Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Friday, August 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus belum meninggal



Ramai yang menghantar SMS sejak dari semalam yang menyatakan Ustaz Ismail kamus meninggal dan sekarang ianya menjadi buah mulut orang ramai yang inginkan kepastian dengan berita tersebut. Mengulas kenyataan tersebut oleh Ustaz Shahzan dalam MHI TV3 beliau ada bertanya khabar kepada ustaz Ismail Kamus melalui SMS dan telah dijawap oleh Ustaz Ismail yang menyatakan beliau sihat dan akan pulang ke Malaysia hari ini dari Arab Saudi dan dengan ini menjawap segala pertanyaan dan ini jelas beliau belum meninggal dunia dan insya'Allah akan pulang ke tanah air pada hari ini. Kekeliruan ini berlaku berikutan kematian seorang tokoh dan Senator OKU pertama di Malaysia Prof. Datuk Dr Ismail Md Salleh, oleh kerana nama mereka seakan serupa dan menyebabkan SMS dari mereka yang tidak mahu mencari kesohehan kejadian telah mengelirukan masyarakat. Diharap kepada yang cuba menyampaikan berita hendaklah memastikan sesuatu berita itu betul dahulu barulah menyebarkannya agar tidak belaku salah faham dikalangan masyarakat. Sebenarnya menyampaikan berita yang betul itu adalah dipuji didalam islam dan janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Thursday, August 27, 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _Harakah Daily.

Wednesday, August 26, 2009

Tarbiah berkonsepkan hadhari ....Najib nampak alim.



Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan reaksi terhadap penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita.

Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. (Utusan Malaysia online)


Bergegar tahi telinga ana mendengar PM Malaysia menyebut ayat Tarbiah!!!! apa yang dia tahu tentang tarbiah, kalau nak tarbiah cuba dulu dengan yang dirumah iaitu isterinya sendiri agar memakai pakaian yang menutup aurat dan anak-anaknya yang kini sudah terlalu jauh terpesong.

Sungguh tak ku sangka apa yang aku dengar dari mulut PM Malaysia, Kalau nak dikirakan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kuantan tidaklah begitu berat kerana mengikut hukum dari Allah SWT adalah 40 rotan dan bukannya 6 rota bagi orang yang melakukan kesalah tersebut. jadi apa yang hendak di perjuangkan oleh pemimpin islam Malaysia sebenarnya, tidakkah takut kepada Allah SWT dan sanggup membuatkan umat islam terkeliru dengan kenyataan yang tidak berpandukan hukum Allah.

Kalaulah Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia nescaya ramai yang akan kecewa dan takut untuk melakukan dosa. Hanya kerana 6 rotan sudah seluruh negara kecoh dan dianggap zalim oleh ketua wanita umno. Kalaulah 6 rotan zalim ,bagaimana pula dengan ISA dan kalau nak ditarbiah rasanya dah lama tahanan dibebaskan , kenapa orang yang melakukan dosa dianggap mangsa dan yang tidak melakukan dosa dianggap penjenayah? Inilah Malaysia ,selagi ada pemimpin yang tidak tahu dan tidak memahami Islam, maka kita akan terus dibelenggu dengan dosa dan noda.

Mufti sebagai orang bertanggungjawap untuk melaksanakan hukum Allah di bumi ini ,kenapa membisu dengan isu ini? katakan sesuatu yang boleh mengajar pemimpin kamu yang buta dengan ajaran Islam dan perlu lah diingat bahawa anda tidak akan terlepas dari hukum Allah diAkhirat kelak.

Najib cuba menghapus dosa dengan rayuan


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum. ----------------------------------------
-------
Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.
-----------------------------------------------------------------
Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

Moral>>>>> Satu pehak kata tanggoh, sebab bulan Ramadhan, Satu lagi mempunyai ruang untuk merayu dan tidak sepatutnya redha semata-mata menerima hukuman. Aduh itu kan hukum Allah, semestinya kita redha.

Sumber mStar Online

"Dimanakah perginya rasa mahu menjalankan hukum Allah di malaysia ini, setelah apa yang diputuskan olehHakim Datuk Rahman dengan berpandukan hukum yang telah diwartakan dan membuat satu keputusan yang akan membuatkan umat islam takut dan tidak akan melakukan kesalahan yang sama, tetapi apa yang dititikberatkan oleh pemimpin Umno adalah menjaga dan mementingkan rasa belas kasihan dengan dosa yang dilakukan dan bukannya ingin membuatkan rakyat rasa insaf dengan dosa yang dilakukan ,kerana semasa melakukan dosa tiada seorang pun memikirkan tentang hukumannya kerana kerajaan sudah menanamkan dibenak setiap umat islam disini bahawa jika melakukan kesalahan dan dosa tidak akan dihukum menggunakan hukum Allah dan cuba memperkecilkan hukum Allah."

Kemenangan Pas dengan pertolongan Allah SWT.



Allah telah pun memakhbulkan doa setiap ahli Pas yang selama ini berdoa dan tidak lupa juga dengan gerak kerja pilihanraya yang telah ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dalam memenangkan calon Pas.
Kemenangan bergaya yang telah dikecapi ini adalah hadiah Allah kepada hambaNya yang bertakwa dan beriman dengan Allah SWT. Keikhlasan yang dihargai dan kejujuran menjadikan seorang calon itu menang pilihanraya pada kali ini dan apa yang dilihat dan diamati pada PRK kali ini membuktikan Pas dan Pakatan Rakyat sudah tersemat dihati pengundi bahawa perubahan perlu dilaksanakan untuk menjamin kehidupan yang sempurna dimasa yang akan datang Insya'Allah.
Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah keupayaan pada Pas dan PAkatan Rakyat menjadikan kemenangan ini sebagai satu tanggungjawap yang harus dipikul dan seharusnya membuat satu perubahan agar pengundi tidak terasa tertipu. Setelah bergelar sebagai Wakil Rakyat semestinya YB Mohd Salleh akan terus menerus mendekati rakyat yang diwakili dan membawa satu arus perubahan dari segi kehidupan dan juga ilmiah yang mendorong kepada pembentukkan sebuah tempat yang boleh dirasai keharmoniaannya oleh seluruh rakyat.
Kemenangan ini melihatkan majoriti merosot berikutan bilangan pengundi yang juga merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Apa yang pasti adalah kemenangan ini membuktikan yang apa berlaku di Manek Urai bukanlah kehendak semua rakyat di MAlaysia. Ianya juga membuatkan Bn semakin lemah dan kurangnya sokongan daripada rakyat walaupun banyak juga isu yang dicipta dan jentera pilihanraya yang begitu besar dan mewah masih belum dapat memikat hati pengundi yang sekarang begitu cerdik dalam membezakan yang mana tulen dan palsu. Penerimaan rakyat terhadap Pakatan rakyat bolehlah dikatakan bertambah baik dan memerlukan banyak lagi perubahan semoga rakyat boleh nampak yang Pakatan Rakyat benar-benar membawa perubahan dalam sistem pemerintahan dinegara ini.
Tahniah kepada YB Mohd Salleh Man dan jentera pilihanraya yang bertukus lumus memenangkan calon Pas. Selamat berpuasa dan banyakkanlah amalan yang baik di bulan yang mulia ini.

Tuesday, August 25, 2009

Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah...oleh Ahmad Lutfi Othman


Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum, bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya

Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.

Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM.

Tidak wajar berdiam diri

Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.

Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!

Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.

Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.

Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.

Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.

Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...

Lokasi strategik

Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka.

Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.

Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah.

Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".

Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.

Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan lokasi tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah." _

Monday, August 24, 2009

Apa kata Mufti dan Majlis Fatwa?..isu neraka untuk Umno.


Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Dengan penyiaran clip video yang sebenar semalam telah terbukti yang para Mufti dan majlis fatwa telah silap dan perlulah seorang mufti sebelum membuat sesuatu kenyataan supaya menyiasat dan bertanya dulu dengan induvidu yang mengeluarkan kenyataan dan ini boleh menyebabkan instusi Mufti dan majlis fatwa akan dipersoalkan oleh rakyat dengan peranannya sebagai instusi yang tertinggi dalam Islam. Pendedahan palsu yang dilakukan oleh media arus perdana yang pro umno telah melakukan kesalahan yang akan berhadapan dengan saman oleh Tok Guru Nik Aziz melalui peguam beliau Hanipa. Tindakan saman tersebut bukanlah melambangkan Tok Guru mata duitan tetapi untuk membersihkan nama yang telah dicemari oleh media pro umno supaya tidak lagi sesuka hati melaporkan perkara yang salah kepada rakyat. Umno sudah terkenal dengan pembohongannya dan ini telahpun ditunjukkan dengan mencalonkan seorang yang banyak masalah untuk bertanding di Permatang Pasir, kebanyakkan yang digemburkan oleh Pas tentang calon Umno itu berpandukan bukti dan fakta yang jelas dan semalam kerana dengan tekanan yang diberikan kepada bekas rakan kongsi Rohaizat dan menyebabkan saudara Yusri membuat kenyataan menghentam Pas yang mana telah pun memberinya pentas untuk mempertahan dirinya dari tuduhan liar oleh umno. Dari penilaian yang dibuat semasa saudara Yusri membaca teks ditangannya terlihat dimata dan tangannya yang terketar-ketar semasa membacanya dan nada bacaannya juga menampakkan dia tertekan semasa membacanya.

Sekarang Umno mahu buat apa saja untuk memastikan mereka menang di N11 Pematang Pasir. Termasuklah perkara yang terbaru dengan menggunakan wang sebagai modal untuk menjatuhkan kerajaan Kedah dan telah pun dapat membeli seorang lagi daripada wakil rakyat Lunas dan telah mengistiharkan keluar parti keadilan rakyat semalam. Kenapa ianya berlaku pada masa rakyat sedang sibuk memberi tumpuan pada N11?. Permainan yang sama juga telah dilakukan terhadap negeri perak dan semua tahu Pakatan Rakyat jatuh hanya dengan mata duitan dua orang Adun dari PKR dan sanggup menjual maruah mereka kepada Umno. Mengharapkan rakyat semuanya faham apa itu politik Umno-Bn yang palsu dan tidak lagi relevan berada di Malaysia, selagi Umno hidup disini maka makin ramai lagi yang akan ditipu dan dipersendakan oleh mereka serta mengkhianati bangsa melayu dengan perbagai penipuan dan penyelewengan duit rakyat oleh umno-bn.

Sunday, August 23, 2009

Perasuah Tegur Tok Guru ......layak ke?



Sekali lagi seorang perasuah yang terkenal di Melaka bersuara dan menegur Tok Guru Nik Aziz dengan isu yang sensasi sekarang sehinggakan majlis fatwa terpanggil untuk mengeluarkan fatwa baru tanpa menyiasat dan bertanya dahulu dengan Tok Guru. Bayangkanlah seorang yang digelar penjenayah yang paling dikehendaki dan sudah pasti akan masuk Neraka Allah SWT jika tidak bertaubat sanggup menyuarakan pendapatnya yang tiada nilainya dan tidak boleh diambil kira dalam perundangan islam. Beliau sepatutnya cerminkan diri dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap orang yang mengabadikan diri dengan perjuangan untuk menegakkan Islam.
Semalam dalam Kuliah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyentuh sedikit tentang kenyataan Tok Guru Nik Aziz, sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Nik Aziz adalah peringatan kepada orang yang menyokong Umno sekiranya Islam dan Iman diasingkan maka Nerakalah tempatnya. Ini merupakan peringatan yang harus semua orang hayati dan sekiranya orang Umno tidak faham dengan kenyataan Nik Aziz harus datang bertanya dan belajar serta selidik apakah yang dikatakan oleh Nik Aziz itu betul atau tidak dan bukannya melenting tanpa hujung pangkal dan terus menyerang Nik Aziz dan menggunakan majlis fatwa untuk kepentingan Umno itu sendiri." Tak masuk neraka seseorang jika kita katakan anda masuk neraka dan takkan masuk syurga jika seseorang katakan berkali-kali anda masuk syurga, sesungguhnya amalan kita dan juga iman kepada Allah yang diambil kira untuk masuk kesyurga Allah." katanya dalam kuliah ringkas di Masjid Al-Fatah Kuantan. Jika kita renungi sesungguh orang Umno ni takut masuk masuk Neraka, tapi apa yang dilakukan oleh mereka tidak sedikit pun rasa takut dengan Allah SWT. Seperti gejala penyakit sekarang A1H1, doktor berpesan kepada rakyat agar memakai topeng hidung dan mulut maka ramailah wanita yang takut mati memakainya tetapi dia lupa untuk memakai tudung kepala dan menutup auratnya sedangkan itu perintah dari Allah SWT ,bermakna mereka takut mati tapi tak takut dengan Allah SWT dan ini yang diajar oleh isteri-isteri pemimpin Umno supaya kamu mestilah menampakkan kepalsuan diri sebelum bertemu Allah SWT dan ini juga harus dijawap oleh majlis fatwa yang telah lama melihatnya tapi takut bersuara dan juga kepada Mufti-mufti yang selama ini asyik menghentam pembangkang. Kepada Ali Rustam ,cerminkan diri dulu baru boleh bersuara dan sedarlah yang kamu telahpun melakukan kesalahan dan sepatutnya bertaubatlah lebih penting bagi kamu sebelum kamu mengkritik tok guru.

Friday, August 21, 2009

Serang peribadi bukan perkara baru bagi Umno



Serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dalam pilihanraya di Manek Urai terhadap YB Abg Uji calon Pas ketika itu telah menyebabkan tekanan perasaan oleh penjaja dan pemborong ikan ketika itu, adakah Umno lupa dengan semua itu? Walaupun yang kita saksikan sekarang ini pihak umno kurang dalam segi isu peribadi calon Pas di Permatang Pasir tapi masih ada lagi tuduhan liar yang dibuat agar calon Pas akan terkena terpias calon Umno, yang terbaru ialah dengan cerita dan tuduhan yang tiada bukti dan berniat jahat oleh blogger dan laman web pro umno telah menuduh calon Pas mengelapkan wang dari peruntukan sebanyak RM 600,000.00 dan ianya telah disanggah dan dicabar oleh pemimpin Pas agar pihak yang menuduh memberikan bukti dan buat laporan jika cerita dan tuduhan itu benar. Tapi perkara ini timbul hanya dimasa diadakan pilhanraya,
Kalau difikirkan orang Umno ini tidak akan berdiam diri jika mereka mempunyai bukti yang kukuh dan akan dibuat laporan dengan segera tanpa menunggu pilihanraya berlaku. Bermakna sekarang mereka sedang membuat dan mereka bukti untuk berniat jahat menjatuhkan krabiliti calon Pas. Sebenarnya apa yang dihebohkan tentang calon Umno bukanlah bersikap menyerang peribadi tetapi bersandarkan kepada fakta dan bukti yang ada dan diperkukuhkan oleh bekas rakan niaga calon Bn sendiri dan beliau yang selama ini dikambinghitamkan oleh Umno demi untuk memenangkan calon BN. Semua tahu jika seseorang yang mempunyai prestasi yang buruk dan tidak dapat tidak ini akan menjejaskan hasil kerja seseorang YB. Yang amat membimbangkan jika seorang YB yang bertaraf penyeleweng dalam kerjayanya, tidak mustahil dia akan mengulanginya jika menjadi YB dan telah terbukti bahawa Umno sekarang sedang cuba menegakkan benang yang basah. Sebanarnya Umno sekarang tersilap dengan calon sekarang, ramai diantara mereka bercakap seolah-olah Umno sudah ketandusan ahli yang betul-betul bersih untuk dijadikan calon. Akal yang waras tidak akan menerima pembohongan yang telah dilakukan oleh Umno dalam isu calon. Calon Bn sekarang mempunyai rekod dimana telah diberikan kad merah oleh Majlis Peguam dan lesennya ditarik balik dan ini bolehlah dianggap oleh masyarakat yang calon Bn pernah melakukan kesalahan sehingga dia diambil tindakan sebegitu rupa. Dia seorang peguam dan tidak mungkin dia tidak boleh mempertahankan dirinya jika dia tidak bersalah. Rakyat janganlah tertipu dengan pendekatan yang diambil oleh ketua penerangan Umno membela calon yang telahpun melakukan kesalahan.
Melebelkan orang yang melakukan kesalahan sebagai Hero sudah menjadi kebudayaan dalam Umno. Tetapi jika Pembangkang yang melakukannya sudah pasti orang itu masuk ISA kerana menipu rakyat. Jika kita amati sedalamnya tentang Umno ini sebenarnya mereka telah lama melakukan pembohangan dan menipu rakyat. Banyak kes dan isu yang membabitkan mereka dalam Umno yang kita ketahui dan tidak. yang terbaru tentang rasuah yang melibatkan ketua MCA bernilai RM 10 juta, yang sedang hangat dibicangkan, tapi apa yang telah SPRM lakukan untuk menyiasat tentang perkara ini? Apabila ianya melibatkan pembangkang terus diambil tidakan menyiasat sehinggakan berlaku kematian. walaupun perkara itu tidak dilaporkan dengan secara rasmi. Mengenai calon Bn yang sedang bertukus lumus untuk menegakkan benang yang basah, kenyataan bekas rakan kongsinya yang juga bertukus lumus membersihkan nama yang telah dicemari oleh umno, membuktikan umno semakin tenat dan menempah batu nisan di Permatang Pasir. Rakyat semakin cerdik dan tidak mungkin boleh ditipu oleh umno.

Thursday, August 20, 2009

Permatang Pasir : UMNO kantoi Lagi, Rakan Kongsi Calon BN tampil bela diri...


Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.