Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, August 29, 2009

Peranan Umno untuk menjayakan perarakan kepala lembu.




Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. "NGO Melayu yang mengadakan demo pada petang jumaat lalu telah didalangi oleh orangUmno yang mana cuba untuk membuat provokasi dan cuba menggulingkan kerajaan PakatanRakyat di Selangor." kata Dato' Mahfus Omar selaku Naib Presiden Pas.

Kejadian tersebut hanya diperhatikan oleh beberapa orang polis dan ini menunjukkan bahawa perhimpunan itu telah dirancang oleh Umno. Kalaulah NGO yang buat demo sudah pastilah FRU akan memantau perhimpunan itu. Apa yang dilakukan adalah seperti inginkan orang India terutama yang beragama Hindu akan marah kerana telah menghina agama mereka dengan berarak membawa kepala lembu yang melambangkan Tuhan bagi penganut agama Hindu.
Kenapa NGO yang berhimpun harus membawa kepala lembu sedangkan mereka boleh membuat himpunan tanpanya kan itu lebih elok dan bolehlah berbincang sebab perkara ini hanyalah sekadar mendirikan sebuah kuil dan bukannya kilang yang boleh membuatkan habuk dan menjejaskan kualiti udara dan kalau dipanjangkan masalah di tempat ana ,lagilah menyeksakan dengan habuk dari kilang yang begitu hampir dengan rumah kami dan masalah ini tidak diperdulikan oleh orang Umno kononnya rakyat didahulukan. Masalah kami di Taman Tas kuantan yang berkurun lamanya belum lagi diselesaikan oleh YB dikawsan ini kerana tiada apa yang boleh dilakukan setelah banyak kali sudah kita ketengahkan masalah ini dan sebagai pengajarannya Umno adalah parti yang begitu pandai menipu dan mempunyai banyak alasan yang boleh diberikan jika ada yang cuba untuk mempertikaikannya.

Kemana perginya FRU dan polis lain untuk mematahkan sebarang himpunan yang boleh menghina agama lain walaupun pada asalnya mereka hanya mahu membuat himpunan yang aman dan ini akan menyebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal sekiranya pihak lain yang cuba menghina Islam setelah membalas apa yang telah dilakukan oleh NGO melayu. Kalau kita cuba untuk membantah ap yang mereka lakukan ,mereka akan menyatakan yang orang Islam yang mulakannya. Kenapalah pada perhimpunan Isa dahulu tidak dilayan seperti yang berlaku di Shah Alam hanya memerhati sahaja , maka ianya akan dilebelkan perhimpunan aman membantah ISA. Tetapi apakan daya perhimpunan tersebut telah dikasari oleh FRU dan menyebabkan ramai yang tidak faham dengan polis dan FRU untuk siapa mereka bekerja dan apa yang mereka pertahankan.

Kesimpulannya yang boleh dibuat dengan apa yang berlaku di Shah Alam adalah satu perhimpunan yang boleh menyebabkan agama lain akan menghina agama islam dan umno akan mendabik dada menyatakan yang kerajaan Pakatan Rakyat yang bersalah menyebabkan ini berlaku dan rakyat tertipu lagi dengan permainan umno.

Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _

Friday, August 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus belum meninggal



Ramai yang menghantar SMS sejak dari semalam yang menyatakan Ustaz Ismail kamus meninggal dan sekarang ianya menjadi buah mulut orang ramai yang inginkan kepastian dengan berita tersebut. Mengulas kenyataan tersebut oleh Ustaz Shahzan dalam MHI TV3 beliau ada bertanya khabar kepada ustaz Ismail Kamus melalui SMS dan telah dijawap oleh Ustaz Ismail yang menyatakan beliau sihat dan akan pulang ke Malaysia hari ini dari Arab Saudi dan dengan ini menjawap segala pertanyaan dan ini jelas beliau belum meninggal dunia dan insya'Allah akan pulang ke tanah air pada hari ini. Kekeliruan ini berlaku berikutan kematian seorang tokoh dan Senator OKU pertama di Malaysia Prof. Datuk Dr Ismail Md Salleh, oleh kerana nama mereka seakan serupa dan menyebabkan SMS dari mereka yang tidak mahu mencari kesohehan kejadian telah mengelirukan masyarakat. Diharap kepada yang cuba menyampaikan berita hendaklah memastikan sesuatu berita itu betul dahulu barulah menyebarkannya agar tidak belaku salah faham dikalangan masyarakat. Sebenarnya menyampaikan berita yang betul itu adalah dipuji didalam islam dan janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Thursday, August 27, 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _Harakah Daily.

Wednesday, August 26, 2009

Tarbiah berkonsepkan hadhari ....Najib nampak alim.



Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan reaksi terhadap penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita.

Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. (Utusan Malaysia online)


Bergegar tahi telinga ana mendengar PM Malaysia menyebut ayat Tarbiah!!!! apa yang dia tahu tentang tarbiah, kalau nak tarbiah cuba dulu dengan yang dirumah iaitu isterinya sendiri agar memakai pakaian yang menutup aurat dan anak-anaknya yang kini sudah terlalu jauh terpesong.

Sungguh tak ku sangka apa yang aku dengar dari mulut PM Malaysia, Kalau nak dikirakan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kuantan tidaklah begitu berat kerana mengikut hukum dari Allah SWT adalah 40 rotan dan bukannya 6 rota bagi orang yang melakukan kesalah tersebut. jadi apa yang hendak di perjuangkan oleh pemimpin islam Malaysia sebenarnya, tidakkah takut kepada Allah SWT dan sanggup membuatkan umat islam terkeliru dengan kenyataan yang tidak berpandukan hukum Allah.

Kalaulah Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia nescaya ramai yang akan kecewa dan takut untuk melakukan dosa. Hanya kerana 6 rotan sudah seluruh negara kecoh dan dianggap zalim oleh ketua wanita umno. Kalaulah 6 rotan zalim ,bagaimana pula dengan ISA dan kalau nak ditarbiah rasanya dah lama tahanan dibebaskan , kenapa orang yang melakukan dosa dianggap mangsa dan yang tidak melakukan dosa dianggap penjenayah? Inilah Malaysia ,selagi ada pemimpin yang tidak tahu dan tidak memahami Islam, maka kita akan terus dibelenggu dengan dosa dan noda.

Mufti sebagai orang bertanggungjawap untuk melaksanakan hukum Allah di bumi ini ,kenapa membisu dengan isu ini? katakan sesuatu yang boleh mengajar pemimpin kamu yang buta dengan ajaran Islam dan perlu lah diingat bahawa anda tidak akan terlepas dari hukum Allah diAkhirat kelak.

Najib cuba menghapus dosa dengan rayuan


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum. ----------------------------------------
-------
Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.
-----------------------------------------------------------------
Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

Moral>>>>> Satu pehak kata tanggoh, sebab bulan Ramadhan, Satu lagi mempunyai ruang untuk merayu dan tidak sepatutnya redha semata-mata menerima hukuman. Aduh itu kan hukum Allah, semestinya kita redha.

Sumber mStar Online

"Dimanakah perginya rasa mahu menjalankan hukum Allah di malaysia ini, setelah apa yang diputuskan olehHakim Datuk Rahman dengan berpandukan hukum yang telah diwartakan dan membuat satu keputusan yang akan membuatkan umat islam takut dan tidak akan melakukan kesalahan yang sama, tetapi apa yang dititikberatkan oleh pemimpin Umno adalah menjaga dan mementingkan rasa belas kasihan dengan dosa yang dilakukan dan bukannya ingin membuatkan rakyat rasa insaf dengan dosa yang dilakukan ,kerana semasa melakukan dosa tiada seorang pun memikirkan tentang hukumannya kerana kerajaan sudah menanamkan dibenak setiap umat islam disini bahawa jika melakukan kesalahan dan dosa tidak akan dihukum menggunakan hukum Allah dan cuba memperkecilkan hukum Allah."

Kemenangan Pas dengan pertolongan Allah SWT.



Allah telah pun memakhbulkan doa setiap ahli Pas yang selama ini berdoa dan tidak lupa juga dengan gerak kerja pilihanraya yang telah ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dalam memenangkan calon Pas.
Kemenangan bergaya yang telah dikecapi ini adalah hadiah Allah kepada hambaNya yang bertakwa dan beriman dengan Allah SWT. Keikhlasan yang dihargai dan kejujuran menjadikan seorang calon itu menang pilihanraya pada kali ini dan apa yang dilihat dan diamati pada PRK kali ini membuktikan Pas dan Pakatan Rakyat sudah tersemat dihati pengundi bahawa perubahan perlu dilaksanakan untuk menjamin kehidupan yang sempurna dimasa yang akan datang Insya'Allah.
Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah keupayaan pada Pas dan PAkatan Rakyat menjadikan kemenangan ini sebagai satu tanggungjawap yang harus dipikul dan seharusnya membuat satu perubahan agar pengundi tidak terasa tertipu. Setelah bergelar sebagai Wakil Rakyat semestinya YB Mohd Salleh akan terus menerus mendekati rakyat yang diwakili dan membawa satu arus perubahan dari segi kehidupan dan juga ilmiah yang mendorong kepada pembentukkan sebuah tempat yang boleh dirasai keharmoniaannya oleh seluruh rakyat.
Kemenangan ini melihatkan majoriti merosot berikutan bilangan pengundi yang juga merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Apa yang pasti adalah kemenangan ini membuktikan yang apa berlaku di Manek Urai bukanlah kehendak semua rakyat di MAlaysia. Ianya juga membuatkan Bn semakin lemah dan kurangnya sokongan daripada rakyat walaupun banyak juga isu yang dicipta dan jentera pilihanraya yang begitu besar dan mewah masih belum dapat memikat hati pengundi yang sekarang begitu cerdik dalam membezakan yang mana tulen dan palsu. Penerimaan rakyat terhadap Pakatan rakyat bolehlah dikatakan bertambah baik dan memerlukan banyak lagi perubahan semoga rakyat boleh nampak yang Pakatan Rakyat benar-benar membawa perubahan dalam sistem pemerintahan dinegara ini.
Tahniah kepada YB Mohd Salleh Man dan jentera pilihanraya yang bertukus lumus memenangkan calon Pas. Selamat berpuasa dan banyakkanlah amalan yang baik di bulan yang mulia ini.

Tuesday, August 25, 2009

Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah...oleh Ahmad Lutfi Othman


Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum, bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya

Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.

Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM.

Tidak wajar berdiam diri

Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.

Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!

Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.

Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.

Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.

Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.

Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...

Lokasi strategik

Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka.

Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.

Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah.

Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".

Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.

Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan lokasi tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah." _

Monday, August 24, 2009

Apa kata Mufti dan Majlis Fatwa?..isu neraka untuk Umno.


Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Dengan penyiaran clip video yang sebenar semalam telah terbukti yang para Mufti dan majlis fatwa telah silap dan perlulah seorang mufti sebelum membuat sesuatu kenyataan supaya menyiasat dan bertanya dulu dengan induvidu yang mengeluarkan kenyataan dan ini boleh menyebabkan instusi Mufti dan majlis fatwa akan dipersoalkan oleh rakyat dengan peranannya sebagai instusi yang tertinggi dalam Islam. Pendedahan palsu yang dilakukan oleh media arus perdana yang pro umno telah melakukan kesalahan yang akan berhadapan dengan saman oleh Tok Guru Nik Aziz melalui peguam beliau Hanipa. Tindakan saman tersebut bukanlah melambangkan Tok Guru mata duitan tetapi untuk membersihkan nama yang telah dicemari oleh media pro umno supaya tidak lagi sesuka hati melaporkan perkara yang salah kepada rakyat. Umno sudah terkenal dengan pembohongannya dan ini telahpun ditunjukkan dengan mencalonkan seorang yang banyak masalah untuk bertanding di Permatang Pasir, kebanyakkan yang digemburkan oleh Pas tentang calon Umno itu berpandukan bukti dan fakta yang jelas dan semalam kerana dengan tekanan yang diberikan kepada bekas rakan kongsi Rohaizat dan menyebabkan saudara Yusri membuat kenyataan menghentam Pas yang mana telah pun memberinya pentas untuk mempertahan dirinya dari tuduhan liar oleh umno. Dari penilaian yang dibuat semasa saudara Yusri membaca teks ditangannya terlihat dimata dan tangannya yang terketar-ketar semasa membacanya dan nada bacaannya juga menampakkan dia tertekan semasa membacanya.

Sekarang Umno mahu buat apa saja untuk memastikan mereka menang di N11 Pematang Pasir. Termasuklah perkara yang terbaru dengan menggunakan wang sebagai modal untuk menjatuhkan kerajaan Kedah dan telah pun dapat membeli seorang lagi daripada wakil rakyat Lunas dan telah mengistiharkan keluar parti keadilan rakyat semalam. Kenapa ianya berlaku pada masa rakyat sedang sibuk memberi tumpuan pada N11?. Permainan yang sama juga telah dilakukan terhadap negeri perak dan semua tahu Pakatan Rakyat jatuh hanya dengan mata duitan dua orang Adun dari PKR dan sanggup menjual maruah mereka kepada Umno. Mengharapkan rakyat semuanya faham apa itu politik Umno-Bn yang palsu dan tidak lagi relevan berada di Malaysia, selagi Umno hidup disini maka makin ramai lagi yang akan ditipu dan dipersendakan oleh mereka serta mengkhianati bangsa melayu dengan perbagai penipuan dan penyelewengan duit rakyat oleh umno-bn.

Sunday, August 23, 2009

Perasuah Tegur Tok Guru ......layak ke?



Sekali lagi seorang perasuah yang terkenal di Melaka bersuara dan menegur Tok Guru Nik Aziz dengan isu yang sensasi sekarang sehinggakan majlis fatwa terpanggil untuk mengeluarkan fatwa baru tanpa menyiasat dan bertanya dahulu dengan Tok Guru. Bayangkanlah seorang yang digelar penjenayah yang paling dikehendaki dan sudah pasti akan masuk Neraka Allah SWT jika tidak bertaubat sanggup menyuarakan pendapatnya yang tiada nilainya dan tidak boleh diambil kira dalam perundangan islam. Beliau sepatutnya cerminkan diri dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap orang yang mengabadikan diri dengan perjuangan untuk menegakkan Islam.
Semalam dalam Kuliah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyentuh sedikit tentang kenyataan Tok Guru Nik Aziz, sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Nik Aziz adalah peringatan kepada orang yang menyokong Umno sekiranya Islam dan Iman diasingkan maka Nerakalah tempatnya. Ini merupakan peringatan yang harus semua orang hayati dan sekiranya orang Umno tidak faham dengan kenyataan Nik Aziz harus datang bertanya dan belajar serta selidik apakah yang dikatakan oleh Nik Aziz itu betul atau tidak dan bukannya melenting tanpa hujung pangkal dan terus menyerang Nik Aziz dan menggunakan majlis fatwa untuk kepentingan Umno itu sendiri." Tak masuk neraka seseorang jika kita katakan anda masuk neraka dan takkan masuk syurga jika seseorang katakan berkali-kali anda masuk syurga, sesungguhnya amalan kita dan juga iman kepada Allah yang diambil kira untuk masuk kesyurga Allah." katanya dalam kuliah ringkas di Masjid Al-Fatah Kuantan. Jika kita renungi sesungguh orang Umno ni takut masuk masuk Neraka, tapi apa yang dilakukan oleh mereka tidak sedikit pun rasa takut dengan Allah SWT. Seperti gejala penyakit sekarang A1H1, doktor berpesan kepada rakyat agar memakai topeng hidung dan mulut maka ramailah wanita yang takut mati memakainya tetapi dia lupa untuk memakai tudung kepala dan menutup auratnya sedangkan itu perintah dari Allah SWT ,bermakna mereka takut mati tapi tak takut dengan Allah SWT dan ini yang diajar oleh isteri-isteri pemimpin Umno supaya kamu mestilah menampakkan kepalsuan diri sebelum bertemu Allah SWT dan ini juga harus dijawap oleh majlis fatwa yang telah lama melihatnya tapi takut bersuara dan juga kepada Mufti-mufti yang selama ini asyik menghentam pembangkang. Kepada Ali Rustam ,cerminkan diri dulu baru boleh bersuara dan sedarlah yang kamu telahpun melakukan kesalahan dan sepatutnya bertaubatlah lebih penting bagi kamu sebelum kamu mengkritik tok guru.