Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Thursday, May 14, 2009
Monday, May 11, 2009
ALLAH PENENTU SEGALANYA

Tahniah kepada YAB Dato' Seri Nizar dan juga Rakyat Perak dengan kemenangan tersebut dan ini akan membolehkan Rakyat menghukum Umno-Bn dengan kebiadapan yang telah dilakukan oleh mereka yang begitu zalim merampas hak rakyat. pada masa ini lah yang perlu rakyat rebutkan untuk memberitahu kepada Umno-Bn bahawa mereka tidak lagi relevan di bumi Malaysia ini. Pakatan Rakyat janganlah leka dengan kemenangan ini seperti kata Tuan Guru Dato' Nik Aziz " Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi emas buat Pakatan Rakyat ,Kejahatan telah terbukti dan kebaikan telah menjelma, saya menasihati agar yang beragama Islam untuk berpuasa sunat esok hari serta Sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan telalu gopoh dengan kemenangan ini." katanya setelah beliau sendiri telah melakukan Solat Sunat Syukur apabila mengatahui akan kemenangan ini...
Sebenarnya Allah sedang menguji kita supaya terus bersyukur kepada Nya, Bersama-samalah kita Sujud Shukur dan berpuasa untuk membuktikan kita bersyukur kepada Allah SWT.
Jangan kita hina yang kalah dan jangan buat musuh dengan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang tak terlepas dengan berbuat yang salah ataupun sengaja buat salah dan biarlah mereka dapat iktibar dari apa yang telah terjadi supaya mereka bertaubat dan beriman dengan Allah SWT.
MUKTAMAR DPPNP KE 27

Perwakilan DPP Pahang yang bermuktamar 10 Mei, hari ini telah mencalonkan Ustaz Nasarudin Hasan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Untuk jawatan Timbalan, Sabki Yusuf (Setiausaha DPP Pusat) menjadi pilihan majoriti perwakilan manakala bagi jawatan Naib Ketua, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz menjadi pilihan ramai.
Sementara bagi jawatan AJK, perwakilan telah menyerahkan pencalonan kepada pimpinan DPPNP yang baru.
Muktamar DPP Negeri kali ke 27 hari ini dirasmikan Ketua Penerangan DPP Pusat, Suhaizan Kayat menggantikan Datuk Mahfuz Omar, di Kompleks Imam Syafie, Jerantut.
Dalam ucapannya beliau mengingatkan perwakilan pemuda selaku pimpinan parti supaya bekerja sebagai pemimpin rakyat bukan pemimpin politik semata mata.
Beliau juga menaruh keyakinan bahawa PAS mampu memerintah Pahang pada PRU akan datang.
Turut hadir di upacara perasmian tersebut ialah Setiausaha BPPNP Roslan Zainal, bekas Ketua Pemuda Ustaz Nasarudin Tantawi dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang, N.Balasubramaniam.
Ustaz Suhaimi menang tanpa bertanding
Ustaz Suhaimi Saad Pemangku Ketua DPP Pahang menang tanpa bertanding sebagai Ketua DPPNP bagi sesi 2009-2011, manakala bagi jawatan Timbalan Ketua, penyandangnya sesi lalu ditentang Ustaz Shahril Azman Abd Halim Ketua DPP Kuala Krau. Naib Ketua dimenangi tanpa bertanding Abdullah Karim, Ketua Penerangan sesi lalu.
3 tinggalkan Pemuda
Setiausaha DPPNP Hasanudin Salim,Exco DPPNP Mohd Ghaust dan Dr Nilam Abd Manaf telah meninggalkan DPPNP kerana melebihi usia 40 tahun.
Mereka telah diberi kepercayaan kawasan masing masing untuk terus menyumbang tenaga membantu parti.
Hasanudin kini setiausaha PAS Temerloh, Dr Nilam pula YDP PAS Raub manakala Mohd Ghaus diamanah sebagai Naib YDP Indera Mahkota.
Seramai 17 orang bertanding bagi merebut jawatan Exco DPPNP.
Senarai Exco DPPNP sesi 2009-2011 adalah seperti berikut:
Pengerusi Tetap: Ustaz Rosli Jabar
Timbalan:Hasnan Harun
Ketua Pemuda: Ustaz Suhaimi Saad
Timbalan Ketua: Ustaz Shahril Azman Abd Halim
Naib Ketua: Abdullah Karim
Ajk Yang Terpilih:
1. Ustaz Hazmi
2. Mohd Fadhil Nor Abd karim

3. Ustaz Fazli Ibrahim
4. Mutacohiri Ludin
5. Ust Nazri Ahmad
6. Akmar Alias
7. Ustaz Jauhari Ishak
8. Johari Wahid
9. Khairul Fathi
10. Shaharudin Mohamad
Friday, May 8, 2009
Rakyat semakin sayang pada Pas

Kami melihat ini satu proses dimana mereka menguji kesetian ahli-ahli Pas dengan kemimpinan dan sekiranya kita berjaya dalam ujian ini ,kami rasa mereka akan sayang dengan Pas dan akan bersama dengan kita, mereka sebenarnya mahukan teladan yang baik dari kita ahli Pas yang mana sekiranya kita menunjukkan kehebatan kita dalam memperjuangkan Islam dan patuh pada Allah maka mereka pastinya akan tertarik, bukan saja orang-orang Umno ,malah orang bukan Islam juga lebih sayang pada Pas. Marilah kita bersama memperjuangkan Islam dan mengangkat Islam menjadi peneraju negara ini tak kiralah siapa pemimpin kita yang penting pemimpin itu yang taat pada Allah SWT dan mahu menjalankan Hukum Allah dibumi Malaysia tercinta ini. Bersamalah kita dengan kepimpinan Ulama...
Thursday, May 7, 2009
KEANGKOHAN BN SUDAH SAMPAI KEMUNCAKNYA
V sivakumar diheret bagaikan orang yang salah oleh polis keluar Dewan.
Polis masuk campur urusan Dewan yang diarahkan oleh Umno-BN yang bacul
Wednesday, May 6, 2009
USUL TERGEMPAR PAS KAWASAN PAYA BESAR
oleh kerana MB telah pun didapati bersalah dan dikehendaki membayar saman tersebut kepada Syarikat Seruan Makmur Sdn Bhd yang berjumlah RM 63 juta, angka ini mungkin tidak besar bagi MB pahang, tapi bagi rakyat itu adalah satu kerugian yang besar telah dilakukan oleh seorang Menteri dan kabinetnya yang telah diberi mandat oleh rakyat tapi dinodai hanya kerana keangkohan dan kebiadapan terhadap kepercayaan yang diberikan.
Seharusnya rakyat sudah boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca, rakyat perlu bangkit dan menyatakan anda tidak tertipu lagi dengan permainan politik Umno. Ternyata kini Umno bukanlah menjaga rakyat tapi menjaga dan memenuhkan poket kroni mereka saja. Apa yang rakyat dapat daripada penjualan balak yang dikurniakan oleh Allah swt kepada rakyat dan bukannya kepada pemerintah, Rakyat hanyalah dapat bebanan yang dikenakan kerajaan BN-Umno dengan berbagai cukai yang tak sepatutnya dibayar oleh rakyat, dengan cukai pintunya, cukai tanah, cukai pendapatan ,cukai parking dan berbagai lagi sedangkan kerajaan yang ada sekarang bersenang dengan pendapatan negeri yang banyak dan dibelanjakan tanpa menyenangkan rakyat...
Oleh kerana itu maka Pas Kawasan Paya Besar telah menyatakan pendirian mendesak MB Pahang mesti meletakkan jawatannya dan membubar DUN agar dapat rakyat menentukan siapa yang lebih layak menguruskan harta rakyat, yang ternyata selama ini Pas tak pernah menyeleweng harta rakyat sepertimana yang telah dibuktikan oleh pemerintahan ulama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Rakyat Pahang perlu menyokong usul yang dinyatakan oleh Pas Paya Besar kerana pemimpin BN-Umno sekarang mengamalkan Rasuah dan perasuah. Sudah banyak bukti yang ada seperti contoh ramai pemimpin Umno yang digantung keahlian dan diberi amaran oleh lembaga disiplin Umno sendiri kerana politik wang (rasuah la tu). Rakyat perlu menyelamatkan Pahang dari terus dikuasai oleh orang yang mengamalkan rasuah dan perasuah, jadi marilah ramai-ramai kita sertai pas, PAS FOR ALL
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
TERBELAKAH KETUANAN MELAYU?
Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu dan bercambah-cambah NGO melayu yang sebelum ini kononnya tegas mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Dato' Seri Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
1. Dimanakah PEMUDA UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimana PUTERI UMNO yang sanggup meredah kampung bila setiap kali Pilihanraya?
3. Dimanakah Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang di pimpinnya?
4. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
5. Dimanakah Prowaris yang lantang bersuara kononnya mempertahankan Raja-Raja Melayu?
6. Dimana Intelektual-intelektual yang sebelum ini gah mempertahankan Melayu?
Apa lagi yang PM Dato' Seri Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) tempat usahawan Melayu meminta bantuan dah dimansuhkan.
Kini Ekuiti Bumiputera sebanyak 30% dalam sektor perkhidmatan pun dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa. Kenapa bila ekuiti 30% dihapuskan org umno setuju sahaja... tetapi bila baru dilontarkan cadangan supaya kouta 10% untuk pelajar bukan bumiputera belajar di UiTM dan cadangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihapuskan orang-orang UMNO dan suku sakat mereka ini melenting??? Di mana student-student yang berarak menentang CADANGAN kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera kedalam UiTM untuk membolehkan pelajar Bumipuera bersaing secara sihat dengan pelajar bukan Bumiputera??? Kenapa bila Ekuiti 30% Bumiputera dihapuskan, student-student ini tidak berarak seluruh Malaysia???
Kepada NGO-NGO yang berkenaan, terus-terang aku katakan yang kamulah sebenarnya pengkhianat talam dua muka!!!
Wahai orang-orang Melayu, anda semua di kurniakan akal dan fikiran oleh yang Maha Besar Allah SWT, gunakan sebaik mungkin, Jangan sampai kita di perbodohkan dan ditipu lagi oleh golongan-golongan yang hanya tahu untuk mempergunakan rakyat untuk kepentingan mereka sahaja!!!
Ya Allah..Kau lindungi-lah Malaysia khususnya dan alam ini amnya dari bala bencana...Kau datang kan lah seorang pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam membawa Malaysia ke arah yg lebih baik... yang menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat-rakyatnya...Ya Allah...aku berharap dan bermohon padaMU... Kau berikan dan tunjuk kan lah jalan pada hamba-hamba MU...yg terlalu jauh tinggal kan ajaran Mu ya Allah.. Ya Allah... sesunguhnya...Kau adalah tempat kami berlindung dari segala malapetaka dan bencana...
Amin Ya Rabbal A'lamin..... Wassalam....
Tuesday, April 28, 2009
Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat memeluk Islam
PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET
Satu lagi tindakkan terdesak oleh Umno untuk menjinakkan kembali undi orang bukan islam dan telah mengadaikan Islam itu sendiri demi kepentingan politik mereka, Selama ini Umno mencanangkan Pas menggunakan Islam untuk kepentingan politik, jadi ternyata sekarang Umno lah yang mengguna dan peralatkan Islam hanya untuk dapatkan sokongan orang bukan Islam, Perkara ini akan menyebabkan Dakwah yang kita lakukan selama ini menjadi sia-sia setelah orang bukan Islam takut terpisah dengan anak kandung mereka jika masuk Islam, Fikir-fikir lah............
KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.
"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.
"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.
Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.
"Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.
"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran._

