Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, January 7, 2010

Umno cuba mahu jadi hero.......Isu penggunaan kalimah 'Allah'




Siapa yang tidak kenal dengan Umno yang cuba untuk menjadi hero dalam isu penggunaan kalimah 'Allah', Kita lihat senario yang berlaku sebelum tercetusnya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada mulanya KDN telah mengarahkan majalah Herald supaya tidak menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan migguan mereka dalam bahasa Malaysia. Yang peliknya kenapa KDN tidak mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengharamkan penerbitan Herald dalam bahasa Malaysia kerana di negara ini semua orang melayu adalah Islam dan tidak relevan untuk mereka menerbitkan majalah mingguan mereka dalam bahasa Malaysia, melainkan ada agenda yang tersembunyi dalam menarik minat orang melayu islam untuk menukar agama, macamana KDN tidak dapat mempertahan ini sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen mereka, tapi apabila akhbar pembangkang yang mengeluarkan etikal yang menyentuh kerajaan terus diambil tindakan.

Keputusan mahkamah telah berpihak kepada Herald setelah mereka mendakwa KDN di Mahkamah. Apa yang peliknya berlaku disini adalah hakim yang mengendalikan kes tersebut iaitu Hakim Puan Lau Bee Lan yang merupakan seorang aktivis kristian dan mana mungkin beliau akan memenangkan KDN. Sedangkan di mahkamah Tinggi mempunyai ramai Hakim yang Islam dan Melayu yang mungkin akan menyebelahi kepada KDN. Disini kita boleh lihat dimanakah keperhatinan kerajaan dalam menangani kes ini.

Setelah keputusan mahkamah diputuskan dan tidak memihak kepada KDN kenapa KDN hanya menunggu sehingga seminggu baru buat rayuan sedangkan kes ini amat sensitif kepada rakyat melayu dan orang islam, sedangkan semasa kes kerajaan pakatan rakyat di Perak tak sampai 24 jam mahkamah istihar DS Nizar sebagai menteri besar Perak, terus diambil tindakan membuat rayuan dimahkamah dan mahkamah rayuan mengantung keputusan mahkamah tinggi. Tak sampai 24 jam, tapi berbeza dengan kes penggunaan kalimah Allah ini. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan perkara ini dilambatkan, mungkin ingin jadikan isu ini lebih hangat.

Selepas ini Umno dan kuncu-kuncunya akan mengadakan Demo dijalanan menentang keputusan mahkamah. Umno harus fikir dulu sebelum melakukan sesuatu kerana setiap apa yang dilakukan oleh umno boleh menyebabkan banyak kesan buruk, mereka hanya ingin menjadi hero dalam kes ini dan bila perkara ini selesai dan Yang DiPertuan Agong menyokong tindakan Perdana Menteri, maka umno akan dipandang oleh rakyat sebagi pembela agama, sedangkan merekalah perosak dan yang tidak mahu kepada agama dengan menolak Hukum-Hukum Allah yang dinyatakan dalam Al Quran. Sendiwara ini telah diatur begitu rupa agar apa yang dirancang akan menjadi kenyataan iaitu untuk menyentuh hati orang melayu yang mereka inilah 'Juara Rakyat' slogan terbaru mereka. sebenarnya "umnolah perosak rakyat".

Senarai Hakim Mahkamah tinggi......

1. Dato' Abdul Kadir bin Musa
DPMT
High Court Judge Kuala Lumpur (Appelate And Special Powers 2)

2. Dato' Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali
SIMP, DSAP, DIMP
High Court Judge Kuala lumpur (Appelate And Special Powers 4)

3. Tuan Mohamad Ariff Bin Md. Yusof
High Court Judge Kuala Lumpur (Appelate And Special Powers 2)

Dan Ramai Lagi...........

2 comments:

  1. kalau UMNO betul sayangkan ISLAM mereka tak buang bahasa jawi, mereka tak akan cabut peruntukan sekolah agama, mereka tak akan halang kelantan laksanakan huhud, mereka akan buat undang undang murtad,dan macam macam lagi,Sekarang semua kuasa ditangan mereka,mahkamah pun mereka punya, segala akta dad peraturan pun mereka punya,hakim pun mereka punya polis pun mereka punya,KDN pun mereka punya.FRU pun mereka punya.Keputusan pun dah ada ditangan mereka.Jadi apa masalah nya.Bukan susah pun kita nak baca skrip ni.Kalau kes Nizar tak sampai 24 jam keputusan pun boleh terbatal,tak kecoh macm ni

    Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

    Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

    Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam

    Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima

    Patutkah UMNo mendebik dada mengatakan mereka sahaja yang memperjuangkan Islam

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Ayid, dengan pandangan enta ini baru ana tahu yang selama ini umno cuma bersendiwara dan menjadi dalang dalam semua hal yag melibatkan untuk mengurangkan manusia yang ada di Malaysia ini tertarik dengan Islam. "Umno perosak Islam"

    ReplyDelete