Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, September 7, 2009

Bubur Lambuk percuma dari Pas Taman Tas

Sudah menjadi tradisi bagi Pas Taman Tas setiap kali bulan Ramadhan tiba akan diadakan acara memasak dan mengagihkan bubur lambuk untuk penduduk sekitar Taman Tas. Setiap hari Ahad pada jam 9.00 pagi bermulalah gotong royong menyediakan bubur lambuk. Dan pada waktu petangnya pula Pemuda Pas Taman Tas akan mengambil bahagian untuk membungkus dan mengagihkan bubur lambuk tersebut.


Kelihatan Ketua Pas Cawangan dan Ajk sedang menyediakan rempah ratus untuk dimasak.
mengacau bubur lambuk yang hampir masak
Membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk Taman Tas.Stiker yang ditampal pada bungkusan bubur lambuk.

Kasino di Taman Tas..... Apa tindakan Jabatan Agaman Islam Pahang.

Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak handing over the KPMG Shareholder Value Award 2004 for top sectoral winner in the leisure category to Mr. Ng Foo Leong, Executive Director of Berjaya Sports Toto Berhad.


Jabatan Agama Pahang kini sibuk menjalankan kerja-kerja untuk membenteras orang islam yang meninggalkan puasa dan makan dikhalayak ramai. Syabas diucapkan dengan kerja yang murni itu. Tetapi apa yang kami diTaman Tas ini hadapi sekarang adalah masalah tempat judi yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Terlalu banyak permis dan lesen judi yang diluluskan dikawasan taman tas. Dimana kami lihat ramai yang mengunjunginya adalah daripada orang islam yang tidak langsung menghormati bulan ramadhan. Kedai Toto yang sekian lama berada dikawasan taman tas dan boleh dikatakan setiap hari permis itu penuh dengan manusia yang menggelarkan diri mereka islam hadhari yang tanpa segan dan silu menjadikan permainan ini sebagai ruting harian mereka, walaupun dibulan puasa.

Cakap-cakap orang yang datang surau menyatakan makin banyak kedai-kedai haram judi mesin kuda kini bermaharaja lela di kawasan Taman tas dan juga di lubuk puyu. Kami jangkakan sebanyak 5 hingga 6 permis yang menjalankan perniagaan ini dan yang paling ramai mengunjunginya ialah orang melayu dan anak-anak muda yang baru lepasan sekolah dan juga masih bersekolah, Kerajaan serta Jabatan Agama mesti ambil perhatian terhadap perkara ini dan sudah menjadi tanggugjawap pihak memerintah dan pihak yang mempunyai kuasa untuk mencegah perkara tersebut sebelum ianya diambil alih oleh rakyat. Jika rakyat yang membuat hukum sendiri jangan pula kerajaan melenting dan baru nak turun memerhatikan apa yang berlaku.

Perkara ini telahpun diadukan kepada pihak berwajib dan masih tidak ada tindakkan yang diambil dan ini akan menyebabkan akan ramai lagi manusia islam akan menjadi sesat dan akan banyak lagi keburukkan yang akan berlaku berbanding kebaikan. Masalah ini akan menyebabkan berlakunya kejadian curi dan jenayah lain yang mungkin akan dilakukan oleh mereka yang asyik dengan mesin judi kuda dan toto.

Dalam permis judi tersebut disediakan makan-minum yang mana boleh dibeli oleh mereka yang sedang berjudi terutamanya dalam permis judi kuda dan tidak hairanlah sesiapa yang masuk kesana boleh mendapatkan makanan begitu mudah dan dibulan yang mulia ini.Begitu ramai umat islam hadhari ini yang makan dan minum didalam permis tersebut. Jabatan Agama sepatutnya membuat serbuan didalam permis tersebut kerana ada ramai yang tidak berpuasa dan jika mereka berpuasapun ianya menjadi kesalahan dalam agama islam kerana berjudi dan diharap Jabatan Agama Islam pahang dapat melakukan sesuatu untuk membenteras umat ialam berjudi dan juga menghapuskan terus tempat judi tersebut, Kenapa lah kerajaan meluluskan lesen judi tersebut sedangkan boleh dikatakan semua agama yang ada di Malaysia ini mengharamkan judi, jadi tujuan apa masih ada lagi lesen judi diluluskan? Tahukah mereka yang hasil dari judi itu haram? kalau tahupun ramai yang buat-buat tak tahu sedangkan penasihat kerajaan adalah Mufti, takkan mufti tak tahu perkara ini atau mendiamkan diri agar sama-sama menikmati hasil tersebut, jangan sampai ada yang beranggapan mufti terlibat dengan perkara ini. Jangan kerana habuan yang sedikit tak pasal-pasal masuk Neraka Allah SWT.

Masalah sosial dan kejadian pecah rumah terus menjadi kebimbangan kami di Taman Tas, Kami rasa kalau nak benteras jenayah dikawasan ini, perlulah diambil kira puncanya dan kami beranggapan yang menjadi punca ialah permis judi dan juga penagihan dadah. Pihak berwajib perlu segera memainkan peranan dan hapuskan dulu tempat judi ini. Yang menjadi muskil pada kami ialah kenapa perkara ini belum dapat dihapuskan sedangkan yang memerintah Pahang adalah tergolong daripada mereka yang mengaku Islam dan Pihak Polis yang sepatutnya mengawasi kawasan ini seolah membutakan mata mereka daripada bertindak meyerbu permis da menutupnya. bagaimana pula peranan Jabatan agama Pahang? kalau tak cukup kakitangan apa salahnya bagi kuasa kepada Pegawai Masjid untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Selangor sekarang.

Saturday, September 5, 2009

Khir Toyo mahu jadi Wira kepala lembu




Khir Toyo menyifatkan perarakan kepala lembu, bukan isu agama, tetapi kelapa lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut". "Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran". Katanya lagi yang terang-terangan menyokong tindakkan perarakan kepala lembu itu.( Malaysiakini)

Kalaulah orang yang membuat perarakan itu cerdik tidak perlulah mereka membawa kepala lembu untuk menggambarkan kerajaan bodoh, hanya nyatakan di banner atau pun laungkan saja, tapi yang dilakukan oleh mereka adalah satu kebodohan tanpa memikirkan yang tindakkan itu akan meyebabkan kemarahan penganut hindu. Kalau mereka yang melakukan perarakan itu tidak bodoh , mereka boleh fikirkannya sebelum melakukannya.

Khir Toyo ingin menjadi wira kepada penduduk di seksyen 23 dengan kenyataan terbarunya mengenai isu kuil yang hendak dibina di tempat tersebut. Sebenarnya Khir Toyo inginkan dia menjadi tumpuan dan cua untuk rakyat lupa ap yang telah mereka lakukan ketika pemerintahannya dulu....perkara ini pernah menjadi isu seketika dulu dan telah dihentikan sementara dan projek yang telah dilakukan oleh Khir Toyo di seksyen 18 dimana telah menelan belanja sebanyak RM 1 juta dan hingga kini tempat tersebut menjadi projek gajah putih yang tidak kesudahan dan membazirkan duit rakyat ketika itu.

Kepada penduduk seksyen 23 bersabarlah dengan apa yang berlaku dan tabah menghadapinya dibulan Ramadhan ini. Bawak lah berbincang dan jangalah mengikut perasaan dan jangan dengar apa yang dihasuti oleh orang umno yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Kalaupun ada yang tidak kena hendaklah berbincang, dan kepada pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah dengar apa saja keluhan rakyat dan jangan terlalu mengikut kata hati yang kelak akan merosakkan diri kita dan juga parti kita yang sekarang bagaikan anak dara sunti yang diperhatikan oleh rakyat untuk dinilai kelak. Bersamalah kita untuk menjadi pemimpin dan bukannya menjadi orang yang dipimpin.

Tiada siapa yang boleh menidakkan Kuasa Allah SWT.... PRK Bagan Pinang


Siapa yang boleh menidakkan kuasa Allah SWT, walaupun SPR sekalipun tak mungkin mereka dapat menidakkan kematian sepertimana mereka menidakkan kekosongan kerusi Kota Seputeh di Kedah, Kalau SPR menidakkan kekosongan kerusi Bagan Pinang maka ternyatalah yang SPR menempah maut.

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban semalam.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%)

Dengan kuasa Allah SWT maka ternyatalah yang SPR cuba untuk menjadi pahlawan kepada Umno-Bn dengan cuba untuk mempertahankan kesalahan Adun Kota Seputeh yang gagal hadir ke sidang Dun sebanyak 2 kali. Mengikut pelembagaan tubuh kerajaan negeri Kedah telah menyatakan kesalahan itu membolehkan speaker mengosongkan kerusi tersebut. Tetapi SPR cuba dan dengan angkuhnya telah menolak dan menyatakan kerusi adun tersebut tidak kosong dan dengan Kekuasan Allah SWT maka Allah ganti dengan kerusi Adun Bagan Pinang. Kita akan lihat adakah SPR mampu menidakkan kekosongan kerusi tersebut.

Thursday, September 3, 2009

600 ahli komponen BN sertai PKR

Malaysiakini melaporkan...


Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.

Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

"Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.

Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas. BERNAMA

{ satu lagi tamparan hebat yang akan diterima UBN di Perak jika ianya benar-benar berlaku dan ini telah menangkis tangapan orang umno dan pekida yang mereka cetakkan dibanner di Perak semalam iaitu mereka beranggapan rakyat Perak menyokong Zambry dan kerajaan Bn pilihan rakyat.... nampaknya mereka bermimpi disiang hari. }

Wednesday, September 2, 2009

Ibrahim Ali berkokok lagi... lupa kampong tergadai




Ibrahim Ali semalam dengan rasa bangganya dan angkuhnya telah menghantar satu memoradum kepada Hishamudin Menteri Dalam negeri. Memoradum itu telah menyebut bahawa NGO Perkasa mahu supaya ISA di perluaskan lagi penggunaannya dari yang sedia ada untuk menjaga hak istimewa orang Melayu.

YB Yang tak tahu diuntung ini berhasrat untuk menunjukkan dia seorang yang membela rakyat dan apa yang lebih tepat lagi adalah dia sekarag cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian PM agar menerimanya kembali dalam Umno. Walaupun dia sekarang berhutang dengan rakyat dan pengundi di Pasir Mas dimana dia menang atas tiket Pas pada PRU 12.

Apa feadahnya dia buat semua itu? kalau bukan untuk membuatnya popular kembali dan yang menjadi mangsa adalah yang berada dalam kandang ISA yang zalim itu, sesiapa yang setuju dengan perkara atau perbuatan zalim maka dia telah pun dilaknati oleh Allah SWT.

Wahai Ibrahim Ali yang tak sedar diri, kamu sudah ditolak oleh Umno kerana mereka tu sama bodoh je dengan kamu, Kalau nak sangat masuk umno kembali, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan bertanding lah kembali atas tiket UBN dan kita lihat siapa yang menang! Kamu wahai Ibrahim Ali, telah ditolak oleh rakyat dan oleh kerana kamu bertanding diatas tiket Pas maka ramai yang mengundi kamu dan bukannya kamu yang popular.

Blog merah hitam ada bertanya apakah doa untuk si YB katak ini? Bagi ana baiklah kita berdoa agar dia disedarkan oleh Allah SWT agar kembali kepangkal jalan dan bertaubat agar dia diampunkan oleh Allah SWT dengan dosa yang dilakukan kerana menipu pengundi dan juga kepimpinan Pas dan bersungguh dalam memertabatkan Islam dalam memperjuangkannya bersama Pas.

Tuesday, September 1, 2009

Kilang batu-bata akan dipindahkan ...setelah sekian lama penduduk menderita.


Masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Tas/Taman Tas Ria yang sekian lama telah dibelenggu oleh habuk dan asap dari sebuah kilang batu bata yang begitu lama telah beroperasi dikawasan perumahan ini. Dengan kerjasama dari pihak Pahang Daily Online telah disebarkan masalah ni didalam blog tersebut dan sejak daripada itu isu ini telah menjadi buah mulut penduduk ditaman berkenaan dan sehingga pagi tadi ana telah mendapat satu berita yang disampaikan oleh jiran ana tentang perpindahan kilang tersebut akan dijalankan pada hujung tahun ini dan perpindahan akan mengambil masa enam bulan bermula awal tahun hadapan.

Banyak kali ana cuba untuk berjumpa dengan YB Zaili Besar namum gagal mungkin kesibukkan beliau dengan kerja. Tujuan ana adalah untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan ana sanggup menjadi wakil kepada penduduk untuk membuat bantahan sekiranya YB Zaili gagal untuk menyelesaikannya, tetapi Allhamdulillah semuanya Insya'Allah akan diselesaikan hingga hujung tahun ini. Jika mereka pihak kilang gagal berpindah sehingga tahun depan maka ana akan kumpul penduduk dan akan membantah dan melakukan apa yang patut sehingga perkara ini selesai.

Apa yang kami lakukan hanya lah menuntut janji yang dibuat oleh pihak berkuasa yang telah berjanji akan selesaikannya pada bulan enam tahun lepas dan meminta dilanjutkan sehingga tahun ini. Pihak YB dan seluruh agensi berkaitan telahpun melakukan apa yang patut dan terbentuklah perjanjian terbaru bahawa kilang tersebut hanya akan beroperasi sehingga hujung tahun ini dan persiapan perpindahan sehingga tanah tapak kilang bersih dari sisa kilang diberikan tempoh sehingga bulan enam tahun depan. Sekiranya gagal maka pihak kilang akan berhadapan dengan Para penduduk disini dengan bantahan besar-besaran sehinggalah perkara ini selesai dan kami para penduduk berteimakasih kepada pihak yang sanggup menyelesaikan perkara ini.

Rakyat Malaysia harus contohi Rakyat Jepun... Tukar kepimpinan pada pilihanraya ke 13


Kemenangan bersejarah bagi Parti Demokratik Jepun telah merampas kuasa daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) yang begitu lama berkuasa di Jepun dan telah ditolak oleh rakyat Jepun kerana beberapa kelemahan dalam pemerintahan setelah lemah dalam menangani masalah ekonomi Jepun yang lemah sejak sekian lama dan ini membuktikan yang rakyat Jepun mahukan perubahan dan telahpun dilakukan menerusi pilihanraya yang bersejarah semalam.

DPJ memenangi 308 daripada 480 kerusi di Dewan Rendah pada pilihan raya Parlimen semalam, sekali gus menamatkan tempoh lebih separuh abad pemerintahan konservatif, menurut keputusan rasmi yang dikumpulkan.

Parlimen dijangka mengesahkan Hatoyama, 62, sebagai Perdana Menteri dalam masa dua minggu dan beliau bersedia membentuk pakatan dengan parti-parti sekutu lebih kecil seperti Parti Demokratik Sosial dan Parti Baru Rakyat.

Diharap parti yang baru memerintah Jepun dapat membuat perubahan dalam segi ekonomi dan sosial dan ini telah dijanjikan oleh parti yang menang dan dijangka akan membentuk satu kepimpinan yang mantap dari segi ekonomi dan juga soaial yang diharapkan oleh rakyat Jepun.

Di Malaysia haruslah rakyat mencontohi rakyat Jepun yang sudahpun menukar kerajaan yang baru. Tiada kekecohan dan perkara yang tidak diingini berlaku di Jepun walaupun kerajaan ditukar dan ini membuktikan orang Jepun lebih bertemadun dan bijak untuk menentukan masa depan bersama pemimpin yang akan melakukan perubahan dan ekonomi yang stabil diharapkan dan sekiranya rasuah dapat dihalang dan dihapuskan maka ekonomi akan dapat distabilkan. Begitu juga dengan apa yang harus berlaku di Malaysia, sekiranya rakyat inginkan perubahan dan kepimpinan yang lebih telus dengan mempunyai pemimpin yang takut dengan Allah SWT ,nescaya negara kita akan terus menikmati keharmonian yang berterusan anugerah dari Allah SWT Insya'Allah.

Saturday, August 29, 2009

Peranan Umno untuk menjayakan perarakan kepala lembu.




Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. "NGO Melayu yang mengadakan demo pada petang jumaat lalu telah didalangi oleh orangUmno yang mana cuba untuk membuat provokasi dan cuba menggulingkan kerajaan PakatanRakyat di Selangor." kata Dato' Mahfus Omar selaku Naib Presiden Pas.

Kejadian tersebut hanya diperhatikan oleh beberapa orang polis dan ini menunjukkan bahawa perhimpunan itu telah dirancang oleh Umno. Kalaulah NGO yang buat demo sudah pastilah FRU akan memantau perhimpunan itu. Apa yang dilakukan adalah seperti inginkan orang India terutama yang beragama Hindu akan marah kerana telah menghina agama mereka dengan berarak membawa kepala lembu yang melambangkan Tuhan bagi penganut agama Hindu.
Kenapa NGO yang berhimpun harus membawa kepala lembu sedangkan mereka boleh membuat himpunan tanpanya kan itu lebih elok dan bolehlah berbincang sebab perkara ini hanyalah sekadar mendirikan sebuah kuil dan bukannya kilang yang boleh membuatkan habuk dan menjejaskan kualiti udara dan kalau dipanjangkan masalah di tempat ana ,lagilah menyeksakan dengan habuk dari kilang yang begitu hampir dengan rumah kami dan masalah ini tidak diperdulikan oleh orang Umno kononnya rakyat didahulukan. Masalah kami di Taman Tas kuantan yang berkurun lamanya belum lagi diselesaikan oleh YB dikawsan ini kerana tiada apa yang boleh dilakukan setelah banyak kali sudah kita ketengahkan masalah ini dan sebagai pengajarannya Umno adalah parti yang begitu pandai menipu dan mempunyai banyak alasan yang boleh diberikan jika ada yang cuba untuk mempertikaikannya.

Kemana perginya FRU dan polis lain untuk mematahkan sebarang himpunan yang boleh menghina agama lain walaupun pada asalnya mereka hanya mahu membuat himpunan yang aman dan ini akan menyebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal sekiranya pihak lain yang cuba menghina Islam setelah membalas apa yang telah dilakukan oleh NGO melayu. Kalau kita cuba untuk membantah ap yang mereka lakukan ,mereka akan menyatakan yang orang Islam yang mulakannya. Kenapalah pada perhimpunan Isa dahulu tidak dilayan seperti yang berlaku di Shah Alam hanya memerhati sahaja , maka ianya akan dilebelkan perhimpunan aman membantah ISA. Tetapi apakan daya perhimpunan tersebut telah dikasari oleh FRU dan menyebabkan ramai yang tidak faham dengan polis dan FRU untuk siapa mereka bekerja dan apa yang mereka pertahankan.

Kesimpulannya yang boleh dibuat dengan apa yang berlaku di Shah Alam adalah satu perhimpunan yang boleh menyebabkan agama lain akan menghina agama islam dan umno akan mendabik dada menyatakan yang kerajaan Pakatan Rakyat yang bersalah menyebabkan ini berlaku dan rakyat tertipu lagi dengan permainan umno.

Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _