Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, September 14, 2009

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober

BERITA TERKINI

Pilihanraya kecil kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11Oktober depan hari Ahad, hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 3 Oktober. Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf sekejap tadi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Adun berkenaan Mohd Azman dari UBN pada 7 September lalu.

Begitulah kehendak BN dimana pilihanraya yang akan diadakan pada hari ahad apabila Bn merasakan mereka boleh mempertahankan kerusi tersebut dan ini sebenarnya akan memberikan kelebihan kepada Pas PR kerana ramai diantara pengundi akan pulang untuk memenangkan Pas PR. Pegerusi SPR telah membuat perhitungan yang salah kerana mereka fikirkan yang kelebihan yang ada pada BN kerana mejoriti yang diperolehi pada PRU12 lalu sebanyak dua ribu lebih dan SPR menganggarkan peratusan yang keluar mengundi akan lebih dari yang terdahulu dan ianya akan membolehkan UBN menambah mejoriti agaknya..... Tapi arus gelombang perubahan yang telah berlaku pada PRK terdahulu menunjukkan yang rakyat telah menerima PR seadanya dan diharapkan PR akan menang di Bagan Pinang Insya'Allah.


Antara Pas For All dan 1 Malaysia.....banyak bezanya



Pas For All Yang telah dilancarkan pada 2 tahun lepas telah mendapat sokongan padu dari rakyat bukan islam dimana tertubuhnya Kelab Penyokong Pas yang mempunyai melebihi 20 ribu ahli, Ini menunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh Pas adalah jelas dimana semua kaum tidak kira apa ugama mereka boleh bersatu dan hidup aman di Malaysia jika Pas menjadi pemerintah kelak.

1 Malaysia yang baru diwar-warkan oleh Perdana Menteri setelah beliau menerajui Malaysia. Apa yang kita ketahui yang Umno merupa parti yang mementingkan kebangsaan dan dapatkah PM menjadikan apa yang dislogankan memenuhi kehendak Parti dan juga penyokong mereka? Kalau difikirkan dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini membuktikan yang 1Malaysia gagal sepenuhnya dan apa yang diamalkan oleh Pas For All adalah untuk kesejahteraan kepada semua rakyat yang berbilang kaum dan ugama di negara ini.

Banyak lagi contoh yang boleh diberikan tentang gagalnya umno membawa slogan 1Malaysia yang dikonsepkan dengan perpaduan bersama. Orang umno sendiri mula rasa gelisah dengan pendekatan terbaru PM yang akan menyebabkan apa yang diperjuangkan oleh umno selama ini akan terkubur dan akan menjadi cemuhan oleh ahli mereka sendiri kerana 1 Malaysia akan menjadikan sama rata antara semua kaum di Malaysia. Bermakna umno tidak lagi akan melaungkan "Hidup Melayu" kerana kesamarataan telahpun diluluskan oleh presiden mereka dengan tertubuhnya 1Malaysia.

Kalau difikirkan apa yang diperjuangkan oleh umno dahulu telah banyak terpesong dan menjadi agenda terdesak oleh presiden mereka setelah melihat apa yang diusahakan oleh Pas berhasil dengan penyatuan semua kaum berdasarkan dengan Islam, kerana Islam merupakan ugama yang tidak perpandukan dengan agenda kebangsaan sahaja dan ini telah menarik perhatian oleh semua kaum dan senang dengan apa yang dilakukan oleh Pas, malah apa yang dilakukan oleh Pas adalah berpandukan kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Perpaduan yang dilaungkan oleh Pas adalah jelas dan memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melakukan ibadat mereka dengan aman. Pas sebenarnya inginkan perpaduan antara kaum yang jelas akan memberi keharmonian kepada seluruh rakyat dan berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh umno yang hanya menumpukan kepada kebangsaan yang jelas akan memburukkan lagi perpaduan antara kaum dinegara ini kerana segalanya hanya untuk orang umno dan apa yan berlaku hari ini telah jelas yang rakyat sudah mula menolak parti yang hanya memperjuangkan kepada satu kaum sahaja. Parti yang memperjuangkan Islam tergolong daripada semua kaum kerana mereka bebas untuk menukar agama mereka kepada Islam dan kaum lain tidak boleh menukar kaumnya kepada melayu.....

Perkara inilah yang menjadi terbezanya antara Pas For All dengan 1Malaysia. kerana ramai yang menanyakan ana tentang perbezaan yang dikeutarakan diatas.... kalau ada banyak lagi perbezanya diharap pembaca bagi komen. Wassalam.

Saturday, September 12, 2009

Pengundi Pos penyelamat UBN



Apa lagi yang hendak dikata kalau SPR bersentongkol dengan UBN untuk memastikan mereka menang ,kerana SPR beranggapan jika UBN kalah maka mereka tidak boleh cari makan. SPR lupa yang bagi mereka gaji ialah rakyat dan itu semua duit rakyat yang diberi amanah kepada kerajaan untuk menguruskannya.

Sepatutnya undi pos sudah lama dihapuskan kerana kita sudah merdeka selama 52 tahun dan sistem ini masih digunakan kerana tidak lain hanyalah untuk melindungi UBN dari kalah dalam Pilihanraya. Kita tengok sendiri apabila persempadanan dilakukan beberapa tahun dulu, Kem tentera sudah masuk kedalam parlimen pekan dan ini membuktikan yang Najib terdesak kerana dia nyaris kalah sewaktu ketika dulu.

Kenapa sistem ini masih digunakan sedang kem tentera dan polis sudah berada didalam bandar dan seringkali bersama dengan pengundi apabila ada pilihanraya dan tidak adil sekiranya mereka dilayan seperti mesin kemenangan bagi UBN, kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dan undinya menjadi rahsia.

Seperti apa yang akan berlaku di Bagan Pinang yang mempunyai seramai lima ribu lebih yang akan mengundi sebagai pengundi pos dan ini akan menjadikan UBN akan menang mudah sekiranya pengundian pos ini tidak dihapuskan. SPR akan melihat perkara ini dingin dan akan mencari berbagai helah untuk memenangkan UBN.

Sebenarnya ramai diantara anggota polis dan tentera yang menyokong Pakatan Rakyat dan ini bolehlah dilihat sekiranya undi pos dihapuskan. UBN akan menggunakan sepenuhnya kelebihan yang mereka ada dan Najib agak tenang untuk melalui PRK di Bagan Pinang memandangkan undi pos disana melebihi lima ribu.

Ramai diantara pengundi Pos yang merungut menyatakan yang mereka tidak pernah memegang pensil memakah, sedangkan kertas undinya telah dipangkah, siapa agaknya yang tolong pakahkan untuk mereka? hantu kot......

Sebenarnya pengundi pos bukannya bodoh untuk dikawal begitu rupa, mereka sudah cuba untuk menyokong Pakatan Rakyat tapi telah disekat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan negara ini tetapi mereka telah dikawal dan dikonkong oleh mereka yang ada kepentingan dengan UBN.

Ramai diantara mereka yang menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat akan ditukar dan dihantar bertugas jauh kependalaman dan ada juga yang akan disekat kenaikan pangkat. Ini lah modal yang ada pada UBN yang menyatakan kepada pengundi Pos bahawa mereka adalah penghianat sekiranya menyokong PR. Sedangkan untuk menyokong mana-mana parti politik adalah bebas.

Itu lah politik kotor yang dilakukan UBN dan inilah membuktikan tiada ketelusan dalam pilihanraya dan SPR yang diperkudakan oleh UBN untuk memastikan taukehnya itu menang...
marilah kita fikirkan bagaimana untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat agar dapat kita kuburkan UBN di Bagan Pinang.....Takbir!!!!

Friday, September 11, 2009

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

Harakahdaily melaporkan......
PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Image(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

ImageAhli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka. _


Thursday, September 10, 2009

Malaysiakini disiasat oleh SKMM...kenapa ye.



Kenapa kah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),menyiasat Malaysiakini yang merupakan sebuah akhbar web yang telus dan menyampaikan berita yang benar. Yang menjadi perihatian ialah video arakkan kepala lembu yang disiarkan oleh Malaysiakini telah ditonton oleh beribu rakyat di Malaysia dan juga Dunia. Video berkenaan tidak diedit dan diubahsuai dan semua yang disiarkan oleh Malaysiakini hanyalah untuk memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat.

Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

SKMM seumpama cacing kepanasan dan bergegas ke pejabat Malaysiakini dan menyiasat beberapa wartawan. Ramai antara NGO yang membantah dengan tindakan yang dilakukan oleh SKMM memandangkan kebebasan bersuara dan media harus dipatuhi. Tindakkan SKMM diibaratkan telah melanggar perintah PM dimana beliau menyatakan yang media electronic tidak akan disekat dan bebas melaporkan berita selagi ianya tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

Malaysiakini masih binggung dengan tidakkan SKMM yang mahu Malaysiakini membuang video tersebut daripada disiarkan dihalaman web. Kenapa agaknya mereka melakukan perintah tersebut sedangkan tiada diantara video tersebut diedit atau diubahsuai. Oleh kerana video tersebut telah menanyangkan aksi bodoh orang Umno dan segelinter yang menyokong umno maka kerajaa telah mengarahkan SKMM berbuat demikian agaknyalah......Kalau orang umno tidak terlibat masakan SKMM akan menyiasat begitu rupa......

Jangan jadi dayus wahai sikatak dan si kepala lembu..

Konsert kumpulan hip hop Amerika, Black Eyed Peas yang dijadual diadakan di Sunway Pyramid (kawasan yang kerajaan pusat isytihar sebagai bengkung pelancongan dan boleh beroperasi sehingga jam 3 pagi) pada 25 September nanti. Istimewanya konsert ini bahawa ia diadakan bersempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout (di Malaysia sahaja jualan syarikat arak ini mencecah RM1.2 bilion ringgit pada tahun 2008).

Berbagai pihak menuntut agar kerajaan pusat yang didominasi Umno (yang mendakwa merupakan pembela Islam) agar membatalkan konsert ini kerana tujuan dan impaknya terhadap masyarakat khasnya umat Islam. Asalnya Kementerian Penerangan menyatakan bahawa konsert ini akan diteruskan tetapi terbuka hanya untuk masyarakat “bukan Islam”. Tanpa diduga tak sampai beberapa hari larangan itu ditarik balik.

Kononnya menurut Menteri berkenaan Rais Yatim, kerajaan tidak punya kuasa untuk melarang sesiapa dari menghadiri mana-mana pihak majli hiburan. Tiba-tiba kerajaan yang boleh menahan orang tanpa bicara ini, menyeret wakil rakyat macam penjenayah, melepaskan peluru hidup ke atas rakyat yang berdemonstrasi secara aman, menjadi dayus dan lemah tak bem
aya.
(petikan dari CINA ISLAM)

(Nah sikepala lembu dan sikatak, apa lagi datang lah buat demonstasi bantah konsert ini dan berjuanglah sehingga dapat memertabatkan islam dimata dunia.....Kalau kena kat batang hidung Pakatan Rakyat, cepat je nak bantah, ni ha... mai la wahai Ibrahim Ali dan kuncu-kuncu kepala lembu, mai la tolong orang islam ni dan tolong negara yang dilebelkan islam ni ,,...jangan jadi orang yang dayus pulak.!!!!

Ibrahim Ali:... lompat sikatak masuk kemulut lembu.


Ibrahim Ali yang juga Presiden bagi Pekasa, cuba untuk memberi bantuan kepada 12 orang perarak kepala lembu yang didakwa dan menyatakan ingin membantu sesama islam, Ibrahim Ali kalau dibandingkan dengan Samy Vellu ada persamaannya dan mereka berdua bagaikan orang yang cuba mencari perhatian. Berbeza dengan pandangan beliau dengan ISA, bukan ke orang ada dalam ISA itu orang islam, kenapa harus dipilih kasih? kalau dah orang yang mahu mencari perhatian PM sanggup menetang Pakatan Rakyat, kalaulah orang yang berarak lembu itu dan didakwa bukan datang dari negeri yang diperintah oleh Pakatan adakah sikatak ini nak bela mereka?

Ibrahim Ali kalau nak sangat tolong orang islam, pergilah buat kebajikan terhadap orang islam yang miskin dan fakir, atau pergi buat dakwah pada mereka yang cuba nak keluar islam. Oleh kerana membantu 12 org ni lebih glemour maka nak tolong miskin apalah sangat.... Parlimen Pasir Mas masih menunggu pertolongan dari kamu dan bukannya orang umno yang berarak dengan lembu yang cuba merendahkan nilai orang islam dimata orang hindu. Apa dosa lembu sehinggakan dibuat sedemikian rupa? Kalaulah lembu boleh bercakap maka akan dikatakan yang manusia lebih rendah pemikirannya dari lembu.....

Tidak terfikir ke oleh sikatak yang dia boleh dimakan oleh lembu yang sedang bersembunyi disebalik rumput hijau.

Ole-ole kerajaan untuk kakitangannya......gula-gula pilihanraya


Semalam Perdana Menteri mengumumkan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang mana akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada sebelum Hari Raya dan pada Desember tahun ini. Ramai yang perasan yang ianya adalah gula-gula Najib untuk mendapat sokongan daripada rakyat untuk pilihanraya di Bagan Pinang,sepertimana pengumuman beliau baru-baru ini tentang kelangsungan projek di Manek Urai dan ini merupakan salah satu lagi perkara yan terdesak oleh PM untuk meraih sokongan rakyat yang semakin pudar kepada UBN.

Walau bagaimana pun ianya mendatang satu impak yang besar kepada ekonomi negara dimana ramai diantara mereka yang akan menerima bantuan tersebut akan berbelanja lebih dan menyebabkan ekonomi akan menjadi agak kukuh. Tetapi apa yang boleh dibelanjakan oleh mereka dengan hanya RM250? Kalau dikirakan tidak seberapa dengan keadaan harga barang yang semakin melambung tinggi dan kita lihat yang menjadi mangsa adalah mereka yang tinggal dikampung dan bekerja sendiri, setelah kerajaan mengumumkan bonus tersebut maka harga barangan akan naik dan bagi mereka yang tidak ada bonus akan menerima akibatnya.

Sekali buat kuih pun dah habis dua tiga ratus, tapi bagi mereka yang tahu berjimat maka mereka akan selamat dan bagi mereka yang merasakan dunia ini dia punya hanya sekelip mata saja duit itu akan habis, walaubagaimanapun tahniah kepada golongan kumpulan sokongan kerana menerima bonus tersebut dan selamat berbelanja.

Wednesday, September 9, 2009

Penduduk Seksyen 23 terima cadangan tapak baru kuil


Malaysiakini melaporkan.....

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu - menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya.

Ketika ditemui Malaysiakini di komplek Mahkamah Shah Alam, Zamri berkata, pihaknya mendapati tapak baru itu sesuai kerana jauh dari kawasan perumahan.

Sehubungan itu, tambahnya, mereka menerima cadangan menteri besar itu dan berharap masyarakat India turut sama menerima cadangan tersebut.

Ramzi berkata beliau dan kira-kira 50 penduduk Seksyen 23 hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah sebut.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

(Kalaulah semasa perbincangan di dewan MBSA baru-baru ini dibuat dalam suasana damai dan muafakat, maka perkara tersebut Insya'Allah dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak ada lagi kekecohan, tapi oleh kerana mereka yang hadir ketika itu adalah orang Umno maka mereka telah mempamerkan kebodohanya mereka seperti lembu yang mereka arakkan itu. Orang yang tiada ketermadunan dan jika kita lihat dalam youtube yang mempamerkan kebodohan orang Umno itu ,mereka yang hadir semuanya muka orang yang tidak mahukan keamanan dan mereka diibarat ditarik hidung dan mengikut saja apa yang diarahkan oleh pemimpin mereka biarpun mereka tidak faham apa sebenarnya mereka perjuangkan. Seorang menteri dalam negeri telah menemui mereka yang berarak kepala lembu menimbulkan banyak persoalan seumpama ada udang disebalik mee. kenapa beliau tidak terus berjumpa dengan kerajaan negeri dan memberi pendapatnya walaupun tak boleh guna, tapi sekurang2nya tidak nampak sangat orang umno telah ditaja oleh menteri tersebut.)

IFC .....islam dihina

Sedang dok baca email, terjumpa email lama yang ana simpan dan email ini timbul kembali dan dihantar oleh umat islam yang prihatin dengan masalah orang islam yang murtad dan ana rasa baik kiranya dipostingkan didalam blog ini untuk tatapan dan semoga kita dapat mengenang dan cuba untuk mengingatkan kekawang kita agar berusaha menjahanamkan makhluk Allah yang engkar padaNya.

Kita harus berusaha melawan dan menghancurkan mereka yang ingin mengugat keharmonian dalam islam, Kerajaan perlu prihatin dalam hal ini dan perlu bertindak tegas untuk memastikan islam terus menjadi tonggak dalam negara ini.Kalau kerajaan sekarang tidak mampu untuk melakukannya beralih kepada mereka yang inginkan islam menjadi agama yan disegani dibumi ini dan marilah kita tukar kerajaan dalam PRU 13 nanti Insya' Allah.
( LINA JOY )

kehebatan peguam jahanam

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.

mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!

Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....

cid:1.233232934@web76006.mail.sg1.yahoo.com

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan

IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM
meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum

identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,

mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat

hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga

ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible

dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di

Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium

Muslim


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya

dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat

Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',

katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,

maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar

berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja

mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil

daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir

al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahua`ala `alam.

27 SEPTEMBER 2007


**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM

LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...