Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, June 23, 2009

kajian PPSMI







Setelah sekian lama dipertahankan PPSMI maka kini terbuktilah ianya lemah dan gagal dalam kajian yang telah melibatkan pelajar yang dianggap malang sekali kerana menjadi bahan uji untuk memuaskan hati seseorang yang cuba menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang begitu penting dan lebih penting dari bahasa melayu sendiri, siapa yang mempertahankannya kalau bukan Umno yang tidak nampak akan risiko yang akan ditanggung oleh murid-murid melayu dan miskin terutama yang tinggal di kawasan luar bandar, apa salahnya kalau mahu menjadikan orang melayu pandai bahasa Inggeris, pastikan dulu guru-guru yang ada mengajar bahasa Inggeris itu sendiri dengan betul dan memasti murid tidak tercicir dari penguasaan bahasa Inggeris, maka dengan itu dapatlah mereka menguasai kesemua mata pelajaran atau soalan dalam bahasa Inggeris dan dapat dijawab dengan mudah kerana mereka tahu dan faham bahasa Inggeris.

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PEMBINA mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.
  1. Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, peningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
  2. Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
  3. Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009),

Jika perkara ini menjadi rujukan, maka ternyatalah PPSMI ini gagal sama sekali dan siapa yang rugi sebenarnya kalau bukan orang melayu, ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya tetapi telah ditidakan oleh satu sistem menyusahkan dan merugikan masa, tenaga dan wang rakyat serta pelajar itu sendiri. Siapakah yang akan menanggung semua ini? adakah kerajaan akan menghapuskan PPSMI, jika ya, bagaimana dengan pelajar yang gagal dalam PPSMI? adakah mereka akan menduduki semula peperiksaan dan bagaimana dengan perasaan ibubapa yang kecewa dengan keputusan anak-anak mereka? Kenapa PPSMI tidak dikaji dengan lebih mendalam sebelum melaksanakannya? Kenapa? kenapa? dan kenapa? tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment