Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, October 12, 2009

Kemenangan hasil dari provokasi


Analisa yang dibuat mendapati kemenangan yang diperolehin oleh BN semalam merupakan kemenangan Tan Sri Isa dan bukannya kemenangan Umno. Ini kerana ramai diantara pengundi merasakan yang Isa Samad telah banyak menabur baktinya semasa menjadi MB sebelum ini.

Mengulas kemenangan Isa ini dibuat oleh Dr Sivamurugan Pandian Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM). “Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Walaubagaimanapun ianya hanyalah analisa seorang yang agak lama menyelami politik negara ini. Yang pasti adalah kemenangan ini merupakan kemenangan yang penuh dengan provokasi yang dimainkan oleh Umno terutamanya oleh Ketua putera Umno yang telah mengondol hadiah utama pelakon terbaik dan kini telah menjadi pelakon tambahan di bolywood.

Provokasi yang dibuat oleh pemuda umno bermula dengan serangan terhadap pemuda Pas di markaz Pemuda Pas pusat di Bagan Pinang yang telah menyebabkan kecerderaan terhadap beberapa pemuda yang berada disana. Dan pada malam terakhir kempen kejadian serangan oleh pemuda umno terhadap pas berlaku di kawasan jagaan Pas Terengganu dan menyebabkan beberapa orang cedera. Walaupun ramai diantara yang berada disana adalah polis yang berpakaian seragam dan preman namun masih tidak dapat mengawal keadaan kerana yang melakukan memulakan serangan itu adalah dari umno. Dilaporkan ada polis yang berpakaian preman telah dipukul oleh pemuda umno namun ianya dikatakan telah dilupakan begitu saja tanpa mengambil tindakan.

Diberitakan ada yang membawa senjata diantaranya pedang samurai dan apabila Ketua Pemuda ingin membuat laporan dibalai polis berdekatan tetapi hampa kerana tiada anggota polis yang bertugas ketika itu dan dipercayai Ketua pemuda pas telah menunggu hampir empat jam namun masih gagal membuat laporan.

Apakah yang boleh diambil pengajaran terhadap apa yang telah berlaku dan sekiranya umno cuba buat kecoh maka ianya tiada halangan dan sekiranya Pas yang cuba membuat provokasi maka ianya sudah pasti dihalau keluar dari Bagan Pinang. Jadi kemenangan yang diperolehi di Bagan Pinang merupakan kemenangan hasil provokasi dan rejim keganasan yang ditunjukkan oleh pemuda umno.

Bagan Pinang: Tahniah rakyat N31 anda dapat Perasuah.


Tahniah kepada rakyat di Bagan pinang kerana dapat seorang YB yang perasuah. Masih ada lagi rakyat yang masih tidak faham apa itu rasuah dan menghukum Pas dengan memenangkan Perasuah Tan Sri Isa Samad dengan majoriti yang besar berbanding dengan PRU lepas. Hanya kerana menjelaskan orang yang melakukan dosa yang amat besar disisi Allah SWT Pas dihukum. Tidak faham dengan rasuah dan diberi lagi rasuah ketika hendak mengundi, rakyat di Bagan Pinang sekarang bergembira merayai kemenangan seorang yang melakukan dosa besar.

Kalau difikirkan yang orang melayu di Bagan Pinang tidak faham dengan Agama ,mungkin tidak kerana mereka semuanya solat seperti biasa dan melakukan haji pada mereka yang berkemampuan dan bersedekah kepada pakir miskin tapi masih tidak faham dengan apa yang mereka lakukan akan menyebabkan mereka akan ditanya oleh Allah kelak kenapa memilih seorang yang banyak melakukan dosa sebagai pemimpin mereka.

Jika kita kenangkan banyak sudah kejadian yang ditunjukkan oleh Allah SWT dengan Gempa bumi dan taufan di sekitar negara ini , tapi masih lagi belum diambil pengajaran oleh rakyat di Bagan Pinang dan masih mahu melakukan apa yang dilarang oleh Allah dengan memilih pemimpin yang melakukan dosa rasuah dan menipu dikalangan kamu.

Selepas ini mungkin ada dikalangan yang membunuh dan memperkosa orang akan dipilih untuk dijadikan pemimpin, Ini akan menempah bala dari Allah SWT.

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang: Pas Bermandi Darah



Kerja terkutuk yang dilakukan oleh pihak Umno dengan menyerang Pemuda Pas di markaz induk Dewan Pemuda Pas di Bagan Pinang amatlah dikesali dan merupa sikap orang yang tidak bertemadun dan mengamalkan sikap mafia. Setelah 6 orang pekerja Pas dibelasah dan ditetak dengan menggunakan senjata tajam. Bagi pihak Pemuda Pas pada hari ini akan mengerahkan seramai mungkin Pemuda Pas dari seluruh Negara dan akan berkampung di Bagan Pinang untuk menjaga keselamatan Petugas-petugas Pas disana.

Walaupun pihak Polis masih berdiam diri dengan hal ini, Pemuda Pas sudah mengambil peranan menjaga keselamatan Petugas dengan memanggil semua pemuda dan ini adalah satu seruan dari Allah agar kita menjaga keselamatan diri dan juga kaum keluarga. Pemuda pas mempunyai keluarga yang besar diseluruh negara dan akan bersama menjaga keselamatan disana. Dijangkakan beribu pemuda dari seluruh negara akan tiba disana.

Taklimat keselamatan akan diberikan oleh TKP Ustaz Azman dan pembahagian tugas akan diberikan mengikut kekuatan pemuda. Dijangkakan keselamatan akan terjamin dengan izin Allah dan kesungguhan pihak Pemuda Pas menangani masalah ini. Diseru supaya semua pemuda yang berada diseluruh negara datang segera untuk membuktikan kita lebih kuat dari musuh dan ini akan melemahkan musuh. Inilah jihad Fi Sabililah dan perlulah Pemuda Pas mengambil peluang ini untuk membuktikan kita sedang memperjuangkan Islam di Malaysia dengan memerangi keganasan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno laknatullah.

Bagan Pinang: Arahan dari Ketua Pemuda Pas Pusat kepada semua Pemuda seluruh negara.

Pemuda Paya Besar Melaporkan.....
http://dpppayabesar.blogspot.com

Oleh Abu Syifa

Pagi ini ana dikejutkan dengan satu pesanan ringkas (SMS) dari Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi yang dilanjutkan oleh Ketua Pemuda Pas Paya Besar kepada ana yang mengkhabarkan kejadian yang berlaku di Bagan Pinang kini,
SMS tersebut berbunyi:
"Keadaan semakin kritikal, Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam ini markaz Pas pusat di Bagan Pinang telah dicerobohi dan petugas dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad Fi Sabilillah ana selaku pemegang amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pusat mengerahkan seramai mungkin Pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang. Raptai jam 9 am di markaz induk dan akan dipimpin oleh Ustaz Azman TKP untuk arahan kawalan keselamatan". TQ Tantawi.

Memandangkan perintah telah dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda Pusat maka pemuda diharap dapat menyahut perintah ini agar bergegas ke Bagan Pinang beramai-ramai untuk menjaga keselamatan petugas kita di Bagan pinang. Untuk membuktikan kita mempunyai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati dikalangan kita pemuda Pas ,sahutlah perintah ini tanpa keraguan.

Tengok apa yang telah dilakukan oleh pihak pemuda umno terhadap pemuda pas yang sedang bertugas di Bagan Pinang. dilaporkan seramai 100 orang umno memukul pemuda ini.

Dah Jangka peranan SPR .....Daftar Pengundi Bertindih



Memang sudah dijangka perkara ini akan berlaku dan alasan yang diberikan oleh SPR menampakkan peranannya yang pro BN setelah menidakkan apa yang diajukan oleh pihak Pas tentang pertindihan pendaftaran di Bagan Pinang. Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan SPR oleh rombongan Pas semalam dan seperti biasa SPR cuba untuk menutup kes ini tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.

Dengan ini terbukti sudah bahawa apa yang dituduh kepada SPR adalah benar dan mempunyai agenda tertentu untuk memenangkan UBN. Jika perkara ini tidak diselesaikan dengan berapa segera maka pilihanraya di negara ini tidak telus dan akan menyebabkan rakyat ditipu lagi. Memandangkan pilihanraya kecil Bagan Pinang akan berlaku tidak lama lagi diseru kepada pengundi agar dapat memberi pengajaran kepada UBN dan SPR bahawa rakyat tidak akan tertipu lagi dan undilah Pas dan Pakatan Rakyat untuk membuktikan yang kita rakyat tidak mudah ditipu.

Wednesday, October 7, 2009

Sokonglah Aku ,akan ku kayakan kroni2 ku... Bagan Pinang


Beginilah agaknya penilaian pengundi di Bagan Pinang.

Bagan Pinang: Talam dua muka.....Pas buktikan




Kerakusan UBN untuk mengekalkan kemenangan di Bagan Pinang sanggup memperalatkan SPR untuk membuat penipuan pendaftaran dua kali oleh sesetengah anggota pasukan keselamatan dimana telah menggunakan dua kad pengenalan sebagai pengundi pos dan juga pengundi biasa yang menggunakan kad pengenalan awam.

Apa yang dilaporkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Perkara ini telah dikesan dengan menggunakan sistem pengesan yang dibuat oleh Pas dan telah mendapati sekurang-kurangnya 200 anggota terlibat dan perkara ini akan dibangkitkan oleh beliau dan juga Naib Presiden Salahuddin Ayup yang akan bertemu dengan Pengerusi SPR pada hari ini.

Sekiranya perkara ini didapati betul maka disini akan dibuat pemutihan pemilih bagi memastikan pilihanraya kecil ini betul-betul telus. Walaubagaimana pun perkara ini bukanlah suatu yang mudah untuk diterima oleh SPR dan berbagai alasan yang akan diberikan kepada Pas untuk menidakkannya.

Tuesday, October 6, 2009

Babak Drama tipu yang biasa buat umno ...Bagan Pinang



Sekali lagi babak drama yang biasa akan dilakukan oleh Umno bila adanya Pilihanraya Kecil. Sekiranya anda tidak lagi dilawati dirumah, war-warkan yang anda sedang sakit ke, miskin ke atau ada anak yang sakit teruk ,pastinya mereka (UMNO) akan datang kerumah dan akan menanya khabor dan bagi sedikit hadiah.

Seperti biasa babak yang menyedihkan setelah mereka sedar yang ada lagi insan yang miskin dalam kawasan mereka. Jika dulu semasa Pilihanraya umum mereka menaburkan janji sehinggakan terbiliak biji mata pengundi melihatnya dan tergugur tahi telinga mendengarnya. Tapi apa yang telah dilakukan oleh mereka? janji tinggal janji dan yang pasti PRK datang lagi dan babak yang sama akan dimainkan oleh Umno untuk menagih undi dari rakyat yang ditipu dulu.

Kalau kita fikirkan sampai bila rakyat hendak ditipu? nak kata rakyat tidak tahu tapi ianya kena batang hidung sendiri tapi kalau yang kena pada yang karat biru tu, mungkinlah sebab mereka taksub pada pemimpin walaupun dia hidup melarat sedangkan pemimpinnya sedang bersenang lenang dengan duit rakyat. Entahlah...... tapi kalau kena pada yang masih miskin dan melarat ditanah sendiri, masih lagi menyokong umno rasanya pemikirannya perlulah diubati dengan diberikan penerangan sepenuhnya bahawa dia sekarang ditipu umno. Semoga mereka sedar yang mereka sedang ditipu dan dijadikan batu lonjatan untuk memerintah negara ini.

Sekarang apa yang berlaku di Bagan pinang , banyak majlis yang former dilakukan disana dan disitulah dibuat berbagai majlis bersama rakyat, selama ni mananya pergi wakil rakyat? dimana perginya majlis yang besar bersama rakyat. Kenapa sekarang baru nak buat?jawabnya kerana nak bagi rasuah pada rakyat agar mengundi umno.

Kalau dah buat majlis besar begitu semestinya akan membabitkan jentera kerajaan, Kalau PRK Bagan Pinang meletakkan dua calon dari Pas dan Bn, tapai Pas terpaksa berdepan dengan seluruh jentera kerajaan dimana adanya kementerian dari Pertahanan, Felda, penerangan dan banyak lagi. Ini penyalah gunaan kuasa untuk kepentingan parti.

Monday, October 5, 2009

UBN palsu setelah menerima undi pos palsu....Bagan Pinang



Pengakuan yang dibuat oleh bekas tentera berpangkat sarjan Abang Abu yang sudah lama pencen dan kini rasa sedar dengan penipuan yang dibuatnya dulu atas arahan pihak atasan. Malah bukan Abang Abu seorang saja yang telah melakukan perkara tersebut, ini kerana perkara ini berlaku hampir seluruh negara dimana ada kem tentera disitulah adanya penipuan. Abang Abu kini diugut akan dibuang kelaut sekiranya mendedahkan perkara ini. Sudah menjadi amalan biasa bagi Umno untuk menakutkan seseorang yang ingin menyatakan kebenaran. Walaubagaimanapun perkara masih dipandang sepi oleh SPR.

Penipuan yang masih lagi berlaku dan akan terus berlaku di Bagan Pinang nanti dan ini membuatkan pelaksanaan PRK di N31 Bagan Pinang akan dicerugai kelak. Pegawai yang menjalankan aktiviti memalsukan undi ini akan ditanya kelak oleh Allah SWT dan diharap mereka terus bertaubat dari melakukan perkara yang tidak bermoral dan boleh menyebabkan negara kembali kepada pemerintahan yang dicerugai kemenangannya.

Apa yang hendak dibuktikan oleh Pas ialah ketelusan dalam pengundian pos dan ini bolehlah dikatakan proses pemutihan dalam PRK Bagan Pinang. Perkara ini akan terus diperkatakan selagi SPR tidak mengambil peranannya sebagai satu badan berkecuali. Sekiranya SPR masih lagi menjadi ejen kepada kerajaan sekarang maka ianya pasti tidak dapat menyelesaikan masalah undi pos. Jika perkara ini tidak diselesaikan maka kerajaan yang ada sekarang adalah hasil dari undipos yang dipalsukan. Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang Palsu dan dicerugai akan kemenangannya.

Sunday, October 4, 2009

Azeez berbohong.....Salahuddin Ayob

Malaysiakini melaporkan....

]Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

(Umno kini sudah ketandusan isu dan telah menipu lagi rakyat dengan menyatakan Pas melakukan provokasi terhadap Ketua putera umno Datuk Abd Azeez serta bertindak ganas sedangkan beliau tidak sepatutnya berada dikawasan musuh, kalau dah masuk kawasan musuh mana mungkin dia boleh keluar dengan selamat jika Pemuda Pas bertindak ganas terhadapnya. Ini satu lagi penipuan yang hanya datang pada pilihanraya . Rakyat sebenarnya bukan buta dan bodoh, rakyat sudah dapat menilai baik buruknya pemimpin. )