Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, June 22, 2009

Malam kesenian islam




Tetap berbisa, Gabungan penceramah, penasyid dan blogger memantapkan dan menceriakan Malam Kesenian Islam di Taman Tas yang telah dianjurkan oleh Pas Taman Tas. Dengan kehadiran penonton yang agak ramai memeriahkan lagi suasana pada malam tadi. Majlis yang dipegerusikan oleh Sdr Abd Rahim telah dimulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Azhan Atan dan kemudian Ustaz Suhaimi memulakan ceramahnya dengan tajuk Isu semasa dan hiburan alternatif ,dengan bantuan LCD beliau telah menyampaikan dengan begitu bersemangat sekali dan sesekali beliau menyentuh isu yang terkini mengenai Kerajaan Perpaduan dan beliau menegaskan bahawa kerajaan perpaduan yang telah digemburkan oleh umno merupakan satu pembohongan dan ada agenda tersembunyi. "Sebelum ini tidak pernah Umno menyatakan Pas ikhlas tapi sebenarnya Umno yang tidak ikhlas."tegasnya. Ustaz Suhaimi juga mengupas dan memberi info yang terkini mengenai rasuah dalam Umno didepan penonoton yang hadir pada malam itu. Selesai saja Ketua Dewan Pemuda Pahang berucap, pegerusi majlis telah mengumumkan satu kejutan dengan menyerahkan majlis kepada blogger dan bekas Dj radio iaitu blogger Cucumatkilau saudara Shukri. Ternyata beliau masih lagi berbisa mengacarakan sesuatu majls hiburan, beliau telah menceriakan majlis pada malam itu dengan menceritakan pengalaman beliau mengendalikan blog Pahangdailyonline dan juga sebagai DJ. Sdr Azhan yang memulakan konsertnya dengan lagu trak kelima dalam albumnya. Beliau telah menyampaikan bebeapa buah lagu yang telah memukau hadirin dan ternyatalah beliau seorang yang begitu konsisten dalam kerjanya. Azhan telah menyampaikan lagu-lagunya yang kini terdapat di pasaran dan selang seli dengan nasihat serta pengalaman beliau dalam politik dan juga seni hiburan. Majlis telah diakhiri dengan Selawat kepada Rasullah SAW yang dipimpin oleh sdr Azhan sendiri. Walaupun malam digerimiskan dengan hujan tapi hadirin tetap menunggu keakhir persembahan sdr Azhan Atan, Tahniah Azhan semuga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment