Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, March 29, 2010

Perjuangan Perkasa untuk melayu ke Umno?



Perkasa yang ditubuhkan satu tahun setengah yang lalu telah menunjukkan belangnya dengan diketuai oleh Ahli Parlimen katak Ibrahim Ali. Perjuangannya adalah untuk orang melayu dan juga islam, ini bermakna mereka akan terus menjadi tungangang umno yang melafazkan khalimah yang sama. Apa yang diucapkan oleh ketuainya YB Katak dari Pasir Mas merupakan satu ucapan yang sama dengan Umno dan ini membuktikan Perkasa adalah salah satu kompenan ataupun budak suruhan Umno.

Setiap kali ucapan yang dikeluarkan dari YB Katak itu berbunyi akan melemahkan orang melayu mendengarnya dan inilah sifat orang melayu yang tidak berteraskan islam dalam hidup mereka. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Perkasa sebenarnya? adakah pertubuhan NGO ini mahu menyelamatkan umno yang semakin hancur sekarang? kalaupun kamu dikalangan Perkasa ingin memperjuangkan melayu tetapi dalam masa yang sama telah membuat 13 laporan polis terhadap DS Anwar, apa dah jadi dengan Perkasa yang hanya mementingkan YB Katak untuk terus bersama Umno.

Dengan laporan polis yang dibuat ternyata Perkasa bukanlah sebuah pertubuhan yang ingin menyelamatkan orang melayu tetapi Umno sebenarnya, Adakah DS Anwar itu bukan melayu, kenapa Perkasa beria-ria untuk mendakwa DS Anwar sedangkan DS Anwar adalah seorang melayu dan ini ternyata mereka hanya ada kepentingan dalam Umno dan ingin memujuk hati pengundi dari kalangan orang melayu agar menyokong umno. Jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh YB-YB katak lebih ternyata jahatnya kerana menipu pengundi dengan keluar dari parti dan menyokong umno/bn. Sedangkan mereka boleh jadi Yb adalah hasil dari kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Hanya kerana habuan dunia mereka sanggup untuk menipu rakyat dan pengundi.

Sedarlah kamu dari kalangan orang melayu supaya tidak tertipu dengan agenda YB Katak Ibrahim Ali, kerana mahukan perhatian Perdana Menteri agar menerimanya kembali kepada umno, dia sanggup melakukan apa saja untuk itu dan jangalah kita tertipu dengan dakyah YB Katak ini , mereka yang lompat parti dah dikira menipu, takkan masih mahu percaya dengan orang yang sudah terang melakukan penipuan dan jangan tertipu lagi.

Wednesday, March 24, 2010

Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

link/sumber

Friday, March 19, 2010

Kanival Orang Muda Geng Kita di Taman Tas.


Orang Muda Geng Kita peringkat negeri Pahang Akan diadakan di Taman Tas dimana banyak permainan rakyat dipertandingkan dan yang akan menarik perhatian ialah pertandingan Paintball yang akan diadakan di padang 2 disebalah Pasti Al Huda. Pada malam sabtu iaitu malam kesenian yang akan diadakan persembahan artis seperti Renggo( Vokalis Arrow) , Muslim Voice dan juga Akhwan Afendi.

Pada Malam akhir iaitu malam ahad 21.3.2010 adalah malam kemuncak akan menampilkan penceramah hebat yang akan disampaikan oleh ketua DPP Pahang Ustaz Suhaimi Saad, Shaizan Kaiat, Ketua DPP Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi, YB Azan Ismail (AhlinParlimen Indera Mahkota), Dato Zaid Ibrahim dan YB Saipudin Nasution. Dengan adanya penceramah hebat dariParti Pas dan PKR akan merancakkan lagi malam tersebut dengan mengupas isu-isu semasa.

Datang lah beramai-beramai ke kanival Orang Muda Geng Kita anjuran DPP Negeri Pahang dan FAZ Paintball adalah penaja utama.

Friday, March 12, 2010

Perhimpunan Pemuda Pahang dan Kanival Orang Muda Geng Kita di Taman Tas.


Himpunan Pemuda Pahang terbesar tahun ini akan tercipta dengan berlakunya perhimpunan yang akan diadakan di Taman Tas pada 20-21/3/2010 hari Sabtu dan Ahad depan. Ini merupakan satu penghargaan kepada Pemuda Taman Tas dimana telah dipilih sebagai lokasi perhimpunan dan seterusnya akan diadakan Kanival Orang Muda Geng Kita dimana akan berlangsung pada hari yang sama dan tempat yang sama. Berbagai aktiviti akan dilakukan dan berbagai jualan dan juga pameran akan disediakan pada hari tersebut. Mengulas lanjut mengenai Perhimpunan dan Kanival di Taman Tas oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Paya Besar selaku Pengarah Program menganggap program ini satu cabaran yang besar kepada pemuda Taman Tas khasnya dan Pemuda Paya Besar untuk menjayakan program ini.

Penyedian tempat akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas Taman Tas selaku Ketua AJK Tempat dan setakat ini dua padang besar akan digunakan untuk Pameran , jualan dan juga acara sukan rakyat dan dimana padang satu lagi akan di gunakan untuk menghimpunkan Pemuda Pahang dan juga gelangang Paintball, jelasnya lagi ketika ditemui dikawasan dimana akan berlangsungnya Himpunan dan Kanival tersebut. Walaupun hanya tinggal satu minggu lagi untuk menghampiri tarikh tersebut namun bahangnya sudah dapat dirasai dimana malam ini 12/03/2010 akan diadakan satu ceramah isu semasa yang akan disampaikan oleh YDP Kawasan Paya Besar dan juga selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang Ustaz Yusof Embong ,manakala penceramah jemputan iaitu YB Ng Swee Lim (Adun Sekinchan daripada DAP).

Permaianan yang akan berlangsung nanti adalah sukan Paintball dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada lima orang. Selain dari itu ada juga sukan rakyat yang akan dipertandingkan. Tarian singa dari anak muda kaum cina dan Kavadi dari kaum india akan menyerikan suasana Kanival tersebut. Pemeriksaan Doktor percuma dan juga Tanya Ustaz akan ditempatkan dipadang utama tapak kanival, terang Ustaz Tarmizi mengulas jadual yang telah dicadangkan oleh Pemuda negeri.

Pemuda yang hendak menyertai perhimpunan itu nanti hendaklah memakai baju berwarna putih dan dijemput semua pemuda di kawasan yang berdekatan dengan Taman Tas dan diTaman Tas sendiri untuk hadir dan merasai kehangatan perjuangan anak muda kini dan Pemuda Pas Negeri berharap dapat memecahkan rekod yang dicipta di Balok pada tahun lepas dengan mengumpulkan seramai 2000 orang pemuda pada tahun ini di Taman Tas.

Thursday, March 11, 2010

Kesian orang Pahang......bumimu sedang digadai.




1. Kerajaan UMNO dan BN negeri Pahang telah di saman oleh Spag’n Plantation Sdn Bhd sebanyak RM 209 juta dan Syarikat Upayapadu (M) Sdn Bhd RM 24 juta. Hal ini kerana kerajaan Pahang mungkir janji .

2. Spg’n telah mebuat satu cadangan Projek Ladang Hutan atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar di Mukim Penor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pada 16 Jun 2009. Syarikat telah membayar RM 185 325 untuk kos ukur dan penyediaan hak milik ladang. Syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri telah memberi pula projek berkenaan kepada syarikat lain.

3. Syarikat Upayapadu pula melibatkan konsesi pembalakan seluas 23 000 ekar dalam daerah Raub. Syariakt menjelaskan bayaran sebanyak RM 413 086.35 merangkumi deposit, penyediaan sempadan, pemprosesan lesen dan lain lain . Namun kerajaan negeri gagal mengeluarkan lesen.

4. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat [ Seruan Gemilang Makmur ] kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan. Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula 15 Oktober 2008 , syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

5. Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

6. Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000

7. Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang. Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

8. Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta. Seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Yb. Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

9. Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu. Yb. Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

10. Ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya demi kepentingan pemimpin dan kroni mereka yang rakus . Apabila negeri ini mula menghadapi masalah kewangan yang parah , mangsanya adalah rakyat dan rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.


p/s

1) OOO patutlh cukai tanah yg dulunya aku byr rm 40 lbh aje skang dh kena byr seratus lebih.

2) OOo patutlh "rakyat didahulukan prestasi diutamakn" ada maknaaa tuuu

Wednesday, February 24, 2010

Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

Sumber/link

Thursday, February 18, 2010

Ternyata konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim didalangi oleh Umno.



Sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar dan Saiful telah melihatkan betapa apa yang berlaku adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan karier Anwar dalam Politiknya. Perkara ini telah dibuktikan dengan campur tangan oleh pihak Umno dalam menguasai keputusan Mahkamah kelak. Perkara yang nyata adalah apabila ramai diantara pemimpin Umno melenting apabila kerajaan Australia cuba untuk mencampuri prihal pembicaraan kes liwat tersebut. Kalau bukanlah kes ini dirancang oleh Umno, mana mungkin perkara ini boleh berlanjutan sehinggakan ramai diantara pemimpin dunia tidak bersetuju dengan cara pembicaraan yang sedang berjalan sekarang.

Umno cuba untuk mengembalikan kisah lama yang berjaya dilakukan oleh Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Beliau sendiri telah mengaku bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang ketika itu adalah Timbalannya. terbaru Demo yang dilakukan oleh pemuda Umno dan juga beberapa NGO mengantar memorandum kepada Surahanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam mendesak kerajaan Australia tidak mencampuri pembicaraan kes liwat Anwar, apa semua ini ? mereka di Australia nampaknya telah tahu apa yang berlaku di sini adalah satu konspirasi untuk jatuhkan Anwar yang terang-terang telah didalangi oleh umno. Jika tidak kenapa pemuda Umno dan NGO terpaksa buat demo untuk menyerahkan memo tersebut dan mungkin kita boleh beranggapan bahawa jika perkara ini tidak berjalan dengan lancar maka habislah perancangan yang dirancang begitu rupa untuk mengembalikan Anwar ke Sg. Buloh.

Si Jamil Khir pula telah membantah terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful . Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Tapi kenapa si Jamil Khir pula yang bantah?, sepatutnya yang bantah adalah Si Saiful dan bukannya kerajaan Malaysia yang diwakili Si Jamil Khir. Kan Nampak pelik tu, dan ini bolehlah dikatakan perancangan mereka tidak begitu mantap dan ada tempat Anwar untuk membocori fitnah yang begitu kejam ini.

Setelah apa yang berlaku dan dilakukan oleh umno sepatutnya rakyat sudah nampak akan kejahatan yang didalangi oleh umno ini. Walaupun mereka nampak alim dengan isu khalimah Allah namun busuk hati mereka itu terdedah juga dengan konspirasi ini.

Wednesday, February 17, 2010

Kenyataan Zulkifli Nordin bagaikan nak keluar parti...pie berambus.



Kenyataan YB Zulkifli Nordin yang sekian hari nampak telah diterima dengan gembiranya oleh enyokog beliau dari kalangan Umno merupakan seorang yang angkuh dengan pangkatnya dan juga gilakan glemour yang kini semakin terdesak untuk mendapatkan perhatian akhbar.

Berbagai kenyataan dikeluarkan dan kini nak kutuk Tok Guru Nik Aziz pula, siapa dia nak buat itu semua?, kalau setakat seorang yang memperjuangkan Khalimah Allah dah menganggap dirinya telah pun memperjuangkan agama, maka dia tak ubah seperti orang-orang umno yang hanya tahu nak memecahbelahkan orang islam dan cuba memainkan isu perkauman dan isu agama setelah mereka terdesak.

Takkan lah kerana isu ini nak buat musuh dengan Pas, yang telah lama memperjuagkan islam dan mereka yang ada dalam Pas adalah ulamak yang menghambakan diri dengan ilmu Allah sepanjang hidup mereka. Dan kini berjuang untuk mendapatkan hak orang islam dan cuba untuk menjalankan hukum-hukum Allah. Sepatutnya Zulkifli mengambil sikap menyokong apa saja tindakkan yang dilakukan oleh pemimpinnya dan bukannya membuat kenyataan membabi buta tanpa memikirkan apa akibatnya setelah dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur menyokong umno. Kan lebih nampak jantan jika keluar je parti dan masuk Umno jika mahu menentang perjuangan Tok Guru.

Tuesday, February 16, 2010

PJ Pas Wilayah Sudah diketemui...Alhamdulillah.


Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sumber/Link

Monday, February 15, 2010

Hilang sejak 4 hari lepas: Doakan PJ PAS Wilayah selamat


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.

Sumber/Link