Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Saturday, October 23, 2010

Seperti dijangkakan bahawa Ulama Muda Umno sudah di Umnokan dan mempertahankan Rosmah.





Segitu angkuh seorang yang digelar ulama muda didalam umno, sudah ana jelaskan apa yang akan terjadi apabila ulama muda ini diUmnokan dan kini ternyatalah beliau sekarang telah diUmnokan oleh umno yang sudah terang masih bersuluh akan kejahilan puak-puak Umnogok ni..
Ulama muda umno telah berkokok dengan nada agak bengis dan mendapat tepukan gemuruh dari jemaah yang sedang mengikuti tazkirah diperhimpunan agong umno...beliau menyatakan pembangkang sengaja membesarkan perkara yang mak dating dia tak buat salah malah menyalahkan penganjur yang sepatutnya disalahkan kerana menganjurkan pakaian syaitan yang dinamakan islamic fashion festival di Monte Carlo, 9 Ogos lalu. jadi apa yang ulama muda itu buat adakah beliau telah memberikan nasihat kepada mak datingnya itu atau dia tidak pernah menasihati isteri Perdana Menteri itu untuk memenuhi kehendak syariat islam sepenuhnya. Apabila pembangkang menyalahkan Rosmah terus dia melenting dan cuba menjadi hero dan ulama untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimana pula apabila seorang ayah akan menyalahkan orang lain menegur anaknya agar menutup aurat adakah itu salah?

wahai ulama muda umno, jangan kamu cuba untuk menegakkan benang yang basah dan cubalah melakukan sesuatu yang berfaedah dan cubalah fikirkan, jika Rosmah tidak bersalah beliau harus tegur penganjur dan membantalkan festival itu dan rujuk kepada ulama muda untuk didapatkan nasihat sebelum ianya berlaku, sekarang perkara ini sudah berlaku dan hanya dengan cara tunjuk perasaan yang tidak puas hati sahaja dapat didengar oleh pemimpin umno dan rakyat mestilah tahu perkara ini agar rakyat tidak menanggung bebanan yang berat dengan dosa ini. Ini jelas membuktikan bahawa seorang isteri kepada perdana menteri tidak tahu akan hukum hakam dalam islam, apa lagi yang hendak dipertahankan oleh ulama muda umno ini sedangkan mereka tahu bahawa apa yang umno lakukan sekarang ini adalah bercanggah dengan ajaran islam.
Ulama muda umno wajib untuk membenterasnya dan bukannya jadi penyokong kepada kejahilan. Soalan sekarang bukannya siapa yang salah tapi siapa yang harus membetulkannya dan apa yang pembangkang lakukan hanyalah untuk mereka yang terlibat agar meminta maaf dan mengaku akan kesalahan ini. Jika ulama muda umno rasa tidak bersalah dan cuba untuk mempertahankan perlakuan salah itu ,maka sebelah kakimu sudah berada dalam Api Neraka ALLAH SWT. Wallahualam.....

Friday, October 22, 2010

Perhimpunan aman di Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, Membantah dan mengutuk Islamic Fashion Festival.



Selepas solat jumaat di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan sekumpulan polis sudah bersedia untuk menyuraikan perhimpunan aman yang telah dianjurkan oleh DPP Pahang dan sesudah selesai solat jumaat Ustaz Fadli ketua DPP Kuantan dengan hanya mengunakan pembesar suara bergerak menyampaikan ucapan selama lima minit dan seterusnya diserahkan kepada Ustaz Suhaimi Saad Ketua DPP Negeri Pahang dan beliau dengan bersemangat telah menyampaikan ucapannya dihadapan para jemaah jumaat seramai 500 orang lebih sambil diawasi oleh polis yang sudah agak lama berada disitu.

Sebelum menyampaikan ucapan beliau telah mengedarkan risalah yang bertajuk Rosmah Mansur Penaung Islamic Fashion Festival. Orang ramai yang agak teruja dengan ucapan beliau telah diganggu oleh polis yang berpakaian preman dan telah merampas pembesar suara dan meminta untuk beliau berhenti dari berceramah. Sebelum beliau berhenti Ustaz Suhaimi telah membacakan doa dan diaminkan oleh semua jemaah. ucapan beliau yang menyentuh penyelewengan satu festival fashion yang telah dirasmikan oleh Rosmah Mansur dan seterusnya menyeru supaya umat islam seluruh Malaysia untuk membantah festival fashion tersebut yang dijadualkan akan diadakan di Malaysia sedikit masa lagi.

Setelah bersurai dan keteranagn telah diambil oleh polis di tempat kejadian dan telah merampas beberapa keping risalah yang telah diedarkan kepada orang ramai dan Ustaz Suhaimi kelihatan disoal oleh polis dan seterusnya dilepaskan dan semua orang beredar dari situ,
Kelihatan Ketua DPP Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi hadir dicelah-celah orang ramai dan belaiu menyatakan yang beliau tersekat dengan kesibukan jalanraya dan tidak berkesempatan untuk bersama dengan para pemuda Pas lain untuk mengutuk dan membantah Festival fashion islamic yang didokong oleh Rosmah Mansor.

Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) hari ini membatalkan rancangan mengadakan demontrasi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sebaliknya, ia memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Wilayah malam tadi, kata ketua penerangannya, Fadhil Osman. Sebelum ini, bantahan tersebut dirancang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik.

"Kita akan berbincang mengenai isu ini dengan Jakim. Setakat ini mereka (Jakim) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan (berhubung isu ini)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat malam tadi juga, kata Fadhil, bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

"Memorandum itu sudah siap. Kita akan menghantar surat memohon perkenan mengadap Seri Paduka untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Fadhil berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jakim dan Istana Negara petang ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat mengumumkan akan mengadakan bantahan secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dilaporkan mendakwa tindakan Rosmah, selaku penganjur festival fesyen itu, sesuatu yang keterlaluan.

Di festival itu seorang model - yang tidak menutup aurat - telah memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya membatalkan perhimpunan hari ini kerana menerima tekanan, Fadhil berkata:

"Kita tidak menerima tekanan dari mana-mana pihak. Ia adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat malam tadi".

Katanya, pembatalan perhimpunan itu hanya di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja.

Dr Zulkefli calon PAS di Galas

Dikemaskini 11.55pm Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

Islamic@Fashion festival yang menghina Islam dan dirasmikan oleh Rosmah. Kejahilan membawa padah....

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..






























gmba last tu plg tidak boleh dterima.. ya Allah..geramnye..
berita selanjutnya di....
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html

Tuesday, October 19, 2010

 Rombongan Orang Asli ke Parlimen disekat

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.

Menurut Muhammad Faizal Zakaria, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, rombongan tersebut sepatutnya dibenarkan memandangkan Ahli Parlimen Telok Kemang sendiri yang membuat permohonan tersebut minggu lepas.

Lagipun, katanya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak wajar dinafikan oleh pihak parlimen dan polis.

Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin dari Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Dari memo yang dihantar kepada Harakahdaily, Pengerusinya Simpan bin Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut memo tersebut, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

Walhal, memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf sedangkan mereka juga adalah penduduk asal negara.

Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.

Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah:

1. Pemberian hak milik tanah kepada setiap Orang Asli meliputi 10 ekar tanah pertanian, satu per empat ekar tanah untuk tapak rumah serta seekar tanah dusun sebagaimana yang diterima oleh rakyat yang menyertai rancangan Felda.

2. Pewartaan tanah-tanah komunel oleh kerajaan-kerajaan negeri berkenaan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli, 1954 dengan memberi hak kebebasan tanpa had kepada mereka untuk mencari sumber melebihi kawasan tanah komunel yang sedia diwartakan.

4. Bagi Orang Asli yang hidup secara nomad dan separa nomad turut diberikan hak untuk mencari makanan serta menikmati pendidikan vokasional tidak terbatas pada had masa dan sebarang sekarang.

5. Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang selama ini gagal mempertahan hak Orang Asli Semenanjung Malaysia mesti dikaji dan dibongkarkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Sebagai contoh, hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja jawatan di JHEOA diisi oleh Orang Asli Semenanjung Malaysia sedangkan tuntutan asal mereka adalah 80 peratus.

6. Memperjuangkan Hari Orang Asli Sedunia pada 8 Ogos sebagai Cuti Umum di Malaysia.

Orang Cina Gua Musang sokong Pas: Orang Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China

GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.

Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.

Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.

"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.

"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.

"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.

"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.

Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil.

Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi.

Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau.

"Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China.

"Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya.

Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat.

"Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan.

Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon.

Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu.

Wednesday, October 13, 2010

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

The star online reported......

Kelantan palace revokes Ibrahim Ali's datukship

KOTA BARU: Kelantan palace Wednesday revokes the datukship of Perkasa President Ibrahim Ali and former state secretary Wan Hashim Wan Daud.

The revocation of Ibrahim’s datukship came several days after he visited the former Sultan of Kelantan Tuanku Ismail Petra.

After the visit on Friday, Ibrahim was quoted by the media as saying that the former Sultan was very happy to see him and that he remembered about their shared experience years before.

Wan Hashim is the private secretary to the former ruler.

Monday, October 11, 2010

Dewan Pemuda PAS Kedah Buat Laporan SPRM Berhubung Isu Air

ALOR SETAR: Dewan Pemuda Pas Kedah pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan isu bekalan air di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat adalah atas inisiatif pergerakan itu dan bukan kerana arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pegawai Khas Menteri Besar Rosli Azmi dan Anggota Dewan Undangan Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki.

Ahmad berkata laporan sebanyak dua muka surat itu diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Baru-baru ini Idrus meminta kerajaan negeri Kedah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai penyelewengan berhubung isu air di negeri itu supaya membuat laporan.

Beliau dilaporkan berkata tanpa maklumat lengkap pihaknya tidak boleh menjalankan siasatan kerana kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai perkara itu menerusi media adalah terlalu umum.

Sebelum itu, Azizan mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod dan beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya. - BERNAMA

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan


Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA