Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, April 28, 2009

Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat memeluk Islam

PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET

Satu lagi tindakkan terdesak oleh Umno untuk menjinakkan kembali undi orang bukan islam dan telah mengadaikan Islam itu sendiri demi kepentingan politik mereka, Selama ini Umno mencanangkan Pas menggunakan Islam untuk kepentingan politik, jadi ternyata sekarang Umno lah yang mengguna dan peralatkan Islam hanya untuk dapatkan sokongan orang bukan Islam, Perkara ini akan menyebabkan Dakwah yang kita lakukan selama ini menjadi sia-sia setelah orang bukan Islam takut terpisah dengan anak kandung mereka jika masuk Islam, Fikir-fikir lah............

KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.

"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.

"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.

Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.

"Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.

"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran._

No comments:

Post a Comment