Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya semalam.


Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.


Kelmarin, sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.


Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.


Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.


"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.


"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.


Tambahnya, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.


"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.


Beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.


"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.


Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.


"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.


Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.


"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.


"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.


Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.


"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW," katanya.

Fahamilah kenyataan Nik Aziz



Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz telah menjadi isu hangat hinggakan ada yang mencadangkan ia dibawa ke majlis fatwa. Bagi mereka yang faham dan ikhlas, kenyataan TGNA bukan tiada asasnya. Cuma mereka yang pura pura tidak faham sahaja yang mempertikaikannya dan mengelirukan rakyat yang tidak faham.

Bagi sesiapa yang mengenal UMNO, dasar perjuangan, perlembagaannya, tindakan pemimpinnya pasti akan faham mesej yang disampaikan oleh TGNA.
Begitu juga bagi sesiapa yang memahami Islam dan akidah Islam itu sendiri juga akan memahaminya.

Sepatutnya bila seorang Ulama mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara kita sebagan seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyuluh dan menilai diri, adakah akidah dan perjuangan serta apa yang kita perjuangkan itu bertepatan dengan Islam itu sendiri atau tidak.

Kita tidak seharusnya melenting dan menyerang TGNA dengan pelbagai tuduhan. Bagi mereka yang bijaksana, mereka hanya perlu meminta TGNA memberikan hujah hujah yang menyokong pendapatnya.

Inilah yang diajar oleh Allah melalui rasulnya Nabi Muhammad yang dicintai.

Selepas itu jika di merasakan dan mendapati hujah hujah TGNA tidak betul dan tidak tepat maka perbetulkanlah dengan membawa hujah hujah yang betul.

Bukannya menyerang membabi buta yang akhirnya merosakkan ummah dan orang awam yang tidak faham terutamanya berkaitan dalam kidah Islam.

Sebenarnya ada beberapa golongan manusia yang cepat melenting dan menyerang membabi buta.

1. Golongan munafik.

Dalam fikiran golongan ini hanya satu. Ia itu ingin merosakkan umah dan Islam itu sendiri.

2. Golongan yang cerdik pandai tapi suka mengampu.

Golongan ini sanggup membuat apa sahaja atas kepentingan peribadi dan kelazatan dunia.

3. Golongan jahil dan sombong.

Golongan ini akan mempertahan sesuatu tanpa ilmu. Dan akan menutup telinga bila datang kebenaran.

4. Golongan jahil yang ikhlas.

Golongan ini suatu hari akan mudah mendapat hidayah bila diberi hujah hujah yang betul. Insaallah.

Sebab itulah golongan 1, 2 dan 3 tidak suka berhujah. Mereka lebih suka menyerang dan menghentam serta menggunakan orang lain sama ada agensi untuk menundukkan pihak lawan.

Bertafakurlah sejenak.

Selamilah hati.

Tanyalah kehendaknya.

Fahamilah sendiri.

Ustaz Nasa Saman Kickdefella 10 Juta...ingatan untuk semua blogger umno karat.


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap pengendali blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, yang didakwa telah menerbitkan artikel menjejaskan nama pemimpin itu. Kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Peguam Nasharudin, Ahmad Edham Mohamad mengesahkan kes itu difailkan dengan tuntutan melibatkan RM10 juta.

"Kes difailkan selepas tiada apa-apa respons positif daripada pengendali blog itu yang telah diberikan notis sebelum ini.

"Mungkin dalam dua minggu ini notis saman akan dikemukakan kepada beliau," kata beliau ketika dihubungi.

Rencana itu dikatakan antara lain melaporkan yang Nasharudin melobi mendapatkan projek perumahan dan pembalakan di Kelantan.

Nasharudin yang mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS awal Jun lalu juga telah menjadi sasaran kritikan berhubung isu idea perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS-Umno.-mstar


Wednesday, August 19, 2009

Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz




Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily. _

Thursday, August 13, 2009

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang cabar ketua pemuda Umno Pahang berdebat.



Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Suhaimi Saad telah mencabar ketua pemuda Umno Pahang Sdr. Abu Jimi Samad supaya berdebat dengan beliau dengan isu bertajuk "52 tahun Merdeka, siapa sebenarnya penghianat Melayu". dipetik dari blog beliau bahawa dia mendesak supaya saudara Abu Jimi tidak meniru atau terikut dengan kebaculan ketuanya Khairy Jamaludin yang takut berhadapan dengan Ustaz Nasarudin Tantawi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Turut diulasnya bahawa beliau akan menunggu respon dari Abu Jimi dengan cabaran itu dan berharap akan diadakan secepat mungkin dan beliau menambah lagi ,setelah Abu Jimi setuju dengan cabaran ini beliau akan membentuk satu sekretariat untuk membincangkan dan memastikan ianya berjalan lancar. Sekretariat ini juga berperanan untuk menentukan dimana nak diadakan debat dan siapa moderatornya.
Cabaran ini dilakukan oleh Ustaz Suhaimi setelah Abu Jimi dengan rasa bangganya berhasrat mengumpul 100,000 tandatangan dan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Mahyudin mengenai tuduhananya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghianat Melayu dan beliau telah berhadapan saman dari DSAI dan ini telah menyebabkan sokongan yang diberikan kepada beliau oleh pengampu dari Umno sendiri. Apa yang dilihat semasa perhimpunan yang dilakukan dihadapan bangunan Umno tempoh hari adalah terdiri dari semuanya orang Umno dan NGO yang diwar-warkan adalah orang dari Umno sendiri dan ini telah memberi kita gambaran yang orang Umno kemaruk dan takut dengan kebangkitan Rakyat menyokong DSAI. Mereka sebenarnya tidak tahu apa itu penghianat sebenarnya, Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya

1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu
2. Menganjur demonstarsi jalanan.

Kalau diikuti sejarah tanahair kita ,Umno pernah menganjurkan demonstarsi jalanan semasa awal penubuhan parti itu dan Umno jugalah yang cuba untuk menghapuskan hak orang melayu dengan menghapuskan pembelajaran bahasa jawi disekolah dan PPSMI dan banyak lagi, kalu difikirkan apa yang dilebelkan penghianat melayu adalah Umno itu sendiri.

Wednesday, August 12, 2009

Keislaman kepimpinan Umno......kenapa harus tunggu Pas lakukan.



Isu arak yang digemburkan oleh Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali adalah merupakan apa yang telah dijanjikan oleh Pas pada pilihanraya lepas dan sudah menjadi kewajiban sesiapa yang memerintah yang beragama islam supaya mengharamkan penjualan arak kepada orang islam. Apa yang menjadi masalahnya dengan kenyataan MB Ali Rustam yang mencabar agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat dengan isu ini yang dihalang oleh Exco lain. Apa yang kita faham ialah Ali Rustam cuba menjadikan dirinya popular kembali dengan menyentuh isu ini dan mungkin akan menjadi isu yang paling hangat masa kini. Setelah isu rasuahnya telah reda sedikit ,maka dia pun cuba untuk menjadi wira kepada Umno dan akan menarik kembali perhatian umum kepadanya.
Tapi dia sudah dicabar oleh Ketua Pemuda Pas Melaka supaya mengharamkan penjualan arak di Melaka. Sanggupkah Ali Rustam ini yang berkokok tak kena dengan tempat dan waktunya, kerana dia fikir Pas saja yang perlu dipersalahkan sekiranya apa yang diharamkan oleh Allah tidak dilakukan dinegeri yang Pakatan Rakyat memerintah. Dia tak terfikir ke yang dia tu orang islam, ke melayu saja? Telah menjadi tanggungjawab semua pemimpin islam untuk menjalankan hukum Allah di Malaysia ini. Kalau tidak dapat nak lakukan letak jawatan dan bagi kepada mereka yang benar-benar untuk menjalankan hukum islam dibumi ini. Kenapa harus menunggu Pas yang laksanakan? kemana perginya Mufti dan ulamak Umno yang begitu lantang mengkritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh Pas. Kenapa mereka para Ulamak Umno ini tidak nampak dengan kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan Umno sehinggakan sudah mencapai 50 tahun lebih berkuasa tapi masih tidak mampu untuk menjalankan hukum Allah di Malaysia?
Kemana perginya keislaman kepimpinan Umno selama ini. Apa yang mufti lakukan untuk menasihat pemimpin supaya melakukan dan menjalankan Hukum Allah ini. Jangan kerana kesenangan sedikit yang kamu dapat telah menyebabkan kamu lupa dan menyembunyikan hukum Allah. Tentunya mufti lebih tahu akan akibatnya. Kepada Ali Rustam pula , jangan kamu meludah ke langgit ,kelak jatuh menimpa kamu dan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memertabatkan hukum Allah disini haruslah bersama dengan Pas membantu dan bukannya menghina dan cuba melemahkan semangat orang yang cuba untuk menjalankan Hukum Allah.

Wednesday, August 5, 2009

Pemuda Pas akan siasat isu remaja diperalat

Pemuda PAS akan menyiasat dakwaan seorang anak seorang pemandu lori diperalatkan untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA, Sabtu lalu, dengan memberinya "baju merah untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan".

"Kami akan siasat perkara ini berhubung dakwaan seorang bapa itu. Kita tak paksa orang menganggotai Unit Amal.

"Kita akan siasat dengan Pemuda Pulau Pinang untuk dapatkan maklumat lanjut," katanya setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad.

Kamaruzaman, yang juga timbalan pengerusi sekretariat himpunan tersebut, berkata keahlian Unit Amal disertai sukarela, termasuk penyertaan dalam demonstrasi 1 Ogos lepas.

Mengakui unit tersebut turut disertai remaja dan juga anggota dewasa, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan pemandu lori Abdul Aziz Ibrahim dan pembabitan anaknya Muhamad Azreen, 15.

"Kita tidak paksa mereka untuk hadir ke perhimpunan, kita hanya menggalak sesiapa yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kalau betul (ahli) Unit Amal (terlibat), kita akan keluarkan kenyataan," kata Kamaruzaman kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan Abdul Aziz dan anaknya itu.

Agensi berita Bernama tidak menyebut unit tersebut dan parti pembangkang yang dimaksudkan tetapi Abdul Aziz dipercayai merujuk Unit Amal PAS yang memakai baju merah pada hari demonstrasi baru-baru ini.

Pemandu itu dilaporkan berkata anaknya cedera di bahagian mata kanan dan mulut tetapi penganjur "bersikap lepas tangan selepas kejadian itu."

Muhamad Azreen dilaporkan dihantar pulang ke rumahnya di Permatang Rawa, pagi Ahad lepas.

Kamaruzaman mengakui terdapat dua lelaki dewasa yang menganggotai Unit Amal PAS Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung – dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau bagaimanapun tiada maklumat tentang 18 lagi anggota rombongan itu termasuk Muhamad Azreen, yang dilaporkan menaiki sebuah bas, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, selepas berakhir demonstrasi itu kira-kira 4 petang, beliau bersama Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menziarahi kedua-dua lelaki dewasa itu di hospital berkenaan.

Tambahnya, seorang daripada dua lelaki itu mengalami kecederaan belakang yang serius dan memerlukan pembedahan.

"Kita telah membuat tabung untuk membantu dua ahli Unit Amal tersebut. Kita jumpa doktor yang merawat, dan beri jaminan akan ditanggung bersama PAS," kata Kamaruzaman lagi.

Menurutnya lagi, beliau tidak dapat memastikan kecederaan yang dialami oleh seorang lagi mangsa kerana sedang tidur.

"Kita akan urus dengan Pemuda Pulau Pinang," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki tersebut tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) - seperti dilaporkan - sewaktu kunjungannya.

(Kalau dah dia sendiri bayar tambang dan dengan rela hati menyertai demo lagipun remaja tersebut telah menyertai Unit Amal lebih 3 tahun lalu, nak siasat apa lagi?, yang peliknya ayah dia tak tahu anaknya menyertai Unit Amal, Apa yang menjadi isu ialah Umno yang cuba untuk menjadikan isu ini jadi tumpuan kerana Pas tidak pernah memaksa ahlinya menyertai mana-mana perhimpunan bantahan, melainkan hanya menyeru untuk menyertai. Sebenarnya Umno benggang kerana ahli Pas tidak pernah meminta duit dan bantuan untuk menyertai mana-mana Demo.)

Monday, August 3, 2009

Luahan Zaid Ibrahim



Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin.

Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota.

Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan.

Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama.

Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis.

Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata.

Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua. Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka.

Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri.

Tapi nak ke mana lagi?

Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Di negara kita apa pun boleh dilakukan.

Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut.

Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

ISA yang haram dan bukannya perhimpunan yang haram


Rakyat dah tahu yang mana haram dan yang halal, hanya orang Umno-Bn yang tak tahu mana haram dan halalnya. Terdengar dari mulut Zahid Hamidi yang baru saja berbincang dengan yahudi menyatakan yang beliau pernah ditahan di Kemunting dan katanya lagi tidak perlu takut jika tidak bersalah. Ini lah kata-kata yang boleh disifatkan sebagai "bodek" Kalau nak dihuraikan satu persatu memang banyak yang tidak betul dengan apa yang diucapkan oleh Zahid Hamidi ini, dengan perlakuannya berjumpa dengan pemimpin yahudi sudah boleh membuatkan umat islam terguris inikan pula nak bercakap tentang benda yang haram dan halal.
Ramai pemimpin Umno-BN yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh GMI adalah satu yang salah kerana menggalakkan orang ramai berhimpun walaupun ianya telah diharamkan kerajaan dan polis hanya kerana GMI tidak dapt restu polis dan kerajaan untuk berhimpun dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kezaliman ISA dan kerajaan perlu menghapuskan atau memansuhkan terus ISA.Kerana tidak dapat permit dari polis maka semua yang berhimpun sabtu lalu dianggap haram, bagaimana pula dengan ISA? adalah ianya halal atau halal? Fatwa mesti dikeluarkan oleh majlis fatwa negara adakah ISA itu harus diteruskan atau ianya haram, jika semua mufti dan ulama' berdiam diri dengan perkara ini maka rosaklah minda rakyat yang beragama islam dan ini menyebabkan ada yang akan menyokong ISA semata-mata mereka mengikut orang lain atau merasakan perkara itu betul. Kalau ISA itu Haram, maka sesiapa yang meyokongnya akan berdosa dengan ALlah SWT.
Penderaan demi penderaan dilakukan oleh kerajaan untuk membolehkan dan menghalalkan ISA. Dengan mengunakan kemudahan dan jentera kerajaan seperti polis dan bomba, memberikan kita rasa terkilan setelah begitu banyak duit rakyat dikeluarkan dan dibelanjakan untuk membeli peluru pemedih mata dan asid untuk watercanon untuk dihadiahkan kepada rakyat yang membayar cukai. Sakit tenggok dan mata membuatkan sesiapa yang terkena terasa marah yang amat sangat kepada kerajaan.
Ada segolongan manusia dari Umno-Bn yang berkata perlunya ISA ini untuk membolehkan polis melakukan siasatan terhadap penjenayah. Kenyataan ini disangkal sama sekali kerana kita membayar berjuta ringgit kepada pasukan polis untuk membuat latihan dan research demi kecekapan polis itu sendiri, tapi kalau dah lapan tahun menyiasat tidakkah ini akan merugikan duit rakyat. Jika mencari bukti selama sebulan tidak ditemui polis, maka siasatan polis itu dianggap gagal inikan pula dengan tahanan yang sudah mencecah 8 tahun, apa yang disiasat oleh polis, dimana marwah anggota polis yan gagal untuk mencari bukti tertuduh dan menahannya tanpa bicara melebihi 8 tahun.
Boleh dikatakan semua parti politik yang bersifat membangkang mengencam tidakkan polis terhadap perhimpunan aman mansuhkan ISA. Oleh kerana rakyat yang datang untuk mansuhkan ISA tidak membawa apa-apa barangan atau peralatan yang menyalahi undang-undang negara dan kenapa FRU telah mengunakan kekerasan terhadap mereka. Dalam Islam semasa pemerintahan Syaidina Ali R.A telah memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk mmprotes dan menyatakan perasaan mereka. Dan Syaidina Ali pernah berkata kepada rakyat dan tenteranya ,"jika rakyat yang menentang aku tidak mengangkat senjata ,janganlah kamu perangi mereka".

Saturday, August 1, 2009

Mansuh ISA....Siapa menang dan siapa kalah?

aman
Benarlah apa yang dilaungkan oleh Najib iaitu rakyat diutamakan...itulah yang didengar dari peserta Protes ISA dan ini ada juga kebenarannya, Apa tidaknya, Rakyat yang berhimpun secara aman di Masjid Jamek, belum pun selesai sembahyang Zohor, polis sudah berkumpul dihadapan Masjid dan cuba menghalang orang ramai dari keluar dari Masjid untuk memulakan Bantahan terhadap ISA. Setelah selesai saja sembahyang dan orang ramai cuba untuk berkumpul diluar Masjid, mereka dihadiahkan oleh FRU dengan Gas Pemedih Mata, hinggakan polis yang berada sekitar masjid lari lintang pukang dan begitu juga dengan orang ramai dan cuba berkumpul kembali ke dalam Masjid.
Apabila keadaan sudah tenang maka wakil polis datang berbincang dengan orang ramai yang berada didalam kawasan Masjid. Apa yang tidak sedap dilihat ialah anak-anak kecil dan juga wanita yang singgah untuk menunaikan solat tapi dihadiahkan dengan Gas Pemedih Mata. Setelah selesai bebincang dan dibenarkan orang ramai keluar dengan diiringi oleh polis yang berpakaian seragam dan ini akan memastikan FRU tidak lagi mengganas. Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh orang ramai amatlah membanggakan kerana masing-masing tidak mengalah dan telah berjalan kaki ke kawasan perhimpunan kedua iaitu di Sogo dan ini menyebabkan kawasan Sogo bagaikan dibanjiri dengan lautan manusia dan tidak kurang 20 ribu yang berkumpul disana, itu tidak termasuk dengan orang ramai yang duduk ditepi jalan dan hanya memerhati dari jauh. Ramai yang diberkas dan kedengaran hampir mencecah 400 orang dan dibawa ke balai polis yang berdekatan.
Kawasan Sogo adalah tempat dimana ramai peniaga yang masih berniaga dan ini menyebabkan mereka rasa marah dengan polis berikutan dengan tindakkan ganas FRU yang telah menembak gas pemedih mata dan juga menyembur air asid dan menyebabkan barangan jualan mereka rosak dan ramai pelanggan mereka yang juga terdiri dari peserta Protes ISA. Sebenarnya mereka yang berniaga disana mendapat untung yang besar dengan kehadiran orang ramai dan yang paling untung ialah kedai makan. Apakah kesalahan rakyat yang cuba untuk menyedarkan kerajaan betapa zalimnya ISA. Kelihatan di warong kecil yang telretak berhampiran dengan Sogo telah menerima Gas Pemedih Mata dan menyebabkan ramai yang sedang makan disitu muntah dan sakit hati yang sangat kepada polis dengan tindakan yang tidak bermoral dan ganas. Mereka lupa yang bayar gaji mereka ialah rakyat yang membayar cukai dan bukannya Umno yang hanya diberikan kuasa untuk memerintah negara. Umno-Bn bukannya ada duit untuk bayar gaji mereka(polis) tetapi rakyat yang saban tahun membayar cukai dan dibalas balik dengan gas dan air beracun. Begitulah sekiranya polis merasakan mereka ini berkerja untuk Umno-BN dan bukannya menjaga keselamatan rakyat. Apa salahnya jika mereka yang berhimpun diiringi ke istana negara dan ikuti apa yag mereka mahu lakukan selagi mereka tidak melakukan keganasan, kerana niat mereka hanya untuk memastikan ISA dimansuhkan dan bukannya nak pergi berperang. Tiada senjata berbahaya mereka bawa, hanya air botol dan sedikit garam untuk pemberi tenaga.
Apa yang berlaku pada 1 Ogos adalah satu kebangkitan rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan Umno-Bn bahawa pada PRU 13 nanti akan dikuburkan Umno-BN sedalam-dalamnya dan tak mungkin akan bangkit kembali. Rakyat sekarang yang sudah tahu dan faham dengan perjuangan Pakatan Rakyat yang selama ini banyak membuat perubahan demi untuk rakyat seluruhnya, jika ada kepincangan ,itu adalah perkara yang boleh dirunding dan diperbetulkan.
Semasa di kawasan Sogo ada dua orang muslimat yang jatuh pengsan dan ramai yang gatal-gatal kerana terkena air asid yang dihadiahkan oleh FRU semasa berhimpun. Sebilangan besar telah berpecah dan ada yang berpatah balik dan ada juga yang terus berhimpun dan bergerak ke bangunan pejabat agong Pas di Jalan Raja Laut. Perhimpunan semakin besar dan ucapan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah memberikan semangat baru untuk meneruskan perjuangan. Sekali lagi rakyat dihambat dan disirami dengan asid dan juga gas pemedih mata, kali ini agak hebat kerana semua anggota polis berkumpul disitu dan menunggu geliran untuk mengganas. Sebahagian jalan ditutup dan ini memudahkan polis mengawal keadaan. Ramai yang dikejar dan ditahan, setelah rakyat yang tidak berdaya untuk melarikan diri setelah terkena gas dan asid menyebabkan mereka begitu mudah ditangkap oleh polis.
Disini kita lihat tiada siapa yang menang dan kalah tapi yang pastinya apa yang tersemat dihati rakyat kini adalah apa yang telah dilakukan oleh polis terhadap mereka dan Umno-Bn yang bertindak ganas kepada rakyat. Apa yang rakyat mahu adalah kesejahteraan didunia dan Akhirat dan keadilan yang saksama untuk semua orang tak kira siapa.
Sehingga sekarang pukul 2.30 petang 2 Ogos masih ada 53 orang yang ditahan dan sedang diusahakan oleh peguam Pakatan Rakyat untuk membebaskan mereka Insya'Allah.