Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, February 1, 2010

BN kehabisan modal bila mempelawa pembangkang menyertai mereka.



Sebenarnya apa yang berlaku di Pulau Pinang hanyalah segumit asam garam berpolitik dan ini bolehlah dikatakan yang Pakatan Rakyat boleh dibawa berunding dan mendengar semua keluhan rakyat dan cuba untuk memperbaikinya. Berbeza dengan Umno/BN yang tidak boleh langsung ditegur dan hanya mengikut telunjukpemimpin tertinggi.

Rasanya apa yang dilakukan oleh Ku Li tempohari yang memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan merupakan orang yang tak makan saman dan tidak ada siapa yang berani menentang beliau kerana beliau merupakan aset yang penting bagi umno di Kelantan. Ku Li merupakan orang yang bertanggungjawap dalam perjanjian minyak ketika itu dan beliau menyatakan perkara yang benar malah diperkenan oleh Tuanku Sultan.

Berbeza dengan pemimpin umno yang lain takut menyatakan apa yang benar dan takut menegur jika pemimpin mereka melakukan kesalahan, Pakatan rakyat cuba untuk menyelesaikan apa saja masalah yang timbul untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin hari telah diterima oleh rakyat. Rakyat tidak rugi memilih kerajaan Pakatan Rakyat kerana mereka cuba untuk memenangkan hati rakyat agar tidak terkecundang dalam PRU akan datang.

BN mula rasa kurang selesa dengan keadaan ini dan mula untuk mematahkan segala usaha yang baik untuk rakyat yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. BN bukan lagi kerajaan yang boleh dipercayai dengan terlantiknya PM yang mempunyai rekod yang kurang baik yang banyak skandal dan masih belum dibersihkan lagi oleh beliau. Pakatan rakyat kini yang ternyata banyak memberikan yang terbaik untuk rakyatnya dan mula digangu gugat oleh BN dengan membuat perlawaan itu ini dalam memastikan YB dari Pakatan Rakyat lompat parti.

Apa yang berlaku di Perak merupakan satu anasir jahat yang dilakukan oleh umno untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli YB dari Pakatan Rakyat dan seterusnya merampas Perak dengan jalan yang begitu jahat sekali. Para penyokong Umno sebenarnya sudah nampak akan kejahatan yang dilakukan oleh umno selama ini namun oleh kerana duniawi dan kebendaan mereka terus menyokong dan cuba untuk mematahkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Dan kini mereka cuba untuk merampas Selangor dan juga Pulau Pinang. Hanya kerana perselisihan faham diantara pemimpin Pakatan Rakyat, umno sudah melebelkan PR sedang berpecah. Ini lah perasan orang yang mula takut dengan bayang-bayang sendiri dan mula merasakan mereka digugat oleh PR, kerana semakin hari rakyat nampak akan keikhlasan PR memerintah negeri dan membuat yang terbaik untuk rakyat, jauh sekali untuk menerima rasuah.

Umno yang boleh dikatakan rasuah sudah terbuku dalam darah daging mereka tidak akan berhenti disini dan akan terus menganggu gugat PR agar mereka boleh memerintah kembali Malaysia dengan mejoroti 2/3 dalam dewan. Namun apa yang perlu dilakukan oleh PR adalah menangkis segala tomahan dan membersihkan segala contengan yang dibuat oleh umno dan menyapu bersih segala daki yang melekat dibadan PR. PR perlu membuat pemutihan sebelum PRU akan datang kerana ini boleh mendatangkan mudarat kepada pakatan sekiranya pemutihan tidak dibuat, kerana kita kena cari pemimpin yang setia pada parti dan sedia berkhidmat untuk rakyat.

Friday, January 29, 2010

Himpunan 100 ribu dan ucapan Ku Li di Kelantan



Kehadiran mereka di stadium Sultan Muhammad ke4 merupakan satu petanda yang rakyat Kelantan bersama dengan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, Mereka yang datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dan juga yang berdekatan dengannya datang dengan perbelanjaan sendiri dan dengan kerelaan hati mereka yang tiada pada orang Umno.

Kehadiran puluhan ribu orang merupakan perhimpunan terbesar yang hampir menyerupai perhimpunan sembahyang hajat yang dianjurkan sebelum PRU 12 yang lalu. Ini membuktikan rakyat Kelantan lebih berharapkan kerajaan pusat membayar tuntutan kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak sebanyak 1 bilion ringgit dan ini adalah untuk rakyat Kelantan yang berhak keatasnya.

Tengku Razali Hamzah merupakan tetamu kehormat dalam perhimpunan ini untuk menyatakan pendiriannya terhadap tuntutan royalti minyak tersebut dan beliau telah menarik perhatian hadirin dalam ceramahnya dimana telah dinyatakan bahawa kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti minyak sebanyak 2 bilion ringgit. Sebelum itu Ku Li telah diarak masuk ke stadium menggunakan beca.

Rakyat yang hadir untuk mengerjakan sembahyang hajat dan menandatangani memorandum yang akan dihantar kepada Pemangku Raja dan juga Perdana Menteri.

Gambar ihsan dari Manjadda wajada...

Wednesday, January 27, 2010

Zulkifli Noordin dan kekuatan dirinya.....siapa untung?




Kecoh lagi dibuat oleh YB Zulkifli , Kalaupun anda dah dapat suara untuk menegakkan islam dan tak semesti anda seorang yang inginkan perkara itu, sedangkan Pas sudah lama inginkan suara untuk menegakkan islam kerana Islam merupakan agenda utama Pas dan kerana itu juga Pas ditubuhkan. Berdasarkan Islam lah Pas sedang perjuangkan sekarang. Apa yang difikirkan oleh YB Zulkifli sedangkan apa yang boleh beliau luahkan adalah dengan membuat perbincangan dengan Khalid Samad dan itu yang dituntut oleh islam tapi kenapa itu tidak dilakukan oleh YB Zulkifli yang lantang ingin memperjuangkan Islam.

Beliau sebenarnya cuba inginkan perhatian masyarakat dan pemimpin PR dan agar beliau tidak tenggelam dibawa arus kepolitikan Malaysia. Kepada YB Zul, pertimbangkan apa yang telah dilakukan dan dengar nasihat pemimpin anda dan itu juga diajar dalam islam. YB Zul seorang yang berpelajaran dan juga seorang pengamal undang-undang dan rasanya beliau lebih faham dengan tindakkan yang diambil , kerana perkara yang dilakukan oleh beliau akan menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat terhadap PR.

Pemimpin yang berjiwa berani tapi mestilah bertempatan dengan keadaan dan iklim perubahan yang cuba dibawa oleh pemimpin tertinggi PR. YB Zulkifli merupakan insan yang agak istimewa dengan keberanian beliau menegur dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap apa jua isu namun perlulah melalui saluran tertentu agar perhubungan yang terjalin sekian lama antara parti-parti dibawah naugan Pakatan Rakyat tidak terjejas, Jangan kerana nila setitik ,rosak susu sebelangga. Jangan kerana keegoan menguasai diri lalu diperbodohkan oleh pihak lawan dan kini Umno bertepuk tangan melihat kekecohan yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan oleh YB Zulkifli adalah menyaman kerajaan yang lambat bertindak menangani isu khalimah Allah ini.

Saturday, January 16, 2010

Menteri kurang cerdik......Pejuang kalimah Allah patut buat bantahan.



Kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz boleh menyebabkan kekeliruan dikalangan rakyat yang sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Kenyataannya yang dibuat dengan membenarkan penggunaan Kalimah Allah di Sabah dan Serawak merupakan kenyataan yang agak kurang cerdik dan boleh mempergaruhi keputusan Mahkamah rayuan nanti. Kalau dah disana boleh digunakan kalimah Allah,maka apa guna kita halang kalimah Allah digunakan disini kerana yang menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Serawak adalah dari agama yang sama yang memainkan isu ini. Kalau nak katakan bodoh, dia tu seorang menteri, mana mugkin seorang menteri boleh dilantik jika bodoh, mungkin kurang cerdik kot.

Namun apa jua yang diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini dengan Kalimah Allah yang telah menjadi kontrovesi dan mungkin menjadi semakin parah sekiranya Mahkamah membenarkan penganut kristian menggunakan kalimah tersebut di Malaysia. Apa yang penting ialah kefahaman yang jelas terhadap islam menjadi ukuran kepada masyarakat atau umat islam di negara ini, walaupun banyak diantara mereka yang melaungkan mempertahankan kalimah Allah pada hari ini , namun tidak ramai diantara mereka yang faham dengan islam yang dianuti mereka kerana mereka yang membakar dan membuat kerosakan kepada gereja-gereja adalah mereka yang langsung tidak faham dengan islam. Kerana islam tidak menyuruh dan membenarkan kerosakan dan kebinasaan terhadap tempat ibadat agama lain.

Mereka yang melaungkan memperjuangkan kalimah Allah hendaklah membuat satu bantahan terhadap Datuk Nazri Aziz yang membenarkan kalimah Alllah digunakan di Sabah dan Serawak. Dan bukannya pergi menzalimi tempat ibadat agama lain. Umno harus sedar apa yang mereka lakukan sekarang adalah mengundang lebih banyak masalah kerana penglibatan umno kali ini dalam memperjuangkan kalimah Allah adalah merupakan satu tujuan politik semata-mata , kerana setiap kali umno tersepit dengan banyaknya sokongna terhadap mereka berkurangan ,maka umno akan memainkan isu perkauman dan ini akan menyebabkan umno menonjolkan diri dalam memperjuangkannya dan rakyat terutamanya islam akan melihat umno sebagai pejuang islam kerana selepas ini perkara ini akan menjadi reda setelah kerajaan mengarahkan mahkamah tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama kristian. Skripnya dah ada dan mereka lebih suka melihat terjadinya perpecahan antara kaum dan dengan ini mudahlah mereka untuk mengambil hati rakyat dengan menjadi Juara Rakyat sedangkan merekalah yang mencurah api kemarahan dan mereka juga akan cuba untuk memadamkannya agar dapat dilihat sebagai Juara Rakyat... itu lah skripnya dan yang menjadi mangsa adalah NGO yang dipergunakan oleh umno untuk mereliasasikan rancangan mereka. Terutamanya NGO yang taksub dengan Umno seperti Pekida.

Sunday, January 10, 2010

Bakar Gereja....Masyarakat hilang sentiviti Dosa Pahala - Nik Aziz

harakahdaily melaporkan.....

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.

Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.

Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.

Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.

Thursday, January 7, 2010

Umno cuba mahu jadi hero.......Isu penggunaan kalimah 'Allah'




Siapa yang tidak kenal dengan Umno yang cuba untuk menjadi hero dalam isu penggunaan kalimah 'Allah', Kita lihat senario yang berlaku sebelum tercetusnya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada mulanya KDN telah mengarahkan majalah Herald supaya tidak menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan migguan mereka dalam bahasa Malaysia. Yang peliknya kenapa KDN tidak mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengharamkan penerbitan Herald dalam bahasa Malaysia kerana di negara ini semua orang melayu adalah Islam dan tidak relevan untuk mereka menerbitkan majalah mingguan mereka dalam bahasa Malaysia, melainkan ada agenda yang tersembunyi dalam menarik minat orang melayu islam untuk menukar agama, macamana KDN tidak dapat mempertahan ini sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen mereka, tapi apabila akhbar pembangkang yang mengeluarkan etikal yang menyentuh kerajaan terus diambil tindakan.

Keputusan mahkamah telah berpihak kepada Herald setelah mereka mendakwa KDN di Mahkamah. Apa yang peliknya berlaku disini adalah hakim yang mengendalikan kes tersebut iaitu Hakim Puan Lau Bee Lan yang merupakan seorang aktivis kristian dan mana mungkin beliau akan memenangkan KDN. Sedangkan di mahkamah Tinggi mempunyai ramai Hakim yang Islam dan Melayu yang mungkin akan menyebelahi kepada KDN. Disini kita boleh lihat dimanakah keperhatinan kerajaan dalam menangani kes ini.

Setelah keputusan mahkamah diputuskan dan tidak memihak kepada KDN kenapa KDN hanya menunggu sehingga seminggu baru buat rayuan sedangkan kes ini amat sensitif kepada rakyat melayu dan orang islam, sedangkan semasa kes kerajaan pakatan rakyat di Perak tak sampai 24 jam mahkamah istihar DS Nizar sebagai menteri besar Perak, terus diambil tindakan membuat rayuan dimahkamah dan mahkamah rayuan mengantung keputusan mahkamah tinggi. Tak sampai 24 jam, tapi berbeza dengan kes penggunaan kalimah Allah ini. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan perkara ini dilambatkan, mungkin ingin jadikan isu ini lebih hangat.

Selepas ini Umno dan kuncu-kuncunya akan mengadakan Demo dijalanan menentang keputusan mahkamah. Umno harus fikir dulu sebelum melakukan sesuatu kerana setiap apa yang dilakukan oleh umno boleh menyebabkan banyak kesan buruk, mereka hanya ingin menjadi hero dalam kes ini dan bila perkara ini selesai dan Yang DiPertuan Agong menyokong tindakan Perdana Menteri, maka umno akan dipandang oleh rakyat sebagi pembela agama, sedangkan merekalah perosak dan yang tidak mahu kepada agama dengan menolak Hukum-Hukum Allah yang dinyatakan dalam Al Quran. Sendiwara ini telah diatur begitu rupa agar apa yang dirancang akan menjadi kenyataan iaitu untuk menyentuh hati orang melayu yang mereka inilah 'Juara Rakyat' slogan terbaru mereka. sebenarnya "umnolah perosak rakyat".

Senarai Hakim Mahkamah tinggi......

1. Dato' Abdul Kadir bin Musa
DPMT
High Court Judge Kuala Lumpur (Appelate And Special Powers 2)

2. Dato' Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali
SIMP, DSAP, DIMP
High Court Judge Kuala lumpur (Appelate And Special Powers 4)

3. Tuan Mohamad Ariff Bin Md. Yusof
High Court Judge Kuala Lumpur (Appelate And Special Powers 2)

Dan Ramai Lagi...........

Wednesday, January 6, 2010

Curi injin jet macam curi pen dipejabat........jual kat pasar malam.



Kehilangan injin jet pejuang F-5E bagaikan satu kehilangan pen di pejabat dan didapat dijual dipasar malam, itulah tanggapan umum apabila hanya 2 orang yang akan didakwa iaitu anggota tentera udara yang berpangkat rendah. Kalau diamati dengan senario kehilangan injin tersebut ternyata proses untuk mengeluarkan injin itu bukannya mudah kerana mereka yang berpangkat rendah tidak mungkin dapat meluluskan ianya kelaur dari pengkalan tentera dan yang menjadi muskilnya pula ianya di jual kepada negara yang langsung tidak terfikir dek akal yang anggota itu mempunyai hubungan untuk menjual injin tersebut.

Dari amatan yang dibuat ini ternyata yang kena cekup tu mungkin yang sanggup jadi kambing hitam dan dibayar beberapa juta duit, itu kemungkinan saja dan yang diharapkan itu tidak berlaku. Mustahil tanpa peranan anggota yang berpangkat tinggi dalam menjalankan kerja mencuri ini kerana ianya melibatkan jutaan ringgit dan proses yang ketat untuk mengeluarkan injin tersebut dari negara ini. Tanpa kelulusan seorang yang berpangkat tinggi mana mungkin injin itu dapat dilesapkan.

Tuesday, January 5, 2010

Alangkah lemahnya pertahanan kita......yang curi injin pagkat rendah?



Alangkah terkejutnya apabila peguam negara mengumumkan orang terlibat dalam menjalankan kegiatan mencuri injin pesawat pejuang F-5E adalah daripada mereka yang berpangkat rendah dalam angkatan tentera udara Malaysia. Satu perancangan yang teliti daripada pihak yang mencuri ini dan ini adalah satu tektik mereka yang mahu lari daripada terkena tindakkan dengan meng'kambing hitam'kan pegawai yang berpangkat rendah.

Yang menghairankan ialah bagaimana polis yang begitu handal dalam menyelesaikan masalah jenayah koler putih tidak dapat mengesan penjenayah yang sebenar? Sedangkan rakyat menghabiskan duit mereka untuk membayar cukai dan diberikan kepada pegawai polis dengan latihan dan sebagainya dengan harapan mereka dapat mencari penjenayah yang sebenar, namun yang dapat hanyalah ikan bilis. Jerungnya dimana?Peguam negara agak bangga bila mengumumkan yang hanya pegawai tentera yang berpangkat rendah yang terlibat kerana beliau merasakan dapat menyembunyikan jerung yang sedang menganas dan bergembira dengan hasil jualan injin tersebut.

Negara kerugian dan rakyat yang menanggung akan kerugian tersebut, apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa adalah mencari dan menahan mereka yang betul-betul melakukan kerja yang boleh menjejaskan pertahanan dan juga ekonomi negara ini. Jika mereka yang ditangkap dan didapati bersalah haruslah dihukum seberat-beratnya kerana mereka adalah dari golongan yang telah belot pada negara dan mereka boleh dihukum dengan hukuman yang berat-seberatnya agar menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak terdetik dalam hati mereka untuk melakukan perkara yang sama. Mereka boleh dianggap sebagai 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mereka sudah tiada lagi maruah diri dan sesiapa yang bersetongkol dengan mereka ini haruslah merasa malu dan jijik untuk makan hasil dari perbuatan mereka itu kerana hasil itu dianggap sebagai najis yang paling hina.

Jika benarlah apa yang dimaklumkan oleh peguam negara ,hanya mereka yang berpangkat rendah sahaja yang terlibat, maka tentera Malaysia harus membuat latihan semula kepada pegawai mereka agar mereka dapat dibentuk untuk menjadi tentera yang bertanggungjawap dan taat setia pada negara dan tidak akan melakukan perkara yang boleh merugikan negara dan rakyat. Jika ini tidak dilakukan maka apabila mereka sudah memegang pangkat yang lebih tinggi, akan memudahkan mereka untuk mencuri harta kerajaan yang lebih besar dan boleh menyebabkan negara muflis dan rakyat menderita dari akibat mereka yang kurang didikan agama dan perasaan yang cintakan kepada negara.

Monday, January 4, 2010

Kerana gula....semut yang untung





Pepatah melayu ada menyatakan bahawa semut mati kerana gula, tapi kali ini kerana gula semut yang untung , apa tidaknya nak mengawal penyakit kencing manis kerajaan terpaksa menaikkan harga gula, semut berteriak kegembiraan kerana banyak gula yang berlebihan kerana manusia takut nak makan gula kerana takut kena penyakit kencing manis, sedangkan penyakit itu datangnya dari Allah SWT. Siapa kita yang dapat menahan apa saja yang didatangkan oleh Allah? Namun apa yang tidak difahami oleh rakyat bahawa kini kerajaan sedang dalam keadaan yang begitu tenat sehinggakan subsidi untuk gula pun diambilkan untuk menampung kekurangan dibahagian lain , Namun yang menanggungnya adalah rakyat yang terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.

Kalaupun nak melihat rakyat sihat tidak semestinya dengan menaikkan harga barang, menaikan harga barang bukan jalan penyelesaian. Harga rokok yang dinaikkan setiap tahun pun masih ada yang membelinya kerana mereka adalah penghisap yang tegar dan mereka mampu beli walaupun pada hakikatnya itu membebankan mereka dan keluarga mereka. Jalan penyelesainya adalah mudah iaitu mengamalkan dan menjalankan hukum-hukum Allah yang ternyata lebih berkesan dimana apa jua masalah dapat dibendung dengan pencegahan dan hukum-hukum yang Allah turunkan adalah pencegahan sebenarnya.

Oleh kerana rakyat sentiasa ditipu oleh pemerintah, alasan yang diberikan langsung tidak munasabah dengan keadaan sekarang dimana ekonomi dunia yang dalam keadaan yang tidak stabil. Rakyat perlukan pembelaan yang berterusan untuk memajukan diri dalam keadaan yang sangat mencabar ini.

Monday, December 28, 2009

Kalau polis tak ambil tindakkan....Orang Umno la tu buat Demo.





Polis yang hadir hanya beberapa orang sahaja.


Sepanjang demostrasi yang dibuat oleh mereka yang menyamar sebagi penyokong Pas tidak diambil tindakkan oleh pihak polis bermakna perhimpuanan tersebut adalah tajaan Umno, Polis yang datang hanya beberapa orang kerana mereka tahu yang datang bukannya orang Pas dan mereka lebih arif yang orang umno ni penakut nak buat demostrasi macam Pas buat. Selalunya jika Pas yang anjurkan sudah tentu FRU yang akan datang dan sudah pasti sebelum buat Demo dah ada yang ditangkap dan akan dihalau balik.

Tapi apa yang berlaku hanyalah sendiwara pihak Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kerana mereka dari Umno membuat target untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat pada January tahun Hadapan , dan ini telah diwar-warkan oleh orang Umno sendiri dan ini lah salah satu caranya mereka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kesian Umno yang kini ketandusan ideal dan mengupah entah dari mana datangnya mereka untuk buat demo dan menghantar memoradum kepada Hasan Ali.

Muka yang tersiar diblog-blog merupakan mereka yang sudah pastinya bukan dari penyokong Pas dan mereka yang memakai 'topi sudu' merupakan anak muda macam mat rempit saje dan yang mengetuai perarakan itu merupakan orang yang tidak pernah menghadirkan diri ke perhimpunan yang besar disebabkan beliau kelihatan lebih menonjolkan diri untuk bercakap dengan media dan ini bukan amalan orang Pas.

Kepada Umno Selangor dan kuncu-kuncunya, janganlah memperbodohkan diri untuk berteriak mengadakan Demostrasi itu kerana amalan orang Pas adalah berbeza, kena orang Pas Tak akan mengadakan Demostrasi untuk memberikan ideal, kerana kami ada saluran tertentu untuk kami luahkan dan kami lebih kepada perbincangan dan bukannya buat bantahan seperti kalian buat tu. Kami Pas hanya akan buat demostrasi jika ianya membabitkan bantahan kepada kerajaan saja.