
PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.
![]() |
![]() |

![]() |
![]() |
![]() |
"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.
“Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis.”
Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.
"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.
B
![]() |






Bercakap dalam interbiu dengan portal berita Agendadaily di ruang rehat bangunan Parlimen, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.
Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.
“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang sedang menimbang secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya. (Mstar)
Jika benarlah apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda ini, maka ternyatalah beliau sekarang dah merajuk kerana tidak dipilih oleh Najib dalam barisan Kabinet beliau. Bayangkan seorang Ketua Pemuda Umno yang pertama rasanya tidak diberikan jawatan dalam kabinet dan ini lah merupakan satu tekananyang amat berat sekali kepada beliau untuk dipikul selain menjadi ejekkan oleh rakan-rakan pemuda sendiri.
Jika dulu Bapa Mertuanya yang berkuasa namun sekarang beliau disisih oleh ketuanya kerana mungkin sudah bosan melihat kelibat bekas PM yang masih ada dalam perjuangan mereka. Kalau beliau betul-betul tidak mahu mempertahankan kedudukannya, ini bermakna ketua Pemuda ini tidak lagi menerima sokongan yangkuat dari pemuda sendiri atau beliau akur dengan desakan Ibrahim Ali yang mahu beliau melepaskan jawatannya.

| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 21 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kenyataan mengenai serangan pengganas menunjukkan satu pakatan politik jahat antara Umno Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.
Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam. “Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan. Baginya, Umno mengharapkan bantuan Musa Hassan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih maju. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir parti itu. Katanya, kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan di bawah ISA ke atas induvidu yang tidak akan dapat dibuktikan sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno. “Tindakan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bila mana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno,” ujarnya lagi. Isu tersebut berakhir, katanya dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat. Menurutnya, semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno. “Kini sekali lagi Umno BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (Kesban),” katanya. Beliau menambah, ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno. Katanya, rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara tetapi Umno BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi. Justeru, ujarnya rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama sebaliknya mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera. |

| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil. Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam. Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan. Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. “Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu. “Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini. Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 5,000 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta. |


| Harakahdaily |
|
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar. Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad. Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini. “Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya. Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. “Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor. Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi ini di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2. |