Harakahdaily melaporkan......
Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.
(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)
Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.
Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.
Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah WNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.
(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)
Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".
Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.
Projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam di Kuala Brang itu bernilai RM4.2 juta itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.
Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu.
Harakahdaily difahamkan kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.
Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.
Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.
No comments:
Post a Comment