Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Tuesday, January 5, 2010
Alangkah lemahnya pertahanan kita......yang curi injin pagkat rendah?
Alangkah terkejutnya apabila peguam negara mengumumkan orang terlibat dalam menjalankan kegiatan mencuri injin pesawat pejuang F-5E adalah daripada mereka yang berpangkat rendah dalam angkatan tentera udara Malaysia. Satu perancangan yang teliti daripada pihak yang mencuri ini dan ini adalah satu tektik mereka yang mahu lari daripada terkena tindakkan dengan meng'kambing hitam'kan pegawai yang berpangkat rendah.
Yang menghairankan ialah bagaimana polis yang begitu handal dalam menyelesaikan masalah jenayah koler putih tidak dapat mengesan penjenayah yang sebenar? Sedangkan rakyat menghabiskan duit mereka untuk membayar cukai dan diberikan kepada pegawai polis dengan latihan dan sebagainya dengan harapan mereka dapat mencari penjenayah yang sebenar, namun yang dapat hanyalah ikan bilis. Jerungnya dimana?Peguam negara agak bangga bila mengumumkan yang hanya pegawai tentera yang berpangkat rendah yang terlibat kerana beliau merasakan dapat menyembunyikan jerung yang sedang menganas dan bergembira dengan hasil jualan injin tersebut.
Negara kerugian dan rakyat yang menanggung akan kerugian tersebut, apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa adalah mencari dan menahan mereka yang betul-betul melakukan kerja yang boleh menjejaskan pertahanan dan juga ekonomi negara ini. Jika mereka yang ditangkap dan didapati bersalah haruslah dihukum seberat-beratnya kerana mereka adalah dari golongan yang telah belot pada negara dan mereka boleh dihukum dengan hukuman yang berat-seberatnya agar menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak terdetik dalam hati mereka untuk melakukan perkara yang sama. Mereka boleh dianggap sebagai 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mereka sudah tiada lagi maruah diri dan sesiapa yang bersetongkol dengan mereka ini haruslah merasa malu dan jijik untuk makan hasil dari perbuatan mereka itu kerana hasil itu dianggap sebagai najis yang paling hina.
Jika benarlah apa yang dimaklumkan oleh peguam negara ,hanya mereka yang berpangkat rendah sahaja yang terlibat, maka tentera Malaysia harus membuat latihan semula kepada pegawai mereka agar mereka dapat dibentuk untuk menjadi tentera yang bertanggungjawap dan taat setia pada negara dan tidak akan melakukan perkara yang boleh merugikan negara dan rakyat. Jika ini tidak dilakukan maka apabila mereka sudah memegang pangkat yang lebih tinggi, akan memudahkan mereka untuk mencuri harta kerajaan yang lebih besar dan boleh menyebabkan negara muflis dan rakyat menderita dari akibat mereka yang kurang didikan agama dan perasaan yang cintakan kepada negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment