Harakahdaily Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu. "Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. "Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online. Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan. "Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen. "Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang. Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002. Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan. "Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak. "Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._ |
Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

Followers
Monday, June 29, 2009
Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Saturday, June 27, 2009
Edisi Pahang: Isu Pencemaran Asap Serta Habuk Kilang Batu Bata, Penduduk Kecewa Dengan Janji Manis YB ADUN Panching Mengatasi Masalah Ini
Petikan dari pahangdaily.blogspot.com

Adalah difahamkan, tanah tapak kilang terbabit adalah hak milik sebuah sekolah agama yang berdekatan iaitu KAFA As-Syarif. Ini menyebabkan masalah timbul, bilamana diajukan persoalan tentang pencemaran terbabit maka pihak sekolah seringkali menyatakan bahawa kilang bata itu akan ditutup dalam masa terdekat. Namun, setelah beberapa tahun berlalu namun ceritanya masih tetap sama. Sampai bilakah mereka harus begini?
Yuran Sekolah Naik, Kilang Terus Beroperasi
Para penduduk terus mengalami masalah yang berkaitan. Malah pihak sekolah juga sering memberi kenyataan berupa amaran "lisan" kepada para penduduk setempat, sekiranya kilang bata itu dipindahkan maka pihak sekolah akan kehilangan sewa sebanyak RM14,000 setahun. Malah, pihak sekolah juga mengatakan bahawa sekiranya kilang itu dipindahkan maka mereka terpaksa menaikkan kadar yuran bulanan sekolah sebanyak RM2, dari RM10 kepada RM12 sekarang. Perkara ini dinyatakan oleh seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan. "Saya amat kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang seolah-olah tidak melihat masalah pencemaran udara dan kesihatan dan keselamatan pelajar itu yang lebih diutamakan. Malah mereka lebih melihat keuntungan semata-mata. Sedangkan mereka sanggup membiarkan para pelajar menghirup udara kotor, habuk serta asap setiap hari" tambahnya lagi. Malah, kami juga difahamkan kadar yuran sudah pun dinaikkan tetapi kilang bata tersebut tetap juga beroperasi seperti biasa.
Kewujudan kilang bata itu juga telah menyebabkan beberapa jalan utama disekitar taman perumahan terbabit turut mengalami masalah kerosakan. Ini kerana kenderaan berat mengangkut bata seringkali melalui jalan tersebut. Menurut sumber, kilang itu sepatutnya telah ditutup pada bulan Jun 2008 tetapi telah ditangguhkan sehingga Jun 2009. Malah, tambah mengecewakan penduduk kerana difahamkan operasi kilang tersebut khabarnya akan dilanjutkan sehingga tahun 2010 berdasarkan kepada permohonan pihak kilang yang telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Walau bagaimana pun permohonan itu tidak diluluskan oleh MPK. Ini menyebabkan pihak kilang telah memohon kerjasama dan menggunakan kuasa ADUN Panching, YB Zaili Besar untuk tujuan tersebut. Inilah yang mengecewakan penduduk!
Pemaju Perumahan Menipu Para Penduduk
Kini masalah yang berlarutan itu bukan sahaja menyusahkan penduduk setempat, malahan juga orang ramai yang melalui jalan kawasan tersebut. Tindakan berdolak dalih ADUN Panching berkenaan perkara ini amatlah dikesali, kerana itulah janji beliau semasa kempen Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu. Kini segalanya bagai sudah menjadi sebati dengan para penduduk. Mereka sudah tiada tempat lagi untuk mengadu dan membantu. Justeru itu difahamkan kini tindakan terakhir telah dilakukan oleh Pengerusi Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu, Encik Mohd Saad untuk mengumpul tandatangan penduduk bagi membantah penyambungan operasi kilang tersebut. Adalah difahamkan, masalah ini amat sukar di atasi penduduk kerana kilang tersebut telah sedia beroperasi sebelum taman berkenaan wujud disitu. Malah turut terlibat ialah taman yang berdekatan seperti Taman Tas Ria Fasa I, Taman Tas Mewah, Taman Tas Perdana dan sekitarnya. Difahamkan, penduduk juga kecewa dengan sikap lepas tangan pemaju perumahan kawasan terbabit iaitu Syarikat Perumahan Liew Seng. Ini kerana, ketika membuat promosi jualan rumah di kawasan itu mereka "menipu" pembeli dengan mengatakan kilang tersebut akan dipindahkan dalam masa terdekat. Namun selepas pembeli (penduduk) mendiami kawasan itu sejak sekian lama kini masalah itu terus berlarutan.
Difahamkan juga, pihak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar telah beberapa kali memantau keadaan yang berlaku itu. Namun, tindakan saman yang dikenakan oleh agensi terbabit telah dibayar oleh pihak kilang tanpa banyak masalah. Inilah yang membingungkan dan membelenggu sebahagian besar para penduduk Taman Tas Ria 2 dekat sini. Harapan mereka hanya satu, agar pihak Kerajaan Negeri Pahang prihatin dengan masalah ini dan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya. Jika keadaan ini terus dibiarkan, adalah dikhuatiri tahap kesihatan penduduk setempat akan terus bermasalah akibat pencemaran kilang terbabit.
[Pahang Daily Online amatlah berharap agar perkara ini dapat diatasi dengan seberapa segera. Ini adalah masalah rakyat dan tidak harus dipolitikkan. Malah, mereka yang terlibat juga adalah terdiri dari kalangan penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Malah Pengerusi KRT taman terbabit juga dikatakan proksi rapat ADUN Panching, YB Zaili Besar. Jangan menunggu sehingga menjelang pilihanraya umum akan datang, barulah pihak berkenaan turun padang konon mahu menyelesaikan masalah ini. Sampai bilakah rakyat harus ditipu dengan janji manis pemimpin terbabit. Perkara ini akan dibawa kepada pihak atasan dan media arus perdana TV3 jika tidak diselesaikan dengan segera. Usahlah berdiam diri dan lakukan kerja kebajikan yang dijanjikan untuk rakyat. Harga undi yang diberikan oleh rakyat haruslah dibalas dengan tindakan sewajarnya. Jika tidak, para penduduk setempat yang jumlahnya mencecah ribuan orang itu pasti akan "berpaling tadah" dan memberi undi kepada parti lawan dalam pilihanraya umum akan datang. Belalah rakyat yang ditimpa musibah ini dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Harapan rakyat adalah satu doa untuk kesejahteraan yang berpanjangan].
Kekecewaan pemimpin Umno dengan pembatalan kerajaan perpaduan- Rais celupar


Dengan berakhirnya Isu kerajaan perpaduan telah melegakan perasaan semua ahli Pas yang dulu rasa gundah kelana dan tercabar akan kesetian kepada pemimpin. Namun yang lebih tercalar dan merana adalah pemimpin Umno yang kini ternyata terkapai-kapai dengan mimpi yang tak menjadi kenyataan. Pemimpin Umno kini memainkan kembali isu kerajaan perpaduan setelah gagal dalam fasa pertama yang cuba melagakan pemimpin dalam Pas dan juga kepimpinan Pakatan Rakyat. Pada keseluruhan kepincangan yang berlaku pada masa ini melambangkan Pas lebih bersedia menghadapi segala krisis dan juga percubaan untuk melaga-lagakan kepimpinan. Tetapi apa yang kita boleh perhatikan Umno sekarang telah lemas dengan permainannya sendiri. Sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan yang mereka sanggup menjalankan kerjasama dengan Pas tanpa mengira apa saja syarat yang bakal dibuat oleh Pas. Perkara yang terdesak ini menyebabkan rakyat nampak akan kelemahan pentakbiran Umno-Bn. Rais Yatim yang


Mohd Fauzi Abdullah Calon PAS DUN Manek Urai

Tahniah kepada Mohd Fauzi dengan amanah yang perlu dipikulnya setelah menjadi pilihan atau calon mewakili Pas, Semoga beliau terus berjuang setelah selesai pilihanraya kecil Manek Urai tak kira menang atau kalah, semoga Allah swt menolong anda menang di Manek Urai nanti Insya'Allah.
Friday, June 26, 2009
Bapa Sallahuddin Ayub Meninggal
BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.
Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.
Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.
Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.
Thursday, June 25, 2009
Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz
| |
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini. "Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah. "Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular. Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya. "Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. "Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini. Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno. Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951. Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum. "Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu. "Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya. Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka. Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India. "Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya. Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam. "Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar. "Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya. Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_ |
Tuesday, June 23, 2009
kajian PPSMI

Setelah sekian lama dipertahankan PPSMI maka kini terbuktilah ianya lemah dan gagal dalam kajian yang telah melibatkan pelajar yang dianggap malang sekali kerana menjadi bahan uji untuk memuaskan hati seseorang yang cuba menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang begitu penting dan lebih penting dari bahasa melayu sendiri, siapa yang mempertahankannya kalau bukan Umno yang tidak nampak akan risiko yang akan ditanggung oleh murid-murid melayu dan miskin terutama yang tinggal di kawasan luar bandar, apa salahnya kalau mahu menjadikan orang melayu pandai bahasa Inggeris, pastikan dulu guru-guru yang ada mengajar bahasa Inggeris itu sendiri dengan betul dan memasti murid tidak tercicir dari penguasaan bahasa Inggeris, maka dengan itu dapatlah mereka menguasai kesemua mata pelajaran atau soalan dalam bahasa Inggeris dan dapat dijawab dengan mudah kerana mereka tahu dan faham bahasa Inggeris.
Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.
Kajian berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.
PEMBINA mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.
- Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, peningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
- Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
- Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009),
Jika perkara ini menjadi rujukan, maka ternyatalah PPSMI ini gagal sama sekali dan siapa yang rugi sebenarnya kalau bukan orang melayu, ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya tetapi telah ditidakan oleh satu sistem menyusahkan dan merugikan masa, tenaga dan wang rakyat serta pelajar itu sendiri. Siapakah yang akan menanggung semua ini? adakah kerajaan akan menghapuskan PPSMI, jika ya, bagaimana dengan pelajar yang gagal dalam PPSMI? adakah mereka akan menduduki semula peperiksaan dan bagaimana dengan perasaan ibubapa yang kecewa dengan keputusan anak-anak mereka? Kenapa PPSMI tidak dikaji dengan lebih mendalam sebelum melaksanakannya? Kenapa? kenapa? dan kenapa? tepuk dada tanya selera...
Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara. ![]() "Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. "Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi." Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh. |
Monday, June 22, 2009
Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini. Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham. Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan. "Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya. Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar. Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan. Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_ |
Malam kesenian islam


Tetap berbisa, Gabungan penceramah, penasyid dan blogger memantapkan dan menceriakan Malam Kesenian Islam di Taman Tas yang telah dianjurkan oleh Pas Taman Tas. Dengan kehadiran penonton yang agak ramai memeriahkan lagi suasana pada malam tadi. Majlis yang dipegerusikan oleh Sdr Abd Rahim telah dimulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Azhan Atan dan kemudian Ustaz Suhaimi memulakan ceramahnya dengan tajuk Isu semasa dan hiburan alternatif ,dengan bantuan LCD beliau telah menyampaikan dengan begitu bersemangat sekali dan sesekali beliau menyentuh isu yang terkini mengenai Kerajaan Perpaduan dan beliau menegaskan bahawa kerajaan perpaduan yang telah digemburkan oleh umno merupakan satu pembohongan dan ada agenda tersembunyi. "Sebelum ini tidak pernah Umno menyatakan Pas ikhlas tapi sebenarnya Umno yang tidak ikhlas."tegasnya. Ustaz Suhaimi juga mengupas dan memberi info yang terkini mengenai rasuah dalam Umno didepan penonoton yang hadir pada malam itu. Selesai saja Ketua Dewan Pemuda Pahang berucap, pegerusi majlis telah mengumumkan satu kejutan dengan menyerahkan majlis kepada blogger dan bekas Dj radio iaitu blogger Cucumatkilau saudara Shukri. Ternyata beliau masih lagi berbisa mengacarakan sesuatu majls hiburan, beliau telah menceriakan majlis pada malam itu dengan menceritakan pengalaman beliau mengendalikan blog Pahangdailyonline dan juga sebagai DJ. Sdr Azhan yang memulakan konsertnya dengan lagu trak kelima dalam albumnya. Beliau telah menyampaikan bebeapa buah lagu yang telah memukau hadirin dan ternyatalah beliau seorang yang begitu konsisten dalam kerjanya. Azhan telah menyampaikan lagu-lagunya yang kini terdapat di pasaran dan selang seli dengan nasihat serta pengalaman beliau dalam politik dan juga seni hiburan. Majlis telah diakhiri dengan Selawat kepada Rasullah SAW yang dipimpin oleh sdr Azhan sendiri. Walaupun malam digerimiskan dengan hujan tapi hadirin tetap menunggu keakhir persembahan sdr Azhan Atan, Tahniah Azhan semuga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
Friday, June 19, 2009
Umno dan Media melagakan kepimpinan
Wednesday, June 17, 2009
UBN Terus Melakukan Kesilapan Yang Sama
Catatan dari Mohd Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com)
BIASANYA orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh! Orang yang tidak bersekolah. Otaknya lembab dan bebal. Kurang sel! Orang cerdik tidak akan melakukan kesilapan lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya dua kali. Kesilapan kali pertama boleh dikatakan kerana kelemahan semula jadi manusia kerana dia adalah mahluk dicipta bukannya Pencipta.
Manakala kesilapan kali kedua kerana kesilapan pertama tidak diperbaiki disebabkan kelalaian ataupun kekurangan ilmu. Tetapi kalau melakukan kesilapan yang sama lebih daripada dua kali ternyata orang itu bodoh. Bodoh sengoti, kata orang Kelantan. (Tak faham sila telefon).
Apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat janji untuk menjadikan kawasan Manik Urai sebagai anak angkat sekiranya UBN memenangi pilihan raya kecil 14 Julai nanti, ia satu janji dan strategi politik yang bodoh.
Kata Mustapa bila dijadikan anak angkat kawasan itu akan dibawa banyak projek. Pembangunan prasarana akan dibina di kawasan berkenaan. Maka akan jadi bermanik-maniklah Manik Urai!
Orang Manik Urai hanya mengangguk-ngangguk mendengar janji itu dan bila sampai di rumah mereka akan tersenyum sendiri dan akan dikongsi dengan bini dalam selimut, geli hati dengan janji Menteri MITI itu. Mustapa sudah silap bila menabur gula yang sama kepada kumpulan semut yang sudah ‘celika’ dan tahu akan tujuan gula itu ditabur. Orang Manik Urai bukan bodoh. Mereka sudah celik mata dan 'celik' telinga.
Cara janji Mustapa itu juga cuba merendahkan taraf pemikiran dan politik orang Manik Urai. Walaupun mereka duduk jauh di pedalaman tetapi mereka tahu apa yang berlaku di sekitar dunia luar. Apa lagi mengenai politik yang merupakan sebahagian menu sarapan pagi mereka di kedai-kedai kopi yuang berderetan di Manik Urai. Benar mereka tidak tahu mengenai pasaran saham Hong Kong, Jepun, London atau Amerika, tetapi mereka tahu bagaimana denyut nadi politik Pas dan Umno. Jantung politik Pas dan Umno Kelantan sentiasa dalam dada mereka.
Mereka tahu dan kenal siapa dia Annuar Musa. Apa yang Annuar pernah lakukan. Apa dosa-dosa besar dan dosa kecil Annuar. Dengan siapa Annuar digossipkan. Begitu juga mereka tahu dan kenal siapa dia Husam Musa. Bahkan kalau disebut baju petak-petak merah pun mereka sudah kenal wajarnya. Itulah menunjukkan orang Manik Urai sangat ‘makrifah’ dengan dunia politik siasah.
Janji sebegitu bukan yang baru bagi UBN. Janji itu adalah perulangan janji-janji lama yang meloyakan. Di mana-mana ada pilihan raya, janji-janji lunak begitu berlori-lori ditaburkan. Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas akhir tahun 2006 dulu itulah juga janji yang ditaburkan. Mulut itu jugalah yang mengukir janji berkenaan. Kalau Pengkalan Pasir dimenangi UBN, kawasan itu kononnya akan dimajukan segala prasarana akan dibawa ke situ.
Mendengar segala janji ditaburkan pada masa itu seolah seluruh kawasan Pengkalan Pasir akan padat dan penuh dengan projek. Seolah-olah seluruh jalan di kawasan itu bukan lagi diturap dengan tar tetapi diturap dengan gansa dan perak. Tiang lampunya diperbuat dari testil. Setiap orang di Permatang Pasir bukan lagi pakai baju pagoda tetapi pakai baju besi...
Tetapi apa jadi selepas UBN memenangi kawasan berkenaan? Nah, tegok dan pergilah jenguk sendiri. Pengkalan Pasir masih menjadi pengkalan yang berpasir dan dilanduni air bila hujan lebat turun. Longkang masih tersumbat dan jalan belum sempurna sepenuhnya. Apa yang ada kini nasib baiklah kerajan Pas yang sesak dan miskin lakukan. Kalau harapkan kepada UBN habuk pun tadak!
Strategi berjanji tetapi tidak tunai tidak diterima rakyat lagi. Cara Mustapa lakukan salah. Ia tidak akan mengubah pendirian orang Manik Urai. Orang Manik Urai tidak pun akan merasa terhibur dengan janji-janji demikian. Mereka juga tahu hanya seminggu dua ini sahaja pembesar negeri singgah di kawasan mereka. Selama ini mereka sunyi dan hidup di kalangan mereka sahaja. Tiada ada mana-mana pembesar yang berkunjung ke tempat mereka jauh sekali untuk duduk-duduk bersembang di atas jemburan atau tangga.
Kerana itu mereka tidak merasakan orang lain sebagai pemimpin mereka, melainkan Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil saja. Kerana Pak Su Weillah yang bersiang bermalam dengan mereka. Apa orang nak bilang pada Pak Su Weil, tetapi Pak Su Weillah hero mereka. Pak su Weillah tempat menggantung harap!
Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang, seorang anak raja yang berjiran dengan kawasan mereka, seorang pakar ekonomi dan hampir-hampir nak jadi Perdana Menteri, mereka tidak pun merasakan Tengku Razaleigh adalah pemimpin mereka.
Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai ada rumah tinggi atas bukit di Jelwang, mereka tidak merasakan Ramzi sebagai pemimpin mereka. Ataupun Zulkefli Yaacob bekas Adun Guchil (ada Mercedez putih) dan sepupunya Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Krai juga mereka tidak merasakan kedua ustaz itu sebagai pemimpin mereka. Yang mereka lihat dan ingat sebagai pemimpin dan tokoh mereka hanya Pak Su Weil. Sebab itu Pak Su Weil tidak pernah kalah dan boleh menang sampai lima kali. Walaupun Pak su Weil terbaring dalam ward tetapi masih menang sebagai timbalan ketua Pas Kuala Krai.
Kenapa keadaan jadi begini. Kerana selama ini tidak ada mana-mana orang nak pedulikan mereka. Nasib mereka dibiarkan dengan mereka sesama mereka saja uruskan. Kalau ada sesekali datang menjenguk pun kerana ada tujuan lain bukan ikhlas untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.
Jadi bila tiba-tiba seminggu dua ini baru ada pemimpin tergila nak singgah dan bertanya berapa harga pot (getah sekerap) sekarang, atau durian berbuah atau tidak, atau datang untuk bagi benih ikan keli, ia tidak memberi bekas. Mereka sudah tahu pertanyaan itu hanya menanam tebu di bibir mulut saja.
Kalau hanya seminggu dua ini baru ada pemimpin turun nak belajar toreh getah ia tidak juga merujakan mereka. Mungkin tupai, kera, musang genggalung dan 'kangka' binatang macam beruk tetapi kening putih bergerak secara melompat sahaja yang terkejut bila ada timbalan menteri tiba-tiba pergi toreh getah.
Mungkin segala unggas dan haiwan itu berfikir bahawa keadaan ekonomi negara ditangan Najib Razak ini sudah terlalu teruk sangat sampai timbalan menteri pun terpaksa mengambil upah toreh getah di Manik Urai!
Kalau Mustapa dan mana-mana pemimpin ikhlas dan suci hati nak bangunkan Manik Urai atau kawasan luar bandar jangan tunggu bila ada pilihan raya. Mustapa boleh jadikan mana-mana saja kawasan yang daif, ketinggalan untuk dijadikan anak angkat. Bila diambil anak angkat selepas ada pilihan raya jelas sangat ianya tidak ikhlas dan tindakan bermotif politik jangka pendek dan segera yang bodoh.
Jangan haraplah UBN akan mencapai kemenangan dengan cara itu. Melainkan kalau awal-awal lagi UBN jadikan anak angkat seluruh kawasan dimenangi Pas, mungkin ia akan membawa keuntungan kepada UBN. Bila ada pilihan raya kecil mereka tidak payah susah-susah lambakan janji manis, rasuah dan pasang papan tanda baru mengenai projek itu dan projek ini. Bila mereka sudah lama dianakangkatkan mereka sudah merasa dan bila ada pilihan raya mereka terus pilih UBN.
Tuesday, June 16, 2009
SENARAI PEMIMPIN PEMUDA PAS PUSAT

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar
Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman
Sunday, June 14, 2009
KULIAH DAN MALAM KESENIAN ISLAM DI TAMAN TAS

Pemuda Taman Tas akan mnganjurkan kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Suhaimi Saad selepas solat maghrib dan seterus akan diadakan malam amal kesenian islam iaitu konsert nasyid oleh juara nasyid TV9 Saudara Azhan bermula pukul 10.00 mlm, sebelum itu akan diadakan tanyangan LCD selepas solat Isya' bertajuk diambang Kiamat dan kemungkinan Ustaz Suhaimi Saad akan menyampaikan ceramah ringkas pada malam itu sebelum bermulaanya konsert tersebut dijemput beramai-ramai semua penduduk Taman Tas khasnya dan penduduk Kuantan Amnya untuk menghadirkan diri bersama-sama keluarga bagi memeriahkan konsert tersebut yang akan diadakan pada hari Ahah 21 June 2009 di Markaz Pas Taman Tas (Pasti Al-huda)
Saturday, June 13, 2009
Kembalinya Syeikh Fathi Yakan ke Rahmatullah
Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :
JANGAN MUDAH PERCAYA, Media sedang melagakan kita....
Waspadalah, kerana banyak yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi, mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat orang-orang yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwwah tersebut belum terurai dan para sahabat bercerai-berai.
Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya.
Suatu hal penting yang perlu anda perhatikan adalah, terkadang sikap anda membuat para pendengki menebarkan boleh hasutannya, seperti jika anda terlalu menampakkan cinta yang berlebihan terhadap sahabatmu di hadapan mereka. Mungkin anda mengira mereka suka melihatnya, kerana yakin bahawa seharusnya mereka seperti anda yang menyukainya, padahal mereka berbalik iri ketika mendengar ucapanmu. Bahkan kerana anda sering terlihat menjumpai sahabat, dapat memicu perasaan tidak suka, mereka cemburu dan dengki, lalu mencuba untuk menghancurkan kemesraan hubunganmu dengannya. Untuk itu, pandai-pandailah dalam mengungkapkan isi hati kepada sahabatmu ketika berada di tengah-tengah orang banyak.
Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah
Friday, June 12, 2009
KENYATAAN ANWAR BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN
11 Jun 2009
Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media UMNO-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-UMNO yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.
Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Baru Kembali
Tuesday, June 2, 2009
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh
Monday, June 1, 2009
20 ribu ahli kelab penyokong Pas
..Penulis adalah ketua Lajnah antara kaum di Pas cawangan Taman Tas, tugas ini kini terasa lebih senang untuk dilakukan dengan kefaham orang bukan islam terhadap islam dan ramai diantara mereka yang tidak lagi takut dengan Pas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli Kelab Penyokong Pas bolehlah menghubungi ana 013-9404449. atau layari http://tamantassyabab.blogspot.com untuk maklumat lanjut.