Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Monday, February 1, 2010
BN kehabisan modal bila mempelawa pembangkang menyertai mereka.
Sebenarnya apa yang berlaku di Pulau Pinang hanyalah segumit asam garam berpolitik dan ini bolehlah dikatakan yang Pakatan Rakyat boleh dibawa berunding dan mendengar semua keluhan rakyat dan cuba untuk memperbaikinya. Berbeza dengan Umno/BN yang tidak boleh langsung ditegur dan hanya mengikut telunjukpemimpin tertinggi.
Rasanya apa yang dilakukan oleh Ku Li tempohari yang memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan merupakan orang yang tak makan saman dan tidak ada siapa yang berani menentang beliau kerana beliau merupakan aset yang penting bagi umno di Kelantan. Ku Li merupakan orang yang bertanggungjawap dalam perjanjian minyak ketika itu dan beliau menyatakan perkara yang benar malah diperkenan oleh Tuanku Sultan.
Berbeza dengan pemimpin umno yang lain takut menyatakan apa yang benar dan takut menegur jika pemimpin mereka melakukan kesalahan, Pakatan rakyat cuba untuk menyelesaikan apa saja masalah yang timbul untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin hari telah diterima oleh rakyat. Rakyat tidak rugi memilih kerajaan Pakatan Rakyat kerana mereka cuba untuk memenangkan hati rakyat agar tidak terkecundang dalam PRU akan datang.
BN mula rasa kurang selesa dengan keadaan ini dan mula untuk mematahkan segala usaha yang baik untuk rakyat yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. BN bukan lagi kerajaan yang boleh dipercayai dengan terlantiknya PM yang mempunyai rekod yang kurang baik yang banyak skandal dan masih belum dibersihkan lagi oleh beliau. Pakatan rakyat kini yang ternyata banyak memberikan yang terbaik untuk rakyatnya dan mula digangu gugat oleh BN dengan membuat perlawaan itu ini dalam memastikan YB dari Pakatan Rakyat lompat parti.
Apa yang berlaku di Perak merupakan satu anasir jahat yang dilakukan oleh umno untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli YB dari Pakatan Rakyat dan seterusnya merampas Perak dengan jalan yang begitu jahat sekali. Para penyokong Umno sebenarnya sudah nampak akan kejahatan yang dilakukan oleh umno selama ini namun oleh kerana duniawi dan kebendaan mereka terus menyokong dan cuba untuk mematahkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.
Dan kini mereka cuba untuk merampas Selangor dan juga Pulau Pinang. Hanya kerana perselisihan faham diantara pemimpin Pakatan Rakyat, umno sudah melebelkan PR sedang berpecah. Ini lah perasan orang yang mula takut dengan bayang-bayang sendiri dan mula merasakan mereka digugat oleh PR, kerana semakin hari rakyat nampak akan keikhlasan PR memerintah negeri dan membuat yang terbaik untuk rakyat, jauh sekali untuk menerima rasuah.
Umno yang boleh dikatakan rasuah sudah terbuku dalam darah daging mereka tidak akan berhenti disini dan akan terus menganggu gugat PR agar mereka boleh memerintah kembali Malaysia dengan mejoroti 2/3 dalam dewan. Namun apa yang perlu dilakukan oleh PR adalah menangkis segala tomahan dan membersihkan segala contengan yang dibuat oleh umno dan menyapu bersih segala daki yang melekat dibadan PR. PR perlu membuat pemutihan sebelum PRU akan datang kerana ini boleh mendatangkan mudarat kepada pakatan sekiranya pemutihan tidak dibuat, kerana kita kena cari pemimpin yang setia pada parti dan sedia berkhidmat untuk rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment