Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Sunday, January 10, 2010

Bakar Gereja....Masyarakat hilang sentiviti Dosa Pahala - Nik Aziz

harakahdaily melaporkan.....

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.

Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.

Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.

Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.

1 comment:

  1. Salam ya akhi,

    Apakah mereka tidak memahami akan ayat-ayat alllah. Mari kita lihat beberapa firman allah tentang isu tersebut.

    25. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahuinya. ( Surah Luqman 31:25 )


    83. Sesungguhnya telah dijanjikan orang kepada kami dan bapa-bapa kami dahulu, seperti ini. Ini tidak lain, hanya dongeng-dongeng orang dahulu.

    84. Katakanlah : Kepunyaan siapakah bumi dan orang yang diatasnya, jika kamu mengetahui ?

    85. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu mendapat peringatan ?

    86. Katakanlah : Siapa yang mempunyai tujuh langit dan yang mempunyai arasy yang maha besar ?

    87. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu takut kepadaNya ?

    88. Katakanlah : Siapa yang ditanganNya kepunyaan tiap-tiap sesuatu, sedang Dia memeliharakan dan tiada dipeliharakan, jika kamu mengetahui ?

    89. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Mengapa kamu mahu tertipu ?

    90. Bahkan Kami telah datangkan kebenaran kepada mereka, tetapi mereka berdusta. ( Surah Al-Mukminun 23:83-90 )

    61. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, mereka menjawab : Allah. Maka kemanakah mereka berpaling ?

    63. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang telah mati, mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada memikirkan. ( Surah Al-Ankabut 29:61 dan 63 )

    86. Yang mereka sembah, selain daripadaNya, tiadalah mempunyai syafaat, kecuali orang-orang yang mengaku dengan kebenaran, sedang mereka mengetahui.

    87. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab, Allah, maka bagaimanakah mereka berpaling ?

    88. Dan katanya : Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka ini kaum yang tiada beriman. ( Surah Az-Zukhruf 43:86-88 )

    ReplyDelete