Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata:"Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Najib berkata di bawah Akta Perhimpunan yang baru diluluskan kerajaan, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secra aman.
"Jika mereka mematuhi undang-undang, kenapa kita perlu untuk bertindak terhadap mereka?" soalnya lagi.
Menurut Najib, BN juga mampu menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada apa yang dirancang oleh penganjur anti-Lynas itu.
Perhimpunan, yang dikenali sebagai Himpunan Hijau 2.0 itu adalah anjuran penduduk sekitar Kuantan dan dijangka menjadi bantahan terbesar yang pernah disaksikan di Pantai Timur.
Dengan pengesahan beberapa pemimpin kanan Pakatan untuk turun padang bagi meluahkan sokongan mereka, perhimpunan Ahad depan itu dijangka panas. PAS Pahang juga telah mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk hadir.Ditanya jika wartawan jika Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ada membuat keputusan untuk berundur dari kabinet, Najib tidak memberikan jawapan yang jelas.
"Ia tidak dibincangkan di sini. Ini adalah prerogatif Perdana Menteri," katanya.
Kalau begitulah janji Najib, Kita pakat gie ramai-ramai menyatakan tentangan anda terhadap kilang Lynas dan kita tak mahu dijadikan sebagai "Tikus Makmal".




Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mengetuai kumpulan itu berkata, "penyingkiran" Zulkifli merupakan satu penghinaan kepada ketua eksekutif berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata penyenaraian itu akan menyebabkan pendapatan peneroka berkurangan sehingga 80 peratus daripada apa yang diunjurkan pada tahun lalu.
Mesyuarat tersebut dipanggil "secara tergesa-gesa" oleh Isa sendiri dan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga tidak keluar daripada mesyuarat apabila pelantikan berkenaan dibincangkan, dakwa Mazlan.
KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.
“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.
Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.


SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Jika benar apa yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bahawa Mat Indera adalah komunis, apakah kedudukan penulis dan buku yang dinaungi beliau yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.