Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Tuesday, December 8, 2009
Dr Asri berdakwah dengan caranya yang tersendiri......kelab malam jadi sasarannya.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri yang sebelum ini telah dituduh oleh Jais kerana berceramah tanpa tauliah. Memandangkan beliau seorang yang begitu cekal dalam memberikan dakwahnya maka beliau akan meneruskan ceramahnya di kelab malam pula. Ini memerlukan kecekalan yang kuat memandangkan bukan saja anak-anak muda yang ada dalam kelab malam, malah orang tua juga ada yang masih aktif dalam kelab-kelab malam seluruh Malaysia.
Kerajaan perlulah memberikan sokongan kepada mereka yang mahu melihat umat islam tidak lagi masuk ketempat yang tidak sepatutnya. Teguran Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid tentang hasrat Dr Asri , menyifatkan hasratnya untuk berdakwah di pusat hiburan sebagai tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah, Apa sebenarnya yang mahu mereka (Kerajaan) lakukan terhadap umat islam yang sedia ada tersesat dengan hiburan dan meminum minuman yang memabukkan dalam kelab-kelab malam? Kenapa selama ini tiada tindakkan yang sewajarnya untuk membenteras kegilaan umat islam dengan kelab malam? Kenapa perlu halang dan tidak menyokong untuk melakukan kebaikan serta menyedarkan umat islam yang ada dalam kelab malam. Kenapa perlu umat masuk ke kelab malam sedang tiada apa yang berfaedah boleh dilakukan didalamnya dan kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat beragama islam.
Hasrat Dr Asri perlulah disokong oleh semua orang agar dapat dijadikan satu misi oleh umat islam untuk menyedarkan umat islam yang masih hanyut dengan hiburan dan sebagainya . Perlulah ada satu agensi dari pihak kerajaan yang melakukan satu pembersihan disetiap kelab malam agar tiada lagi umat islam yang datang dan masuk ke kelab-kelab malam. Sepertimana yang berlaku terhadap model sambilan Kartika, bukannya kerana kejahilannya berlakunya perkara tersebut namun oleh kerana tiada halangan dan teguran yang sepatutnya untuk menyedarkan beliau dari terus melakukannya dan tiada rasa takut dengan undang-undang ciptaan manusia menyebabkan beliau terasa bebas untuk melakukannya. Bukan dia seorang yang melakukannya malah ramai lagi yang masih bergelombang dengan maksiat dan meminum minuman yang memabukkan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment