Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Nak kurang penyeludupan ,rakyat menanggung akibatnya


Awang Adek berkata aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.

Dengan kenyataan begitu menyebabkan rakyat merasakan adakah beliau ini layak atau tidak bergelar Menteri sedangkan apa yang difikirkan hanyalah untuk menyusahkan rakyat dan bukannya untuk membantu meringankan beban rakyat. Oleh kerana aktiviti penyeludupan berlaku disempadan negara maka harga minyak Ron 95 telah dinaikkan kerana subsidinya telah dikurangkan. Jadi apa guna kerajaan membayar gaji penguatkuasa dan polis serta yang bertanggungjawap untuk memastikan penyeludupan tidak berlaku, Bukankah mereka ini telah dibayar gaji dengan menggunakan duit rakyat dan oleh kerana kegagalan mereka ini maka rakyat kena tanggung lagi dengan kenaikan harga minyak petro dan juga barangan lain.

Dimanakah kebijakan seorang menteri untuk memikirkan cara lain untuk membasmi penyeludupan selain daripada membebankan rakyat. Adakah perlu kita meletakkan semua rakyat yang tinggal disempadan untuk memerhatikan mereka yang ingin cuba melakukan penyeludupan minyak dan dibayar gaji agar mereka dapat melakukan kerja penguatkuasa dengan lebih baik lagi, ataupun membuat pagar yang panjang disemua sempadan agar tidak ada lagi penyeludupan ,ataupun menambah seramai mungkin penguatkuasa agar tidak ada yang cuba makan rasuah dan melepaskan penyeludup.

Sedangkan apa yang dikatakan oleh Awang Adek sedikit pun tidak boleh diterima dan penjelasan yang agak tipis dan selalu digunakan apabila minyak petro naik. Sebenarnya apa yang dirancang oleh BN adalah untuk mengurangkan kembali harga minyak apabila menjelang PRU ke 13 nanti dan ini akan menyebabkan rakyat berfikir yang mereka lah yang terbaik kerana sanggup menurunkan harga minyak petro. Inilah gimik politik yang sedang dan akan dimainkan oleh Umno untuk menipu rakyat sebenarnya.

Monday, December 6, 2010

48 penyokong baju merah ditangkap


Seramai 48 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' perkarangan dan dalam Masjid Negara ketika polis bertindak menyuraikan ribuan penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.

Ketika mengesahkan jumlah tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua yang ditahan itu adalah orang dewasa. Antara mereka, kelihatan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Amin Ahmad dibawa dengan sebuah trak bersama yang lain. "Manakala seorang wakil rakyat ditahan polis pagi tadi telah pun dibebaskan," katanya dipercayai merujuk kepada ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim.

selangor protest against syabas 20101205 police arrest 03Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu negara, beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis PGA Cheras.

Menurutnya, pihak polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jam 10.20 pagi tadi meminta supaya jangan berarak ke Istana Negara.

Pihak polis juga, katanya, akan memberi bantuan untuk menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara. 'Sepatutnya contohi Gaps' Zulkefli berkata, sebuah lagi kumpulan, Ggasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.00 pagi dan berjaya menyerahkan memorandum pada jam 12.40 tengah hari tadi. Pada jam 2.05 petang, polis mengiringi menteri besar Selangor itu bersama 10 anggota delegasinya untuk menyerahkan memorandum tersebut.

selangor water demo red shirt arrestedZulkefli juga menyuarakan rasa sedih dan kesalnya kerana penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara tidak bersurai sejurus selepas diarahkan. "Kita permudahkan perjalanan mereka (baju merah) untuk hantar demo. Tetapi mereka tidak hargai dan kata kita berat sebelah. Saya kesal. "Kita beri peluang pada kedua-dua belah pihak. Kita tengok Gaps, dia ikut cakap kita. Pihak Gaps setuju bila dibenarkan berhimpun dalam kumpulan kecil dan kemudian menyerahkan memorandum dan tiada perarakan ke istana. "Itulah yang sepatutnya perlu dicontohi," kata Zulkefli. Menurutnya, pada jam 3.05 petang, pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka. Dihantar kembali ke masjid negara

Sementara itu, Zulkefli berkata, jalan-jalan yang ditutup di sekitar Masjid Negara akan dibuka secara berperingkat.

Sebelum itu, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, mereka yang ditahan itu dibawa menaiki dua trak polis.

selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far leftMereka ditahan selepas kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian. Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung. Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air. Sementara itu, difahamkan kesemua yang ditahan kini dalam proses dibawa kembali ke masjid negara, tempat mereka ditahan.

Friday, December 3, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

RM66 juta dibelanjakan untuk tubuh PEMANDU

Bandar pemikir kerajaan - Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, - dikatakan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing.

NONEBeberapa dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini mendedahkan perbelanjaan tahun lalu sebelum PEMANDU beroperasi adalah kenbanyakannya untuk membiayai “perunding luar”, termasuk firma perunding Amerika McKinsey and Co, yang mengaut RM36 juta.

Dokumen itu juga mendedahkan antara perunding luar negara dan tempatan yang dibayar oleh PEMANDU termasuk Hay Group (yang dibayar RM11 juta), Ethos & Co (RM1.5 juta) dan Alpha Platform (M) Sdn Bhd (RM1.5 juta).

Seorang “perunding luar” misteri yang hanya dikenali sebagai"Tarmidzi" pula menerima bayaran RM3 juta untuk kerja-kerja menubuhkan PEMANDU.

Menurut dokumen itu lagi, badan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, mencadangkan pembayaran bil RM21 juta, khususnya untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh McKinsey dari April hingga September, 2009.RM60 juta untuk ETP

Sementara itu, operasi PEMANDU dianggarkan berjumlah RM65.1 juta bagi seluruh tahun 2010, yang termasuk bayaran perunding strategik dan komunikasi serta penganjuran majlis program hari terbukan.

NONEPEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bagi memantau Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia kini diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Dokumen lain menunjukkan unit pemikir ETP menelan perbelanjaan RM60 juta.

Projek ETP pada mulanya dianggarkan berjumlah RM78 juta tetapi menurut dokumen berkenaan, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM60 juta untuk pelaksanaannya.

Ini termasuk RM16 juta yang dibayar kepada perunding tujuh makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NONEMenurut dokumen itu lagi, anggaran kos bagi ETP untuk tahun 2011 dan 2012 adalah purata RM53 juta setiap tahun.

Dengan sebahagian besar dana berkenaan diperuntukan kepada makmal, jumlah yang tidak kurang kecilnya juga dikatakan untuk membiayai pengarah-pengarah yang merupakan antara 60 kakitangan PEMANDU.

Gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan.

Perdana Menteri pula dilaporkan hanya mendapat gaji RM22,800 sebulan.

Apabila dihubungi, seorang wakil kanan PEMANDU berkta beliau tidak boleh mengulas.

Tuesday, November 30, 2010

MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitol" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 leavingJelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

conference of rulers majlis raja raja"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Monday, November 29, 2010

Nik Aziz: Umno punca masalah di Malaysia

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz 4Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

NONENik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.

NONEMenurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.

khalid ibrahim selangor mb pc 310708 04Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

azizan abdul razak lim kit siang kedah dap issue pc 080709 08Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya.

Pas Paya Besar: Berkhatan 100 kanak-kanak dalam satu hari



Ahad: 28/11/10, Berlangsungnya majlis berkhatan beramai-ramai yang telah dianjurkan oleh Pas Kawasan Paya Besar. Seramai 100 orang telah berjaya dikhatankan yang memakan masa selama satu hari suntuk bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.30 malam. Berbagai ragam anak-anak yang berusia dari semuda 5 tahun hingga ke 15 tahun. Kesemua yang berdaftar untuk menjayakan program ini adalah dari kawasan Parlimen Paya Besar, Kebanyakan yang berdaftar adalah dari golongan anak yatim dan yang miskin, kepada mereka tiada bayaran dikenakan dan bagi yang berkemampuan pula dikenakan sebanyak RM 20.00 sahaja.

Seorang kanak-kanak saudara baru dari keturunan India juga mengambil kesempatan ini untuk merasai kemeriahan berkhatan beramai-ramai. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta bermula pukul 7.00 pagi dan ditutup seketika pada pukul 8.15 pagi untuk memberikan laluan untuk majlis perasmian oleh YDP kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong dan seterusnya diberikan laluan untuk DR Fazli sebagai ketua doktor berkhatan untuk menjelaskan kepada ibu bapa tentang kebaikan berkhatan dan juga risiko yang perlu ditanggung oleh peserta. Kepada peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan juga yang tidak memberi kerjasama semasa berkhatan dilakukan tidak akan dikhatankan kerana dibimbangi akan menimbulkan masalah dan melambatkan perjalanan majlis.

Seramai 6 orang peserta terpaksa ditangguhkan dari disunatkan kerana ada masalah kesihatan dan ada juga yang takut dan tidak mahu melakukannya. Peserta diberikan hadiah dan juga sijil penyertaan. Syabas diucapkan kepada doktor dan pembantu kesihatan yang telah menjayakan majlis ini, seramai 30 orang doktor dan pembantu telah menjayakannya. Kepada DPP Paya Besar dan juga unit Amal dari Kuantan yang datang membantu diucapkan terimakasih dan YDP amat berbesarhati dengan kesungguhan semua pihak yang menjayakan majlis yang julung kali diadakan yang melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai.

Wednesday, November 24, 2010

Ketua Pas Cawangan Taman Tas Masuk Wad.


Ketua Pas Cawangan Taman Tas telah dimasukkan di Wad 5 B di Hospital Tengku Afwan Afzan (HTAA) di Kuantan pada hari Ahad lepas kerana berlaku penanahan di bahagian peha kaki kanannya dan disebabkan beliau mengidap penyakit kencing manis (Diabetes) maka sebahagian kecil pehanya terpaksan dibedah dan buang.
Beliau yang nampak tenang ketika dikunjungi oleh penulis, walau bagaimanapun beliau amat rindukan keadaan yang biasa agar dapat beliau meneruskan tugasnya sebagai seorang pejuang islam bersama Pas.
Diminta semua umat islam dan ahli Pas agar dapat berdoa untuk kesejahteraan serta agar beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya.

Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air : menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.

water bill 110608Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air .

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

“Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

“Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi,” petik kenyataan itu.

NONESebelum ini, menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkali-kali menasihatkan Syabas supaya menghentikan segera Tabung Budi kerana program itu bukan sahaja melanggar syarat konsesi tetapi juga menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

“Syabas mendakwa program ini untuk kebajikan tetapi hakikat sebenarnya Syabas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membayar Syabas setiap bulan menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Namun pada masa yang sama Syabas mengutip sumbangan daripada orang ramai.

“Jika Syabas benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab sosial korporat, mereka sepatutnya melupuskan caj air dan tunggakan yang ditanggung mereka yang tidak mampu,” katanya.

Monday, November 22, 2010

Bapak bukti Anak berjaya

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan usaha Anak selama ini berjaya.

Anak atau nama penuhnya Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ditubuhkan bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, kata pengerusinya, Mazlan Aliman.

"Penubuhan biro ini saya anggap satu pengiktirafan kepada Anak yang kita tubuhkan.

"Hasrat penubuhan Anak adalah bagi merangsang kesedaran semua pihak terhadap masalah peneroka dan kita telah berjaya buka mata mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Biarpun mengalu-alukan penubuhan biro itu, Mazlan berkata ianya tetap terkebelakang kerana sepatutnya ia ditubuhkan sejak awal penubuhan Felda lagi.

Beliau juga mendakwa penubuhan tersebut tidak lebih dari 'gimik politik' Umno menutup kelemahan Felda menjelang PRU 13 yang dijangka tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, Anak sedia bekerjasama dengan Bapak untuk menyelesaikan kes tertunggak peneroka yang ada.

"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya sinis.

Untuk permulaan katanya, Anak akan menyerahkan 20 kes yang ada pada mereka kepada Bapak.

"Kita nak tengok Bapak boleh tak selesaikan 20 kes pertama ini dalam masa seminggu seperti yang dijanji Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

"Kita cabar mereka tunjukkan keikhlasan dan komitmen untuk bantu masalah peneroka di 317 tanah rancangan," katanya.

Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.

Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

Mazlan juga mendakwa nama Bapak yang diumumkan itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani masalah peneroka Felcra.

NGO Bapak sepatutnya akan dilancar pada 26 Disember ini bertempat di Ipoh, Perak.