Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, June 27, 2009

Kekecewaan pemimpin Umno dengan pembatalan kerajaan perpaduan- Rais celupar


Dengan berakhirnya Isu kerajaan perpaduan telah melegakan perasaan semua ahli Pas yang dulu rasa gundah kelana dan tercabar akan kesetian kepada pemimpin. Namun yang lebih tercalar dan merana adalah pemimpin Umno yang kini ternyata terkapai-kapai dengan mimpi yang tak menjadi kenyataan. Pemimpin Umno kini memainkan kembali isu kerajaan perpaduan setelah gagal dalam fasa pertama yang cuba melagakan pemimpin dalam Pas dan juga kepimpinan Pakatan Rakyat. Pada keseluruhan kepincangan yang berlaku pada masa ini melambangkan Pas lebih bersedia menghadapi segala krisis dan juga percubaan untuk melaga-lagakan kepimpinan. Tetapi apa yang kita boleh perhatikan Umno sekarang telah lemas dengan permainannya sendiri. Sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan yang mereka sanggup menjalankan kerjasama dengan Pas tanpa mengira apa saja syarat yang bakal dibuat oleh Pas. Perkara yang terdesak ini menyebabkan rakyat nampak akan kelemahan pentakbiran Umno-Bn. Rais Yatim yang kini terlalu lantang mengkritik Tok Guru Nik Aziz dan nampak akan kekecewaannya setelah dia sendiri lihat perkara ini tidak akan berjaya jika Tok Guru Nik Aziz menentang kerajaan perpaduan dengan Umno. Dan kenyataan Rais yang terbaru menyatakan bahawa Tok Guru kini merapu dan celaru dan tidak lagi akan menghiraukan kenyataan Tok Guru Nik Aziz kelak. Kenyataan Tok Guru dalam ceramah beliau baru-baru ini yang menyatakan Umno memperjuangkan nasianalis adalah sama dengan ajaran Ayah Pin kerana mereka menolak Islam, Umno melalui pemudanya di Kelantan telah membuat laporan polis dengan kenyataan Tok Guru, sebenarnya dengan laporan yang meluas oleh media arus pedana sedikit sebanyak telah membantu Tok Guru menjalankan kempennya pada PRK Manek Urai. Semua orang kampong sekarang sudah tahu akan kenyataan Tok Guru, kerana mereka tidak kesempatan datang ke ceramah Tok Guru dan mereka sekarang tahu yang perjuangan Umno dulu, kini dan selamanya adalah nasianalis dan bukannya memperjuangkan rakyat dan Islam, berbeza dengan Pas yang memperjuangkan Islam dan membantu rakyat dalam semua hal dan tidak mengira kaum yang selama ini telah dibuktikan oleh Tok Guru dalam pemerintahannya di Kelantan yang kini sudah melebihi 20 tahun memerintah. Ku Li pula dalam programnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak boleh menyamakan Umno dengan Ajaran sesat Ayah pin dan mengenang kembali dimana Tok Guru pernah bertanding dibawah tiket Umno semasa Umno begabung dengan Pas suatu ketika dulu yang tidak boleh dilupakan oleh Tok Guru kerana kianat Umno terhadap Pas. Ku Li sendiri harus sedar yang beliau pernah menubuhkan Semangat 46 sebuah parti politik yang pernah berkerjasama dengan Pas suatu ketika dulu, kenapa Ku Li sudah lupa dengan S46? yang suatu ketika dulu segala tomahan telah diterbitkan dari mulutnya mengutuk Umno, kenapa kini beliau menjilat kembali, dimana pendiriannya. Sebelum nak mengata orang fikir dulu dan kenang kembali sejarah hidup anda Ku Li... Nampak sangat Umno sekarang dalam kelemasan dalam mendapatkan kembali sokongan rakyat. Mereka harus sedar dan mengkaji semula peranan mereka kepada rakyat, sekarang bukan macam dulu lagi kerana rakyat sudah dapat menilai mana yang baik dan tidak, rakyat kini telah mempunyai suatu idologi yang berbeza dan faham dengan mainan politik dan dapat memilih siapa yang layak memimpin mereka. Jika di Izin Allah swt Pas menang lagi di Manek Urai maka ternyatalah rakyat menolak Umno-Bn dan juga kepimpinan Najib. Selamat mengundi kepada rakyat di Manek Urai dan buatlah pilihan yang bijak demi sejahteraan Ummah dan kedaulatan Islam dibumi ini.

No comments:

Post a Comment