Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, March 24, 2010

Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

link/sumber

1 comment:

  1. kesian si saifuddin mangkuk. nak harap info dari orang luar juga. bodohnya... Dia ni anjing anwar dari dalam umno dulu lagi. masa tian 'eksiden' chua anjur apcet 11 pada tahun 1996(97)? dulu, anjing ni lah yang masuk dewan buat havoc. sampai pecah-pecahkan furnitures. disebabkan ini, kerajaan recently kena bayar ~RM30ribu seorang kepada aktivis yang terlibat dalam seminar. tapi ada ka anjing-anjing pr lain menyalak kata justice has been served? depa diam saja sebab everything will lead back to anwar and saifuddin, his dog.

    ReplyDelete