa yang berlaku sekarang merupakan satu fenomena biasa dalam satu-satu pertubuhan dan ianya adalah satu proses dimana untuk membuatkan parti lebih teguh dan ahli serta pemimpinnya bersatu dan memahami antara satu sama lain. kalaupun ada masalah dengan kepimpinan, umno harus belajar denga Pas kerana menegur dan membuat perubahan merupakan amalan yang baik dan telah diamalkan oleh Pas sekian lama.

Apa yang diharapkan oleh Ahli Pas ialah satu kepimpinan yang telus dan bertanggungjawap dalam semua hal dan dapat memimpin parti dengan berpandukan Al Quran dan Hadis. Setelah tersentak dengan cuitan Prof Aziz maka disinilah perubahan akan dilakukan dan yang pastinya ianya akan mengukuhkan lagi ukhwah dalam parti. Tapi yang terasa adalah umno yang selama ini pemimpin mereka tidak boleh ditegur dan takut hendak melakukan perubahan.

Friday, October 23, 2009

SIS dan Umno hanya berkokok diluar gelangang......Wancana di UIA Kuantan.



Wancana yang dianjurkan oleh (PROFAZ) Professional Huffaz Club dari UIAM (Kuantan) telah dijalankan dengan jayanya walaupun tanpa kehadiran wakil SIS dan Umno. Wancana yang bertajuk "Sebat kerana arak: Adilkah?" telah dibarisi oleh panelis wakil dari Pas iaitu Ketua Dewan Pemuda Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, En. Najid Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ] dan seorang lagi wakil dari NGO yang mengantikan Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ] yang tidak dapat hadir kerana takut berhadapan dengan kebenaran.

Majlis telah dimulakan dengan tanyangan video Kartika serta slide dan temuramah dengan beberapa orang yang melinkungi penduduk bandar Kuantan dan juga pelajar UIA. Memandangkan ini adalah perkara besar yang hendak dibahaskan maka orang ramai yang hadir tidak terkira ramainya dan telah menyebabkan kesesakan dalam Auditorium KOM ,UIA Kuantan Pahang . Walaupun begitu ramai yang mengambil keputusan supaya mendengar dari luar auditorium kerana bahagian dalamnya sudah padat dengan kehadiran yang diluar jangkaan penganjur.

Tanpa kehadiran wakil dari SIS dan Umno telah dijangkakan kerana keberanian mereka untuk berkokok hanya lah diluar gelanggan dan takut untuk berhadapan dengan Ustaz Nasrudin Hasan. Ustaz menegaskan moodnya untuk berwancana pada malam ini terganggu dan hilang 80% kerana tanpa kehadiran wakil SIS dan hilang lagi 20% dengan kegagalan Umno menunjukkan kehebatannya. Mood beliau hanya bergantung pada 2 orang lagi panelis yang hadir. Beliau yang menjadi tumpuan pada malam itu telah menjawab dengan begitu tenang dan penuh dengan kehebatan berpidatu dan memberikan fakta-fakta yang berpandukan dengan ilmu yang dimilikinya dan panduan dari Al Quran dan Hadis.

Tahniah kepada penganjur dan diharap dapat dilaksanakan lagi wancana seperti ini agar dapat disebarkan ilmu dan juga pelajaran yang berguna untuk masyarakat yang masih jahil dengan ilmu Allah ini. Terutamanya Umno dan SIS yang begitu lantang membela nasib Kartika, sebenarnya apa yang dilakukan oleh mereka merupakan satu kejahilan yang perlu diberikan penerangan yang secukupnya.

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan Ulamak dalam Pas.....Perjuangan untuk semua



Kepimpinan yang ada dalam Pas merupakan kepimpinan yang diasaskan dengan mengambil kira segala segi untuk melayakkan seseorang pemimpin diberikan tanggungjawap yang berat ini. Perbezaan yang ketara antara Pas dan Umno ialah pemimpinnya kerana rata-rata pemimpin Pas merupakan yang berpelajaran agama dan berkelulusan yang sewajarnya dalam akademi supaya ianya selaras dengan kehendak rakyat iaitu mendahulukan pemimpin yang mempunyai latarbelakang agama untuk memastikan tiada salahlaku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin, seperti rasuah ,salahguna kuasa dan sebagainya sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno.

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang merupakan seorang prasiden yang mempunyai kelulusan akademi dan juga seorang Ulamak yang disegani dengan pelajaran yang diterima seawal usia sehingga kini mengabadikan diri untuk melihat negara kita ini melaksanakan Hukum Allah suatu hari nanti. Tuan Guru ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975) . Biodata seorang pemimpin yang bukan saja berpelajaran dan juga istikomah dalam perjuangan.


Kalau nak dibandingkan dengan pemimpin umno amat jauh dan tidak sedikitpun terlintas dihati pemimpin umno untuk melihat negara ini diperintah secara islam. Perjuangan yang berterusan untuk memertabatkan Islam merupakan perjuangan Parti Pas dan pemimpinnya, Kalau difikirkan kenapa rakyat tidak dapat menerima kepimpinan ulamak, sedangkan pemimpin ulamak merupakan mereka yang takut dengan kuasa Allah dan balasannya, mana mungkin pemimpin ini melakukan perkara yang menyalahi Hukum Allah.

Dosa yang dilakukan oleh pemimpin Umno nampak dengan jelas tapi masih lagi mendapat sambutan yang mengalakkan dan ini akan merugikan kita kerana kita akan ditanya oleh Allah SWT kenapa kita tidak memilih mereka yang bertakwa kepadaNya kerana pemimpin yang dipilih Allah untuk memertabatkan Islam diBumi ini telah jelas dimata kita ,tapi masih ada segolongan rakyat yang masih buta dengan kebendaan.

Yang jelas sekarang adalah cabaran dakwah yang perlu dilalui oleh pemimpin ulamak adalah amat berat dan memerlukan kesabaran dan keimanan yang jitu dalam menangani situasi ini. Pejuang yang memperjuangkan untuk kemenangan islam merupakan dari mereka yang faham dengan erti perjuangan supaya kita tidak terkeluar dari garis perjuangan itu sendiri agar Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda Insya Allah.