Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Thursday, February 11, 2010
Pelajar mati lemas di lombong .
FEB 10: 6.30 PM: Pelajar sekolah Pandan 2 ,tahun lima didapati mati lemas dilombong tinggal. Mohd Fauzi 11 tahun dari sekolah Kebangsaan Pandan, Kuantan dilihat bersama-sama 3 lagi rakannya pergi mandi di sebuah lombong yang sudah lama ditinggalkan yang berhampiran dengan sekolah berkenaan. Jarak hanya lima minit dari sekolah jika berbasikal memudahkan pelajar untuk pergi ketempat tersebut.
Pada pukul 4.00 ptg Bapa saudara mangsa menerima berita dari rakan mangsa dan bergegas ketempat kejadian, namun gagal untuk menyelamatkan mangsa memandangkan mangsa tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam didasar lombong tersebut. Beliau Sdr Daud dan isterinya merupakan orang yang pertama sampai ditempat kejadian dan telah membuat aduan polis. Pukul 5.15 petang sebilangan polis sampai dan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tiada kelengkapan menyelam. Anggota bomba dan menyelamat tiba kira-kira 6.15 petang dan berjaya menemui mangsa pada pukul 6.20 petang memandangkan tempat mangsa dipercayai jatuh tidak jauh daripada tebing lombong tersebut.
Mangsa merupakan anak yang ketiga daripada enam adik beradik merupakan seorang yang aktif dan mesra dengan semua orang. Ibunya yang baru saja lepas pantang untuk anak yang keenamnya berkata bahawa mangsa balik dari sekolah sesi pagi pada pukul 12.30 dan terus mandi serta makan tengahari dengan begitu banyak sekali dan mangsa juga makan yang biasanya tidak pernah dimakannya. Ibunya tidak dapat mengagak akan keanehan yang ditunjukkan mangsa dan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya kerana mahu kesekolah semula untuk latihan sukan, namun ibunya agak pelik memandangkan latihan sukan itu sepatutnya bermula pukul 5 petang namun mangsa tetap pergi kesekolah lebih awal tanpa menyatakan sebabnya.
Bapa mangsa merupakan seorang pemandu lori berada di Johor semasa kejadian. Beliau bergegas pulang setelah menerima berita dan tidak dapat memandu sehinggalah keluarganya yang datang untuk membantu. Beliau tiba dirumah hampir tengah malam dan perasaan sebak bila melihat anaknya terbujur kaku diruang rumahnya. Keluarga beliau menenangkan keadaan.
Cerita dari kawan mangsa yang bersamanya menyatakan bahawa mangsa dan seorang lagi rakannya telah terjun ke lombong tersebut ,manakala dua orang lagi hanya menjadi pemerhati dari atas. Apabila mangsa tidak timbul setelah terjun kedalam lombong tersebut telah larikan diri dan memberitahu kepada rakan lain untuk dilaporkan kepada ibubapa mangsa. Seorang lagi rakan mangsa tidak berjaya untuk membantu mangsa dan terus pulang kerumah kerana ketakutan.
Namun apa yang terjadi diharap dapat membuka mata semua orang dan penduduk di sekitar kawasan lombong tersebut agar memerhatikan pergerakan anak masing-masing supaya kejadian tersebut tidak lagi berulang, kepada pemerintah pula agar dapat berbuat sesuatu supaya perkara ini tidak lagi berulang. Walaumacamana sekalipun semua ini adalah kehendak Allah SWT dan tiada siapa yang dapat menegahnya, namun apa yang terjadi merupakan satu peingatan kepada kita.
Jenazah akan dikebumikan dikawasan pengkebumian terdekat dengan Taman Tas ria dan diuruskan oleh khairat kematian surau Al Amin Taman Tas Ria Kuantan. Mangsa akan dikebumikan pada pagi ini sebelum solat zohor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment