Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Thursday, December 24, 2009
Tahap Keselamatan Negara Di Ragui...enjin F-5E hilang
Setelah kecoh dengan kehilangan dua buah enjin jet pesawat pejuang F-5E milik TUDM itu amat mengejutkan semua pihak. Ia menguatkan lagi alasan bahawa sememangnya sistem kawalan keselamatan dan ketenteraan negara berada didalam keraguan. Dengan kehilangan dua buah enjin tersebut membuatkan kita tertanya kemana perginya maruah sebagai orang yang diberikan amanah untuk menjaga keselamatan negara namun telah dicemarkan oleh mereka yang begitu rakus untuk mendapat kesenangan yang cepat dan mencemarkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.
Kementerian Pertahan harus dipersalahkan kerana telah mendiamkan kes besar ini dari pengetahuan rakyat hanya untuk menjaga kepentingan politik. Menteri Pertahanan pada masa itu harus dipersalahkan kerana gagal dalam membendung perkara ini dari berlaku dan membisukan kes ini dari diketahui oleh umum walaupun hampir setahun berlalu. Kalau perkara ini boleh dilakukan tanpa disedari, mungkin banyak lagi barang dan peralatan yang kecil boleh dijualkan kepada musuh untuk menyerang negara kita. Dimanakah tahap keselamatan yang ada dalam negara ini untuk menjaga keselamatan rakyat yang begitu banyak membelanjakan wang rakyat untuk keselamatan.
Sepatutnya mereka menjaga semua eset yang ada daripada sampai ketangan musuh, Kalau dua buah enjin yang begitu besar dan berat sampai ketangan musuh ,ini bererti negara kita dalam keadaan yang begitu membimbangkan kerana segala rahsia negara mungkin sudah ada pada musuh kita kerana maklumat rahsia negara bukannya berat dan besar seperti enjin pesawat pejuang tersebut. Kini negara kerugian RM 100 juta hanya kerana kecuaian pihak bertanggungjawap dan ini perlulah dipertanggungjawapkan kepada Menteri Pertahanan ketika itu.
Kini apa yang kita miliki akan diserahkan kepada pihak musuh hanya kerana inginkan kesenangan yang cepat dan kini Malaysia mempunyai kapal selam yang berharga ratusan juta ringgit dan tidak mustahil suatu hari nanti kapal selam tersebut menyelam dan timbul di negara lain dan sudah ditukar hak milik kerana dijual oleh mereka yang lama sudah melakukan kerja tersebut.
Pihak Polis dan juga suruhanjaya yang akan ditubuhkan untuk menyiasat kes ini Insya'Allah agar lebih telus dan dapat menyelesaikan perkara ini dengan jayanya agar dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap tahap keselamatan negara. Orang yang bertanggungjawap terhadap kes ini harus dihukum seberatnya dan janganlah hanya ikan bilis yang ditangkap dan kambing hitamkan dan jerung pula dilepaskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment